University Trip: Chengde

My squad for 4 years


   Trip semester 3 kali ini, my batch bersama-sama dengan batch second year telah pergi ke sebuah tempat yang bernama Chengde. Chengde terletak di province Hebei. Perjalanan dari Beijing ke Chengde dengan menggunakan lebuh raya Jincheng hanya mengambil masa tiga jam dengan menaiki bas. Oh ya, Chengde terletak di northeast Beijing. Chengde bukanlah bandar besar seperti Beijing. Apa yang saya nampak, Chengde merupakan sebuah bandar yang sedang membangun. Terdapat banyak pembangunan perumahan, pejabat yang ligat dibina di kiri dan kanan jalan raya. Jalan raya di Chengde juga mengalami penambahbaikan. Apa yang menariknya Chengde? Apa yang kami dapat sepanjang uni trip ini? Okay, let me tell you a not so long story.






Day 1:

   Macam biasa, kami harus berkumpul di pintu gerbang kampus sebelah timur pada pukul 7:30 pagi. Dalam pukul 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Chengde. Sepatutnya 7:45 pagi sudah bergerak, tapi ada sebuah bas mengalami kesesakan lalu lintas, jadi perjalanan kami dah lewat 15 minit. Pejam, celik, pejam, celik, eh dah sampai pun di Chengde! 



The Great Wall of Jinshanling



   Masuk saja kawasan Chengde, kami boleh nampak The Great Wall of Jinshanling dari kejauhan. Aktiviti kami pada hari pertama ialah mendaki sehingga ke puncak The Great Wall of Jinshanling. Sebenarnya sis agak nervous sebab dah lama sangat tak mendaki gunung ni. Sangat nervous. 


   Kami lunch dulu, check-in hotel dan terus bergerak ke kawasan Tembok Besar Jinshanling. Dalam tengah hari jugak lah kami sampai di kawasan tersebut. Alhamdulillah, sampai je dekat sana, sejuk sikit hati sebab ketinggian gunung Tembok Besar Jinshanling ni tak boleh lawan dengan ketinggian Tembok Besar Mutianyu. Fuh, ingat lagi first time mendaki beribu anak tangga gunung di Mutianyu dulu memang super duper exhausted! Kali ini rasa lega sikitlah.


We were here!

   Tour guide jalan punyalah laju, memang mengah jugaklah nak kejar. Jalan, jalan, jalan, jalan, akhirnya! Alhamdulillah, sampai sudah di atas Great Wall. Hari pertama ni langit tak membiru, awan putih pun tak sampai di atas kepala. Awan kelabu saja, angin memang sejuk. Berdiri di atas Tembok Besar Jinshanling, melihat pemandangan hijau kekuningan di kiri dan kanan, menghirup udara nyaman dan sejuk; hilang sekejap rasa penat mendaki tadi (ceh ayat buku mana ni). Anak-anak tangga di tembok besar ini agak curam dan licin, jadi kena berhati-hati. Yang paling best, di atas Tembok Besar Jinshanling hari ini, kebanyakkannya ialah pelajar Malaysia sahaja. Pelancong luar ada lah tak sampai sepuluh orang. Kalau tak, selalunya memang penuh dengan Chinese saja.


   Melihat satu keajaiban dunia ini cukup mengagumkan. Binaan yang kukuh sejak beribu tahun dulu ini tetap berdiri kukuh sebagai binaan bersejarah. Menurut orang-orang Cina di sini, ada beberapa kisah yang sangat famous tentang Tembok Besar Jinshanling ini, tapi aku sendiri sebenarnya tak berapa jelas sangat. Setelah puas berjalan menyelusuri Tembok Besar ini, dalam 4:30 petang kami turun semula ke kaki gunung Tembok Besar Jinshanling untuk perjalanan pulang ke hotel. 


   Oh ye, pokok-pokok di kaki gunung dah mula kekuningan. Ada lah modal nak buat bergambar ala-ala autumn haaa tapi bukan lah kesemua pokok. Sekelompok dua saja.


