Cara Mati Setem di LHDN UTC

Matikan Setem

Sumber: Google

Baru-baru ni pergi UTC nak uruskan pos dan mati setem. Sebelum ini, abahlah yang tolong uruskan urusan mati setem. Disebabkan saya pun duduk rumah cuti ni, jadi bolehlah temankan satu-satunya adik lelaki yang bakal mendaftar masuk universiti nanti.

Urusannya mudah sahaja, semudah 123, siap! Tidaklah susah seperti urusan memasak! Urusan ini hanya terjadi di UTC saja, mudah! 

Mula-mula, beli setem di pejabat pos. Tampal setem, oh ya, hari tersebut adik tak bawa gam pula! Satu kerja pula pergi turun dekat tingkat bawah sekali, cari kedai runcit nak beli gam.

Kemudian, cari pejabat LHDN [kalau di UTC Kuantan, Pejabat Pos dan LHDN berada di tingkat 2, jadi kami berlegar-legar di tingkat 2 saja]. Kemudian, pergi ke LHDN. Tak perlu ambil nombor. Ada seorang pelajar sedang matikan setem juga, jadi kami hanya tunggu sajalah. Kemudian, turn adik saya, pap pap! Siap dah cop! Tak perlu bayar apa-apa.

Begitulah mudahnya urusan matikan setem.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?