Wuhan: Bertemu Cinta
Salah sebuah bangunan di Wuhan University Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk hidup, untuk merasai nikmat seorang Muslim, untuk berbakti kepada orang lain, untuk menunaikan kewajipan dan banyak lagi nikmat yang Allah bagi. Siapa sangka, ceh, maksud ayat dekat sini (sis sendiri tak menyangka) bahawa sis berpeluang untuk pergi ke sebuah tempat di China ini, yang dinamakan sebagai Wuhan. Alhamdulillah, diberi peluang dan dengan jagaan Allah, saya dan ahli usrah yang lain; seramai 4 orang berpeluang untuk ke Wuhan. Why uols pergi Wuhan ni? Okay, ceritanya, kami ada dua orang ahli usrah; iaitu Athirah dan Anis yang belajar di Wuhan University ataupun dalam bahasa Cina disebut sebagai Wuhan Daxue (Wuda), jadi, setelah hampir dua bulan usrah bersama mereka menggunakan video call di WeChat ataupun Skype, jadi, dengan kesempatan hujung minggu ini, kami dapat bertemu sendiri dengan mereka di sana. Cumanya, Zakiah tak dapat nak jo