   Jika nak tahu serba sedikit tentang sejarah, info, hiking routes, transportation dan sebagainya tentang Tembok Besar Jinshanling ini, saya sarankan klik link ini: Travel China Guide. InshaAllah, boleh membantu.




Day 2:


滦平职教中心


   Dah puas berehat semalaman, kami teruskan pula untuk hari kedua. Destinasi pertama kami ke 滦平职教中心 (Luanping zhijiao zhongxin). Destinasi kami ini merupakan 高中(gao zhong - senior high school). Tujuan kami ke sekolah ini untuk 文化体验 (wenhua tiyan - experience culture). Di sini kami sedikit sebanyak dapat belajar ilmu baru, jumpa kawan baru, dapat lihat suasana sekolah di sini dan dapat mempraktikkan bahasa Mandarin kami.





   Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil. Kami dapat meluangkan masa dalam 20-30 minit untuk setiap tempat aktiviti yang kami pergi. Macam kumpulan kami, aktiviti pertama ialah 中国结 (zhong guo jie - Chinese knot). Memang menarik, best aktiviti nih! Kami diberi seutas benang tebal untuk belajar cara membuat kraf tangan Cina; boleh digunakan sebagai penanda buku dan digantung sebagai hiasan. Semestinya kami ada guru muda yang membantu untuk memberi tunjuk ajar. Mula-mula, memang payah. Tersimpul sana, tersimpul sini, masa pula singkat. Jadi, memang rasa 着急 (zhaoji - risau) sungguh! Walau bagaimanapun, kami berjaya! Wohooo, memang puas betul bila dah jadi!





   Kemudian, kami bergerak ke tempat kedua iaitu belajar bahasa Mandarin. Segala fasiliti dalam sekolah ni memang hebat, sama hebat dengan universiti yang hebat. Kami diringi oleh dua orang pelajar untuk menjalani aktiviti kedua di  aras bawah bangunan akademik sekolah tersebut. Mula-mula, kami masuk ke dalam sebuah ruang, seolah-olah seperti ruangan di muzium; yang mempamerkan sejarah bahasa Mandarin ini. Ruangan ini juga terdapat medium elektronik yang saya rasa memang dapat membantu pembelajaran anak-anak pelajar di sekolah ini. Cikgu yang mengajar kami juga bercakap bahasa Mandarin yang memang betul-betul tepat sebutannya, tapi bercakap dengan level bahasa yang kami paham. Mula-mula, cakap memang tepat dan laju tapi bila nampak muka kami macam paham tak paham, baru cikgu ubah gaya cakap. 


   Kemudian, kami masuk ke dalam sebuah kelas yang memang jelas PA system lengkap, awesome dan kami boleh lah berlakon acah-acah suasana kelas waktu tu. Aktiviti kami dirakam di dalam kelas tersebut dan di belakang bilik darjah itu ada sebuah bilik rakaman. Wow, menarik! Kemudian, kami masuk pula bilik rakaman; yang macam artis rakam nak buat album tuh, haaa. Sekolah ni siap ada bilik rakaman lagi ha. Dalam bilik rakaman itu juga ada seorang, dua guru yang memantau aktiviti kami. Di sini, kami dibenarkan bercakap apa-apa saja di mikrofon bilik itu, asalkan dalam bahasa Mandarin. Tujuannya untuk check sama ada kami punya sebutan bahasa Mandarin itu tepat ataupun tidak.




   Seterusnya, kami berjalan ke bilik darjah ketiga untuk menulis kaligrafi Cina ataupun dalam bahasa Cina ialah 书法 (shu fa). Saya bergurukan dengan seorang pelajar lelaki yang bernama Chen Huan. Saya ada juga berborak dengannya, sesuatu yang mengejutkan saya ialah 专业 (zhuanye - major study) dia ialah menulis kaligrafi China! Wow, amazing! Dia sudah pun tiga tahun belajar menulis kaligrafi Cina, jadi sememangnya tulisan dia sangat lawa. Saya pun berminat dalam menulis tulisan Cina, jadi mungkin satu hari nanti mana tahu saya boleh tulis sama cantik dengan dia, cewah! 






