Posts

Showing posts from July, 2016

Wangfujing Shopping Street

Image
    Assalamualaikum WBT.    Selain daripada duduk berehat di bilik pada weekend , sis memang tak boleh nak duduk diam lah. Manakan tidak, hari Jumaat kelas habis pukul 12 tengah hari, jadi petang tu macam ada la masa juga kalau nak siapkan assignments . Sabtu, Ahad memang ada peluang nak pergi menjelajah Beijing tu *ewah*. Ni kalau ada mood lah, kalau mood tu macam nak duduk bilik, duduk bilik je lah.  Okay, nak  share  pasal satu tempat yang bernama  Wangfujing !         Wangfujing?  Sebelum pergi ke sana memang tak search pun Wangfujing tu macam mana, yang tahu orang-orang kata situ famous dengan shopping street.  Lebih kurang Qianmen jugalah sebab Wangfujing ini selain daripada pusat beli-belah yang sangat besar dan pelbagai, di sini juga ada hutong (small alley) sama seperti Qianmen. Itu yang menarik, masih ada ciri-ciri budaya Cina itu sendiri.    Cara pergi ke sana?  Yeah, soalan wajib. Ceritanya, kami gerak dari kawasan kampus kami. Di situ ada subway s

Muslim di Beijing

Image
    Baru setahun jagung, bukan lah sekadar setahun jagung *ewahhh* Makin lama, makin banyak pengalaman, yeah ini sememangnya betul lah. Okay, pernah jugak orang tanya, "Orang sana pandang kita macam mana weh? Apa diorang cakap? Orang sana Islamophobia tak?" Banyak lagi lah soalan tapi lebih kurang sama je maksudnya. Jadi, apa reaksi sis dan rakan-rakan bila dapat soalan macam ni?    Waktu sem 1, banyak sangat benda yang aku sendiri tak boleh nak cakap dalam bahasa Mandarin. Kosa kata bukan banyak sangat pun. Nak cakap omputih pun sama, tergagap-gagap je. Kadang nak soal jawab pasal agama kita sendiri tak mudah kalau tak tahu, bukan? Kalau soalan tu yang memang dah ada isi dan idea untuk jawapan, sis jawab tapi kalau soalan tu betul-betul mencabar, kita KIV dulu lah. Jadi, sebagai langkah untuk menyelesaikan KIV query tu, kami tanya seniors lah paling convenient sekali. InshaAllah depa bantu.    Antara soalan yang selalu diajukan ialah (pengalaman sendiri d

Anjing Comel

Image
Bagi lah tengok jenis anjing yang banyak dekat Beijing - sumber Google    Orang kata haiwan kalau dekat dengan kita tanda dia suka kita. Yang jadi masalah, sis takut dengan anjing. Walaupun comel, tapi suka betul diorang dekat diri ini ha. Pergi mana-mana mesti ada je yang nak melekat.    Boleh rituh duduk saje dekat Taman ATM (taman berdekatan dengan asrama) datang seekor anjing duk bertenggek dekat sebelah fulamak tuan dia panggil  still  ngendeng sebelah.    Tak leh blah anjing macam  werewolf  kat Beiwai. Woi bapak besar! Mana tak lari saya haaa *ni serious* Debor je kalau setiap kali lalu sebelah dia ha. Tuan dia rileks je lepas kan tali peh kalau dia gomol tu mahu menangis tak berlagu.    Time beli basikal dulu, dalam reramai manusia yang bertudung dekat kedai basikal tu, pappp! Berdiri tegak, tak bergerak dah saya. Dah dapat merasakan geseran mulus kulit anjing dekat kaki fulamak. Sis dah nak menjerit tapi pak cik kedai basikal tu menenangkan sis. Eceh tapi malangny

Senang Makan?

Image
Lanzhou Lamian ! Feveret sis :P     Mudah tak nak dapat makanan halal sana?  Yeah acap kali saya ditanya dengan soalan yang begini. Jawapan saya mudah saja, jawapannya ialah  "Mudah, InshaAllah."    Ye lah kan, kami tinggal di tempat orang. Mungkin ada yang fikir kami tak berapa convenient nak makan di sini. Jadi, apa yang kami makan di Beijing sana? Haa meh sini lah saya cerita sikit.    Saya pun mula-mula rasa takut, ye lah kan, tempat baru, berdebar rasanya.  Jadi, dengan bantuan seniors , saya pun mendapat tahu beberapa tempat makan yang boleh dimakan makanannya. Persekitaran kawasan universiti banyak restoran halal. Dalam kawasan universiti sebelah timur pun ada sebuah kantin halal. Selalunya, jelas dipamerkan logo halal sama ada dalam bahasa Jawi ataupun dia tulis 清真 (qingzhen); yang turut bermaksud halal.    Itu ceritanya kalau ada logo halal.  Kalau restoran yang tak ada logo halal tapi ada pelajar masuk makan jugak makanannya macam mana?      Kita m

Perasaan Belajar Mandarin?

Image
Dalam kelas :) Macam mana belajar dekat China? Best? Kau belajar bahasa JE kan? Mesti senang kan? Enjoy belajar? Alhamdulillah, bersyukur sekali lagi mengenangkan saya dapat belajar di China; belajar bahasa Cina, secara spesifiknya bahasa Mandarin (ye lah, sebab orang-orang China ada banyak bahasa dan dialeknya, contoh: Kantonis, Hokkien dsb).     Macam mana belajar dekat China? Okay, secara amnya *eceh* setakat ni semuanya okay (ada turun naik tapi alhamdulillah, okay). Secara spesifiknya , belajar dekat Beijing tu semestinya tak sama lah dengan belajar di Malaysia. Meh sini saya cerita perjalanan hidup students  dekat sana lah. Pukul 8 pagi, kelas dah bermula tapi tak semestinya kelas setiap hari pukul 8 pagi. Kadang-kadang pukul 10 pagi pun ada. Untuk asasi, macam saya baru habis asasi , ada dua kelas yang wajib diambil iaitu Kelas Hanyu (汉语)dan Kelas Kouyu (口语).  Sebelum terlupa, apa yang saya cerita semua situasi PnP terjadi di Beijing Foreign S