Senang Makan?
Lanzhou Lamian ! Feveret sis :P |
Mudah tak nak dapat makanan halal sana? Yeah acap kali saya ditanya dengan soalan yang begini. Jawapan saya mudah saja, jawapannya ialah "Mudah, InshaAllah."
Ye lah kan, kami tinggal di tempat orang. Mungkin ada yang fikir kami tak berapa convenient nak makan di sini. Jadi, apa yang kami makan di Beijing sana? Haa meh sini lah saya cerita sikit.
Saya pun mula-mula rasa takut, ye lah kan, tempat baru, berdebar rasanya. Jadi, dengan bantuan seniors, saya pun mendapat tahu beberapa tempat makan yang boleh dimakan makanannya. Persekitaran kawasan universiti banyak restoran halal. Dalam kawasan universiti sebelah timur pun ada sebuah kantin halal. Selalunya, jelas dipamerkan logo halal sama ada dalam bahasa Jawi ataupun dia tulis 清真 (qingzhen); yang turut bermaksud halal.
Itu ceritanya kalau ada logo halal. Kalau restoran yang tak ada logo halal tapi ada pelajar masuk makan jugak makanannya macam mana?
Kita masih lagi berpegang dengan pegangan kita, InshaAllah. Kami hanya makan makanan laut sahaja. Asalkan bukan daging. Tidak kisahlah daging lembu ke, ayam ke, memang tak boleh makan dagingnya. Sebab confirm lah tidak halal. Faham eh ayat saya?
Sebagai contoh, kalau saya dengan kawan-kawan rasa macam nak makan spaghetti, nak makan di Restoran Sezeriya. Kami tahu di situ tiada logo halal. Makanan dalam menu pun ada daging-daging yang memang tak boleh dimakan. Jadi, dalam menu itu kita pilih menu yang berunsurkan makanan laut sahaja. Setakat ini, macam itu lah konsepnya.
Ada juga restoran yang tahu kita ini Muslim, mereka bagitahu kita mana satu boleh makan, mana satu yang tidak boleh makan. Ada juga menu yang mungkin dalam masakan tersebut kena letak daging, tapi kita boleh cakap "Saya tak nak daging diletakkan dalam makanan ni." Macam itu... Cakap dengan ayat yang berhemah. Kalau tak pun, daging dalam menu itu kita gantikan dengan benda lain contohnya, "Daging dalam masakan ini saya nak ganti dengan kek ikan, boleh?" Haa lebih kurang macam itulah. Adalah budi bicaranya. Selalunya restoran ikut saja. Tidak menjadi masalah buat mereka.
Tambahan pula, sebuah tempat yang bernama Niujie ada menyediakan daging-daging halal. Tiada masalah InshaAllah.
Selain daripada makan luar, kami pun memasak di asrama. Daripada zero to chef ewah, tapi itulah hakikatnya. Lama-lama nanti pandailah masak. Pasar pun dekat saja dengan asrama. Jalan kaki boleh, nak naik basikal pun boleh. Nak cari ayam halal pun mudah. Haa mudah belaka InshaAllah.
Kebanyakkan KFC, Pizza Hut, McD di Beijing tidak halal. Balik Malaysia, InshaAllah akan makan KFC juga. He Laoshi (Cikgu He) pernah cakap KFC di Malaysia sedap giler berbanding di Beijing, ewah. Haa memang betul lah, makanan dekat Malaysia sedap weh!
Banyak jugak soalan diajukan pasal makanan ni. Sis jawab mana-mana yang mampu untuk dijawab dengan baik je lah.
Comments
Post a Comment
Ya, saya?