   Okay, usai saja belajar menulis kaligrafi Cina, kami bergerak ke tempat yang terakhir iaitu mengenali dan belajar cara minum teh Cina yang sebenar. Kelas tu memang kelas untuk belajar teh saja. Fuh, daebak! Ada banyak steps untuk menikmati secawan teh cina ni, satu-persatu diterangkan oleh dua orang guru di depan kelas.


   Tamat sudah kesemua aktiviti kami hari ini bersama pelajar dan guru-guru di 滦平职教中心. Seterusnya, kami bergerak makan tengah hari dan solat di sebuah masjid berdekatan. Kemudian, kami meneruskan perjalanan seterusnya ke 双塔山 (Shuangtashan - gunung berkembar). Sebelum kami kena naik anak tangga yang tak kurang banyaknya, kami dibawa melawat muzium kecil di kaki gunung. Kemudian, kami harus mendaki anak tangga untuk sampai ke puncak. Fuh, memang terasa penatnya. Sampai saja di atas, kami dapat melihat seluruh bandar Chengde, Bang Chui Shan dan gunung-gunung di sekitarnya. Dikatakan, dua gunung berkembar ini kelihatan seperti berbentuk gajah. Di sebelah gunung berkembar ini ada batuan yang berbentuk seperti kura-kura. 


   4:30 petang, kami pun berjalan turun dan bergerak ke restoran halal untuk makan malam.



Day 3:





   Alhamdulillah, langit masih cerah, kami berjalan kaki ke 避暑山庄 (Bishu shanzhuang) atau pun nama dalam bahasa Inggeris ialah The Mountain Resort. Tempat ini terletak di seberang hotel yang kami menginap, jadi kami hanya berjalan kaki melintasi jalan dan sampai! Tempat ini dikatakan tiga kali ganda lebih besar daripada 颐和园 (yiheyuan) ataupun The Summer Palace yang terletak di Beijing. Keluasan The Mountain Resort ini juga dikatakan  berkeluasan separuh daripada Chengde. Tempat ini memang besar! Ada tasik, ada padang hijau yang luas, ada sungai, ada gunung-ganang dan yang paling wajib ialah 四合院 (siheyuan) iaitu court yard yang melambangkan tradisi serta budaya negara China ini.


Boleh buat cover album kan?


   Kami dibawa melihat keseluruhan The Mountain Resort ini dengan menaiki bas mini; pretty excited jugak, pak cik yang bawa bas ni memang expert lah! Rasa macam naik roller coaster, mana taknya, kami naik bas ni ikut laluan yang bergunung-ganang tau. Banyak tempat juga kami berhenti untuk melihat tempat-tempat menarik di situ. Daripada atas gunung, macam biasalah, kami boleh nampak landskap pembangunan bandar Chengde yang sedang membangun, gunung-ganang, hutan yang mula menguning, serta beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Chengde. 


   Habis saja melihat separuh daripada tempat ini, kami pun berjalan kaki menuju ke sebuah tasik yang ada ikan cantik-cantik tu. Kemudian, di situ tour guide ada menceritakan dulu, sebelum nama Chengde diambil bagi menamakan kawasan ini, daerah ini diberi nama 热河 (re he - sungai panas). Hal ini kerana, walaupun musim sejuk, tasik, sungai di sini masih panas, tidak beku. 



Chengde Medical University

    Dah penat berjalan, kami pun bergerak ke restoran untuk makan tengah hari. Usai makan tengah hari, kami bergerak ke masjid di tengah-tengah bandar kecil itu untuk menunaikan solat. Kemudian, kami bergerak ke Chengde Medical University. Agak berdebar sebab di sini kami akan dapat seorang kawan Chinese; fuh memang kena cakap bahasa Mandarin ni. Sampai sahaja, kami sudah dapat kawan baru. Jadi, kami pun dibawa oleh kawan masing-masing untuk sama-sama kenal dengan kawasan universiti ini.

