Posts

Showing posts from August, 2018

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Image
Matikan Setem Sumber: Google Baru-baru ni pergi UTC nak uruskan pos dan mati setem. Sebelum ini, abahlah yang tolong uruskan urusan mati setem. Disebabkan saya pun duduk rumah cuti ni, jadi bolehlah temankan satu-satunya adik lelaki yang bakal mendaftar masuk universiti nanti. Urusannya mudah sahaja, semudah 123, siap! Tidaklah susah seperti urusan memasak! Urusan ini hanya terjadi di UTC saja, mudah!  Mula-mula, beli setem di pejabat pos. Tampal setem, oh ya, hari tersebut adik tak bawa gam pula! Satu kerja pula pergi turun dekat tingkat bawah sekali, cari kedai runcit nak beli gam. Kemudian, cari pejabat LHDN [kalau di UTC Kuantan, Pejabat Pos dan LHDN berada di tingkat 2, jadi kami berlegar-legar di tingkat 2 saja]. Kemudian, pergi ke LHDN. Tak perlu ambil nombor. Ada seorang pelajar sedang matikan setem juga, jadi kami hanya tunggu sajalah. Kemudian, turn adik saya, pap pap! Siap dah cop! Tak perlu bayar apa-apa. Begitulah mudahnya urusan matikan setem.

Menyambut Aidil Adha di Beijing

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha Alhamdulillah, bersyukur atas kasih sayang Allah kita dapat meraikan Aidil Adha untuk tahun 2018 ini bersamaan dengan 1439 H. Peluang dan kesempatan yang saya ada, dapatlah pulang ke kampung bersama ahli keluarga. Berjumpa dengan tok abah dan nenek, merasai suasana kampung dan menikmati buah-buahan yang sedang berbuah lebat sekarang!  Pokok pulasan di depan rumah Tok Abah berbuah lebat, rambutan yang merah lagi menggiurkan, MashaAllah, nikmat! Oh ya, bukan buah yang saya nak ceritakan tapi sedikit cerita pada Aidil Adha yang sempat saya dan pelajar lain menyambut di bumi Tembok Besar Cina. Dua tahun lepas, 2016 kami menyambut Aidil Adha di Beijing. Tak sempat nak menyambut di Malaysia. Satu pengalaman baru untuk kami semua. Pertama kali saya menyambut raya haji di Beijing, terasa istimewa sekali kerana pengalaman itu sungguh berharga. 2015, awal bulan 9 kami sampai di Beijing dan beberapa minggu selepas itu menyambut Aidil Adha p

Persiapan Sebelum ke Beijing

Image
Assalamualaikum WBT.    Terdetik dalam hati saya untuk menulis serba sedikit pengalaman dan perasaan yang bercampur-baur, perasaaan yang susah untuk digambarkanlah, eceh, perasaan yang menggoncang jiwa, woah kemain, perasaan-perasaan sebelum terbang jauh ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.    Cerita saya biasa-biasa saja, kita boleh dapati banyak lagi cerita-cerita hebat dan padu daripada seniors lain yang telah melalui banyak jalan kehidupan yang membentuk diri mereka sekarang lantas menjadi manusia hebat!    Okay, sebelum terbang ke Beijing mesti ada persediaan dahulu. Tak bolehlah pergi saja-saja. Barangan penting untuk saya ke luar negara untuk pertama kalinya agak banyak, lagi-lagi namanya barangan penting. AL-QURAN, TELEKUNG & SEJADAH Ini penting ya, kalau terlupa susah pula nak pos jauh dari Malaysia.  MAKANAN Antara contoh jenis makanan yang pelajar selalu bawa ialah: Kicap Sos cili, sos tomato, sos thai, sos lada hitam Rempah 3 sekawan Asam k

Ramadhan 3.0 di Beijing

Image
   Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk umat Islam khususnya. Ramadhan juga turut memberikan peluang kepada saya dan pelajar Malaysia yang lain merasai suasana melaksanakan ibadah puasa di China.     Sekadar perkongsian bersama anda tentang perjalanan Ramadhan di bumi Beijing ini. Alhamdulillah, kali ini merupakan kali ketiga berpuasa di bumi Tembok Besar ini. Indah rasanya dapat melaksanakan ibadah puasa ini, seharusnya kita mesti bersyukur andai sampai ke saat ini Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk berpuasa.     Hargai setiap peluang yang Allah bagi kerana sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan dipandang Allah jika disertakan dengan ikhlas. Berpuasa dengan sepenuh hati dan taqwa kepada Allah pasti diberi ganjaran syurga yang tidak terbayang indahnya.    Pepatah Melayu ada menyebut, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Untuk merasai indahnya sesuatu perkara, mesti melalui susahnya dahulu. Contoh, nak makan kek coklat mo