Posts

Showing posts from 2018

Cara Mati Setem di LHDN UTC

Image
Matikan Setem Sumber: Google Baru-baru ni pergi UTC nak uruskan pos dan mati setem. Sebelum ini, abahlah yang tolong uruskan urusan mati setem. Disebabkan saya pun duduk rumah cuti ni, jadi bolehlah temankan satu-satunya adik lelaki yang bakal mendaftar masuk universiti nanti. Urusannya mudah sahaja, semudah 123, siap! Tidaklah susah seperti urusan memasak! Urusan ini hanya terjadi di UTC saja, mudah!  Mula-mula, beli setem di pejabat pos. Tampal setem, oh ya, hari tersebut adik tak bawa gam pula! Satu kerja pula pergi turun dekat tingkat bawah sekali, cari kedai runcit nak beli gam. Kemudian, cari pejabat LHDN [kalau di UTC Kuantan, Pejabat Pos dan LHDN berada di tingkat 2, jadi kami berlegar-legar di tingkat 2 saja]. Kemudian, pergi ke LHDN. Tak perlu ambil nombor. Ada seorang pelajar sedang matikan setem juga, jadi kami hanya tunggu sajalah. Kemudian, turn adik saya, pap pap! Siap dah cop! Tak perlu bayar apa-apa. Begitulah mudahnya urusan matikan setem.

Menyambut Aidil Adha di Beijing

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha Alhamdulillah, bersyukur atas kasih sayang Allah kita dapat meraikan Aidil Adha untuk tahun 2018 ini bersamaan dengan 1439 H. Peluang dan kesempatan yang saya ada, dapatlah pulang ke kampung bersama ahli keluarga. Berjumpa dengan tok abah dan nenek, merasai suasana kampung dan menikmati buah-buahan yang sedang berbuah lebat sekarang!  Pokok pulasan di depan rumah Tok Abah berbuah lebat, rambutan yang merah lagi menggiurkan, MashaAllah, nikmat! Oh ya, bukan buah yang saya nak ceritakan tapi sedikit cerita pada Aidil Adha yang sempat saya dan pelajar lain menyambut di bumi Tembok Besar Cina. Dua tahun lepas, 2016 kami menyambut Aidil Adha di Beijing. Tak sempat nak menyambut di Malaysia. Satu pengalaman baru untuk kami semua. Pertama kali saya menyambut raya haji di Beijing, terasa istimewa sekali kerana pengalaman itu sungguh berharga. 2015, awal bulan 9 kami sampai di Beijing dan beberapa minggu selepas itu menyambut Aidil Adha p

Persiapan Sebelum ke Beijing

Image
Assalamualaikum WBT.    Terdetik dalam hati saya untuk menulis serba sedikit pengalaman dan perasaan yang bercampur-baur, perasaaan yang susah untuk digambarkanlah, eceh, perasaan yang menggoncang jiwa, woah kemain, perasaan-perasaan sebelum terbang jauh ke Beijing untuk melanjutkan pelajaran.    Cerita saya biasa-biasa saja, kita boleh dapati banyak lagi cerita-cerita hebat dan padu daripada seniors lain yang telah melalui banyak jalan kehidupan yang membentuk diri mereka sekarang lantas menjadi manusia hebat!    Okay, sebelum terbang ke Beijing mesti ada persediaan dahulu. Tak bolehlah pergi saja-saja. Barangan penting untuk saya ke luar negara untuk pertama kalinya agak banyak, lagi-lagi namanya barangan penting. AL-QURAN, TELEKUNG & SEJADAH Ini penting ya, kalau terlupa susah pula nak pos jauh dari Malaysia.  MAKANAN Antara contoh jenis makanan yang pelajar selalu bawa ialah: Kicap Sos cili, sos tomato, sos thai, sos lada hitam Rempah 3 sekawan Asam k

Ramadhan 3.0 di Beijing

Image
   Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa untuk umat Islam khususnya. Ramadhan juga turut memberikan peluang kepada saya dan pelajar Malaysia yang lain merasai suasana melaksanakan ibadah puasa di China.     Sekadar perkongsian bersama anda tentang perjalanan Ramadhan di bumi Beijing ini. Alhamdulillah, kali ini merupakan kali ketiga berpuasa di bumi Tembok Besar ini. Indah rasanya dapat melaksanakan ibadah puasa ini, seharusnya kita mesti bersyukur andai sampai ke saat ini Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk berpuasa.     Hargai setiap peluang yang Allah bagi kerana sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan dipandang Allah jika disertakan dengan ikhlas. Berpuasa dengan sepenuh hati dan taqwa kepada Allah pasti diberi ganjaran syurga yang tidak terbayang indahnya.    Pepatah Melayu ada menyebut, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Untuk merasai indahnya sesuatu perkara, mesti melalui susahnya dahulu. Contoh, nak makan kek coklat mo

Berjalan di Negeri Cik Siti Wan Kembang

Image
Alhamdulillah, berkesempatan menulis blog! Fuh, dah lama tak menulis ya. Last  menulis tentang trip ke Jepun . Sekarang dah pun di hujung-hujung bulan 7, ada lagi baki satu bulan cuti semester. Kalau di Beijing sekarang sedang mengalami musim panas, kalau di Malaysia, beginilah kita. Sekejap panas, sekejap hujan, angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Kali ini berkesempatan untuk Cuti-Cuti Malaysia: Kelantan dan Kuala Lumpur. Fuh, bagai rusa masuk kampung, kita pula terasa asing benar di tanah air sendiri. Makanan, gaya hidup; berbeza lah sedikit. Cewah, bak kata orang sekarang, play tourist dekat tempat sendiri gitu. Dari Kuantan ke Tanah Merah, Kelantan bukan dekat, bukan cepat ha. Tak fikir banyak, terasa nak pergi Tanah Merah, bagitahu parents , dapat permission , terus beli tiket dekat Terminal Sentral Kuantan. Tak pernah-pernah pun terfikir untuk ke Kelantan.  Pengangkutan Kuantan-Tanah Merah Saya beli tiket bas Ekspres Perdana yang berharga RM 32.20, seat seorang.

#4kawaiitakenippong ke Kyoto

Image
KYOTO  18-20 JAN 2018 18 JAN 2018 星期四 [KHAMIS] Kami naik bas 7:15 pagi ke Kyoto, fuh tak sabarnya! Perjalanan menaiki bas dari Nagoya ke Kyoto hanya mengambil masa selama 2 jam lebih. Baru nak tidur eh dah sampai Kyoto! Bas berhenti di Kyoto Station, peh stesen dia besar weh! Serius! Busy dia macam dekat airport gituh, eceh. Sesampai saja di Kyoto, kami ambil subway untuk ke guesthouse kami. Subway di Kyoto Station aras bawah sekali rasanya, ha, sebelum kami ke guesthouse, kami beli siap-siap pass yang kami akan gunakan di Kyoto dekat kaunter subway info gitulah nama dia. KYOTO PASS Dekat Kyoto kami memang menyarankan anda untuk guna pass ! Serius, sangat berbaloi dan mudah memandangkan pengangkutan di Jepun sangatlah mahal, berganda-ganda harganya kalau nak dibandingkan dengan negara lain. Waktu beli pass ini akan dapat buku panduan. Jangan risau, ada dalam English, jadi memang mudah lah. Yang penting, jangan hilangkan pass tersebut.