   


   Nama kawan baru saya ialah 张天舒 (Zhang Tian Fu). Dia merupakan seorang pelajar bidang nurse, berumur 21 tahun. Mula-mula, kami dibawa melihat bilik yang mempamerkan sejarah universiti serta serba-sedikit info tentang universiti tersebut. Kemudian, kami dibawa ke melihat taman lavender, kemudahan bersukan, bilik mayat dan banyak tempat lagi. Selain itu, kami dapat meluangkan masa untuk membuat aktiviti bersama di sbeuah bilik di bangunan aktiviti pelajar. Kami dapat bermain Chinese chess, beberapa jenis dam cina, kaligrafi Cina, pakaian traditional Cina serta beberapa lagi aktiviti. Masa terasa berlalu dengan pantas, tengok-tengok dah pukul 4 petang. Kami harus berkumpul dan pulang ke hotel. 


Day 4:



Nampak batu besar dekat belakang tu? Itulah Bang Chui Shan
Inilah cable car, tak silap ada nama lain tapi tak ingat

   Hari keempat langit gelap, dari pagi sehinggalah malam. Sejuk dia pun, semacam! Memang sejuk, keluar-keluar wap dari mulut ni. Kami pun memulakan perjalanan ke 
 棒槌山 (Bang Chui Shan). Tempat yang kami nak pergi ni ialah gunung yang berbentuk ibu jari. Orang sini percaya, kalau sentuh batu ibu jari ni, jangka hayat hidup akan panjang. Untuk sampai ke atas, kami kena naik cabel car yang tak ada cermin, pelindung apa semua tu. Dalam 20 minit, sampai lah ke atas tapi sejuk dia Subhanallah, memang tak terkata! Pakai sarung tangan pun masih sejuk lagi! Atas gunung tu memang cerun, curam. Jadi, hanya sekejap saja kami di atas. Turun saja di daratan, hujan mula turun dengan lajunya. Hujan ini berlarutan sehinggalah ke malam hari.



Kuil Potalaka

   Kemudian, kami ke destinasi seterusnya iaitu 小布达拉宫 (Xiao Bu Da La Gong) ataupun The Temple of Potalaka. Kawasan ini merupakan kuil yang bentuknya hanyalah 1/3 daripada saiz asal. Ha, untuk pengetahuan, Kuil Potalaka ini asalnya ada di Tibet, dan pembinaan Kuil Potalaka di Chengde ini ada sejarahnya yang tersendiri. Walaupun hujan makin lebat tapi kami gagahkan diri juga mendaki anak-anak tangga untuk ke puncak kuil. Kuil ini bukan mendatar sahaja tetapi semakin tinggi seperti gunung. Kemudian, kami mendaki turun untuk ke sebuah kuil lain di sebelah Kuil Potalaka ini. 




Kuil di sebelah Kuil Potalaka

   Kasut, baju, seluar pun dah basah jadi kami pun bergerak ke hotel untuk merehatkan diri. Sempatlah nak keringkan kasut untuk hari terakhir kami, pada hari esok di Chengde ini.



Day 5:



Dalam bangunan kuil inilah terletak sebuah patung Buddha yang besar

   Alhadmulillah, langit pada hari ini sangat cerah. Matahari pun ada, memancarkan sinarnya tapi suhu tetap rendah. Walau pun langit sudah pun cerah, kelihatan awan putih bergerak tetapi wap pun masih keluar dari mulut. Sangat sejuk! 


   Untuk destinasi terakhir kami pada hari ini, kami pergi ke 普宁寺 (Puning Si) ataupun dalam bahasa Inggeris ialah Puning Temple. Binaan kuil di sini lebih kurang dengan kuil-kuil lain tapi yang berbeza berbanding kuil-kuil lain ialah Kuil Puning ini hidup. Maksudnya, ada sami-sami yang belajar di sini, yang menjalani rutin seharian mereka di sini. Yang paling famous di kuil ini ialah patung Buddha yang sangat besar. Kemudian, dalam lebih kurang 10:30 pagi, sesi lawatan kami tamat. Kami pun mula bergerak pulang ke Beijing.





Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?