Perasaan Belajar Mandarin?


Dalam kelas :)

Macam mana belajar dekat China? Best? Kau belajar bahasa JE kan? Mesti senang kan? Enjoy belajar?

Alhamdulillah, bersyukur sekali lagi mengenangkan saya dapat belajar di China; belajar bahasa Cina, secara spesifiknya bahasa Mandarin (ye lah, sebab orang-orang China ada banyak bahasa dan dialeknya, contoh: Kantonis, Hokkien dsb). 

   Macam mana belajar dekat China? Okay, secara amnya *eceh* setakat ni semuanya okay (ada turun naik tapi alhamdulillah, okay). Secara spesifiknya, belajar dekat Beijing tu semestinya tak sama lah dengan belajar di Malaysia. Meh sini saya cerita perjalanan hidup students dekat sana lah.

Pukul 8 pagi, kelas dah bermula tapi tak semestinya kelas setiap hari pukul 8 pagi. Kadang-kadang pukul 10 pagi pun ada. Untuk asasi, macam saya baru habis asasi, ada dua kelas yang wajib diambil iaitu Kelas Hanyu (汉语)dan Kelas Kouyu (口语). 

Sebelum terlupa, apa yang saya cerita semua situasi PnP terjadi di Beijing Foreign Studies University (BFSU/Beiwai). Saya tak tahu sangat untuk waktu dan jadual PnP di universiti satu lagi; Beijing Language and Culture University (BLCU/ Beiyu). 

Okay, sambung! Kelas Hanyu ni lebih kepada belajar perkataan baru, tatabahasa, pendengaran. Banyak juga yang belajar dalam kelas Hanyu ni. Kalau kelas Kouyu, lebih kepada percakapan atau lisan. Kelas Kouyu pun ada juga belajar tatabahasa dan perkataan baru. Ini lah yang sis belajar masa asasi. 

Selain itu, ada juga kelas tambahan. Banyak juga jenis kelas tambahan yang ditawarkan. Sebagai contoh, ada kelas lisan, ada kelas Hanzi (tulisan China), ada kelas HSK, ada kelas menonton wayang, ada kelas menulis karangan dan macam-macam! Kelas-kelas ni menarik. Seronok :) Ada juga diberi pilihan untuk tidak mengambil kelas tambahan, tapi bagi pendapat saya, rugi tak ambil sebab bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Kalau nak difikirkan penat dan malas, itu semua hanyalah alasan :)

Kadang-kadang, kelas habis pukul 10 pagi, ada hari habis pukul 12 tengah hari, ada hari kelas habis pukul 3 petang. Selalunya kelas tambahan mula pukul 3.10 petang-5.00 petang. Kalau ada kerja yang cikgu beri, jangan risau. Cikgu-cikgu sentiasa ada dan sangat mudah untuk dicari. Serious talk! Eceh. Kalau tak nak tanya cikgu, ha seniors pun ada nak ditanya. 




First time salji ! Seronokkkkkk !

   Susah ke? Ayat clichenya, semua benda mana ada yang mudah. Lagi-lagi, belajar. Setiap orang, tahap kefahaman dan betapa cepatnya dia dapat tangkap di dalam kelas lain-lain tahapnya. Ada orang jenis pandang je black board, terus ingat! Ada orang, pandang black board, tembus! 

Jadi, fikir inisiatif sendiri; nak tulis nota ke nak tengok PPT ke. Ha, PPT ni satu perkataan baru yang saya belajar dekat sini. Kalau dekat Malaysia, selalunya sebut slide/presentation. Yang pakai Power Point tu, tapi sampai sini, cikgu-II selalu sebut PPT. Lupa pulak maksud PPT tu. 

Jangan risau! Cikgu-cikgu peh memang terbaik! Serius, baik giler! PPT tu boleh minta dengan cikgu, mereka boleh terus hantar dekat e-mel awak haa! Gunakan peluang sebaik mungkin :) Naik ambik degree, sistem mungkin lain. Kita tengok lah camana nanti.

Tengoklah orang lain belajar bahasa macam mana, Bahasa Inggeris yang belajar dari kecik belum tentu A+ waktu SPM, nak katanya, belajar bahasa pun bukanlah sesuatu yang mudah. Tok sah kabo bahasa Inggeris, bahasa Melayu pun. Yang lahir-lahir dah boleh cakap Melayu pun belum tentu A+ SPM.


Ha, macam gitu juga lah bahasa Mandarin. Belajar bukan mudah, orang yang bijok pandai pun ada struggle dia tersendiri. Pepandai lah kita follow the flow untuk memudahkan kita untuk belajar. InshaAllah. Senang cerita, kita cuba lah, cuba untuk tidak menuding mana-mana jari kita sambil berkata, "Eh course kau senang kan?" kata si fulan kepada pelajar electrical engineering. "Eleh, mudah je kan belajar tu, ambik pertanian je pun," kata si fulanah kepada pelajar jurusan pertanian tersebut. Amboih amboih amboih, ha nak jugok kabo course kita susah, haa kabo la ke twitter tu *eh?*



Musim bunga :)

   Aku tengok kau berjalan je, seronoknya~ Alhamdulillah, diberi peluang dan jiwa remaja yang rasa nak explore semua benda. Kadang-kadang, kalau dah habis kelas ke, tak pun, waktu hujung minggu, kebanyakkan pelajar keluar. 

Tak kisahlah pergi jalan-jalan ke, pergi berprogram ke dsb. Dah sampai dekat tempat orang kot, giler kau tak pergi menjelajah tempat baru *ewah* Erm, nanti panjang umur dah tua nanti, boleh la saya cerita pengalaman dekat orang. Lagi pun, masa saya interview IPG dulu tu, saya ada cakap dekat panel, saya seorang yang suka explore. Kalau diberi peluang dan ruang, InshaAllah, saya boleh inovasi cara belajar subjek sejarah untuk anak-II murid saya nanti *ecewah* 

InshaAllah, jadi, dengan cara ini jugalah merupakan salah satu cara untuk saya mencari idea-idea baru, dalam masa yang sama menikmati kepelbagaian ciptaan Tuhan. 

Yang orang tengok kat IG ke, mana-mana laman sosial media lah, pasal gambar-gambar pelajar yang melancong ke, berprogram ke, main salji ke, duduk dalam bulatan ke, yang nampak bahagia ke; yaaa itulah cara kami bahagia *cehhh* InshaAllah. Nothing to be worry about :)



   Yeah masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa istiqomah dalam melakukan perkara-perkara yang kita dah usahakan, lagi-lagi azam Ramadhan yang lepas. InshaAllah :) 

Comments

  1. Kak jihaaa ni qila yg selalu tanya akak soalan tu. Haha. Saya hilang all contacts on my phone including your number. Boleh tak nak mintak no akak balik hehehe 😂😂😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, okay boleh. Camana saya nak bagi no ni?

      Delete
  2. Hai, boleh mengajar secara tak formal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, maksudnya nak kelas ya? Kalau nak belajar Mandarin, boleh try tengok IG Dunia Mandarin/Limau Mandarin/Jom Mandarin/EZ Mandarin :)

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?