Cara Bayar Parking Kereta di Kuantan Menggunakan Aplikasi PahangGo
Saya antara orang yang selalu juga ke bandar dan semestinya hendaklah membayar parking kereta sekiranya parking di mana-mana tempat di bawah Majlis Bandar Raya Kuantan. Sebelum ini saya beli terus sebuku kupon parking kereta di pondok-pondok MBK tetapi kini saya membayar parking dengan menggunakan aplikasi PahangGo.
1) Boleh muat turun PahangGo di Apple Store atau Google Play Store dalam telefon bimbit anda! Pastikan logo seperti gambar di bawah ini!
2) Kemudian, nampak tak "Park" di situ, klik saja di situ.
3) Setelah klik "Park", anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Saya ada bulatkan dua perkara iaitu "Passes" dan "Fil". Kalau anda klik "Passes", ada 3 pilihan passes yang anda boleh beli. Saya tidak membeli "Passes" kerana saya hanya akan ke bandar sekiranya ada urusan. Lainlah kalau mungkin orang yang bekerja di bandar atau sering kali perlu ke bandar, berbaloilah untuk beli "Passes".
Jadi, saya hanya membeli "Fil" sebanyak 1000 Fil yang berharga RM10. Jadi, klik saja di pilihan yang kita mahu.
4) Kemudian, pilihlah cara bayaran yang anda mahukan, saya menggunakan perbankan atas talian, Maybank2U.
5) Kemudian, anda bolehlah membayar parking anda! Lokasi selalunya auto detect bandar Kuantan, jadi hanya masukkan jenis kenderaan, nombor plat dan beberapa maklumat tentang kereta kita.
Rate parking sama saja dengan membeli kupon kertas. Satu jam = 65 Fil = RM0.65. Settle! Tak perlu susah-susah untuk mencari kiosk yang menjual kupon parking MBK.
Semoga bermanfaat!
Comments
Post a Comment
Ya, saya?