Posts

Showing posts from July, 2024

Persediaan Melancong ke Beijing, China (Bahagian 2)

Image
Persediaan Melancong ke Beijing, China 1. Aktifkan transaksi luar negara kad debit anda: Anda hanya perlu mengaktifkan transaksi luar negara semudah ABC. Jika anda menggunakan Maybank, anda hanya perlu log masuk maybank2u dan aktifkan di situ. 2. Pakaian mengikut musim Kami pergi pada hujung bulan 5, jadi cuaca tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Jadi, pakaian boleh dipakai seperti semasa di Malaysia. 3. Muat turun aplikasi Alipay WAJIB! Untuk pembayaran, saya hanya melakukan pembayaran menggunakan Alipay. Saya pautkan kad bank serta kad Wise pada Alipay saya. Untuk pembayaran, saya hanya scan kod QR dan settle! Untuk pembayaran menggunakan kad bank, akan ada caj yang dikenakan. Jadi, terpulang sama ada anda mahu membawa cash yang banyak atau bayar melalui Alipay.  4. Tempah Didi (e-hailing) Baca tips di sini Urusan tempahan Didi pun boleh dibuat di Alipay! Sangat mudah. Hanya dengan satu aplikasi sahaja iaitu Alipay, kita boleh membuat pembayaran, menempah Didi dan banya

Melancong ke Beijing, China (Bahagian 1)

Image
   Awal tahun 2020, siapa sangka itu kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Beijing, terpaksa meneruskan pembelajaran semester terakhir secara atas talian dek COVID-19 yang datang menyerang. Maka, terkuburlah impian untuk bergraduasi di wilayah Tembok Besar China itu di samping keluarga tercinta. Namun, perancangan Allah itu Maha Baik. Walaupun cabaran baharu, halangan luar biasa untuk menamatkan tahun akhir pembelajaran, akhirnya, segulung ijazah dapat ku genggam!    November 2020-November 2021: maka tamatlah juga  PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN ( PDPP ) yang saya serta rakan-rakan ikuti di IPG. Perjuangan menjadi seorang pendidik negara semakin sampai ke hujungnya. Alhamduillah! Berkat sabar, usaha dan tawakal, akhirnya Allah merezekikan saya serta rakan-rakan di tempat yang terpilih untuk kami berbakti.  Kini, sudah setahun lebih saya berkhidmat untuk nusa bangsa. Pengalaman setahun jagung ini juga saya merasakan seperti sudah bekerja untuk 10 tahun. Hewhew. Moga terus tab

Ada Apa di Lipis?

Image
Ada Apa di Lipis? Pejam celik, sudah setahun lebih rupanya saya berkhidmat sebagai seorang pendidik di daerah Lipis. Tak ku sangka, tempat pertama posting saya ialah sebuah sekolah menengah di sini. Tak pernah terjangkau dek fikiran saya, bahawa saya akan posting di sekolah menengah kebangsaan, kerana opsyen saya ialah Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), namun, inilah takdirnya. Saya tidak mahu cerita tentang pengalaman menjadi guru di sini, cuma saya mahu kongsikan beberapa perkara menarik yang saya perhatikan di daerah Geopark ini. 1. Parkir Kenderaan di Lipis Jika di Kuantan, ataupun daerah lain, saya hanya perlu akses di PahangGo, tetapi lain pula di Lipis. Saya serta anda yang mahu parkir di Lipis tanpa perlu membeli kupon, adalah melalui aplikasi Lipis EZ Park. Aplikasi ini khusus untuk membayar parkir, tidak seperti di PahangGo, bayaran bil dan lain-lain boleh diakses di situ. Jadi, hendak menyenangkan urusan secara atas talian, muat turun aplikasi tersebut atau walk-in bel