Anjing Comel

Bagi lah tengok jenis anjing yang banyak dekat Beijing - sumber Google

   Orang kata haiwan kalau dekat dengan kita tanda dia suka kita. Yang jadi masalah, sis takut dengan anjing. Walaupun comel, tapi suka betul diorang dekat diri ini ha. Pergi mana-mana mesti ada je yang nak melekat.
   Boleh rituh duduk saje dekat Taman ATM (taman berdekatan dengan asrama) datang seekor anjing duk bertenggek dekat sebelah fulamak tuan dia panggil still ngendeng sebelah.
   Tak leh blah anjing macam werewolf kat Beiwai. Woi bapak besar! Mana tak lari saya haaa *ni serious* Debor je kalau setiap kali lalu sebelah dia ha. Tuan dia rileks je lepas kan tali peh kalau dia gomol tu mahu menangis tak berlagu.
   Time beli basikal dulu, dalam reramai manusia yang bertudung dekat kedai basikal tu, pappp! Berdiri tegak, tak bergerak dah saya. Dah dapat merasakan geseran mulus kulit anjing dekat kaki fulamak. Sis dah nak menjerit tapi pak cik kedai basikal tu menenangkan sis. Eceh tapi malangnya anjing comel bulu gebu-gebas tu tak nak pergi juga. Lagi mencabar kalau dah solat dekat tepi-tepi jalan sekali anjing lalu duduk bergesek peh ini memang dugaan. Ikutkan hati nak lari. Fuh cobaan~
   Dekat belakang Beiwai, ada satu gerai makan. Makanan dia dicucuk-cucuk macam sate. Selalunya orang panggil "cucuk-cucuk" tak pun "chuanr". Makanan dia ada sotong, meat ball, daging lembu, daging kambing dan sebagainya. Yang takleh blah, ada anjing yang setia berjalan ke hulur ke hilir dekat kawasan cucuk-cucuk tu. How can people sit there and eat? 

Fuh saya punya fobia tu sampai teringat-ingat rupa anjing tu. Ada patut orang nak pergi dari tempat cucuk-cucuk tu dia boleh follow sampai dekat basikal? Fuh, mengharapkan saya bagi makanan eh, kesian tapi takut. Adoi, orang tempatan pun pandang pelik je dekat kita tapi apakan daya 😌
   Anjing yang menarik perhatian saya pun 4 beradik anjing kecil, kaki pendek, bulu kerinting-kerinting; yang setiap pagi pakcik yang menetap di rumah belakang asrama sis bawak berjalan pakai baju dengan stoking sekali. Comel je. Anjing-anjing jenis tu je la kot yang takut sikit dengan orang.
   Apa yang menarik sangat pasal anjing? Sebab saya rasa anjing dekat Beijing sangat banyak; ada saja di merata-rata tempat. Banyak dah berlaku adegan kejar-mengejar dengan anjing. Fuh!

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?