Chaoyangmen


Baru setahun tinggal di Beijing, tak semua tempat di bumi Tembok Besar ini diterokai. Antara tempat menarik yang pernah aku pergi ialah Beijing World Park, Forbidden City, Qianmen, Beijing Olympic Park, Summer Palace, Chaoyangmen, taman-taman yang ada di Beijing serta lain-lain tempat.

Sis cuma nak bagitahu, kadang orang pergi ke negara China nak beli sutera, alas meja, cadar serta cenderahati yang murah-murah, setakat yang aku pernah pergi dan survey, tempat tersebut terletak di Chaoyangmen atau di Hongqiao. Kedua-dua tempat ini semestinya terletak di Beijing. Mungkin akan ada yang kata barangan di Guangzhou lebih murah dan sebagainya namun saya hanya mampu memberikan info di Beijing sahaja setakat ini.

Barang-barang seperti fridge magnet, alas meja, cadar, baju serta key chains sis beli di Chaoyangmen. Chaoyangmen ni satu tempat yang besar, di kawasan ini ada sebuah bangunan yang menjual barang-barang yang aku sebutkan di atas tu. Di luar bangunan ni banyak papan tanda Bahasa Rusia. Katanya, peniaga di sini mahir dalam berbahasa Rusia. Gitu. Dalam sebulan sebelum pulang ke Malaysia, aku dah mula cari barang nak bagi untuk keluarga, kawan-kawan, saudara-mara. Biasanya memang naik subway dari kampus ke sini. Nak naik teksi memang mahal sebab agak jauh. Satu kelebihan untuk kita sekiranya kita tahu berbahasa Mandarin sebab bila para peniaga tahu kita datangnya dari jauh, lagi-lagi Malaysia memang mereka akan letak harga yang tinggi. Jadi, macam mana nak dapat harga murah? Ha, tawar-menawar! Memang berkesan.

Terdapat dua kedai favorite aku untuk beli alas meja, fridge magnet, serta key chains. Ini pengalaman aku dan rakan-rakan yang pergi membeli sekali dengan aku. Kedai pertama kami gelar dengan Kedai Aisyah sebab mak cik yang menjual di kedai tersebut namanya Aisyah. Di sini berbaloi juga, ada latest patterns dan ada pelbagai saiz alas meja. Harga yang paling ohsem pernah aku dapat ialah 50 yuan bersamaan dengan RM 30 untuk alas meja lapan kerusi tapi tak semua boleh dibeli murah-murah. Ada yang memang dah tawar-menawar bagai nak rak, harga tetap sama. Baju pelbagai saiz lebih kurang RM 10. Mak Cik Aisyah ni boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Sangat fasih!

Selain kedai ini, ada juga kedai yang berdekatan dengan kedai mak cik Aisyah yang turut menjual alas meja. Memang lawa. Rambang mata nak memilih. Pak cik dekat kedai ni dah kenal dah muka budak-budak Malaysia. Baru masuk kedai, terus beliau tunjuk latest patterns. Pak cik cakap dalam Bahasa Mandarin lah. Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai yang menjual alas-alas meja dan lain-lain jenis barangan, cuma aku bagitahu kedai yang boleh dikatakan agak selesa lah nak membeli barangan sebab kedai-kedai lain pun stoknya sama sahaja tapi tak biasa pergi. Kalau dulu kedua-dua kedai ini terletak di tingkat 4, sekarang sudah berpindah ke tingkat 2.

Itu ceritanya kalau nak beli alas meja. Kalau nak tengok cadar; tak kisahlah cadar 3D ke, cadar patchwork ke, cadar biasa ke, ada satu kedai tak silap di tingkat 3, menjadi tumpuan juga. Aku tak pernah lagi beli tapi banyak kali lah pergi dengan kawan-kawan. Hehe, mak cik di kedai ni memang garang sikit, tegas gitu tapi kita sebagai pembeli dan pengguna ada hak untuk beli atau tidak, bukan? Bermati-matian juga kalau nak tawar-menawar dekat kedai ni tapi produk dia memang okay lah. Harga memang boleh dapat murah.


Kedai Teh 

Kemudian, kalau nak beli teh China, di aras itu juga ada satu kedai teh yang dah menjadi tempat kawan-kawan aku membeli teh nak bawa balik Malaysia. Banyak kedai teh di aras ini, tapi kedai itu menjadi tumpuan kami. Dah namanya negara China, memang banyak teh yang dipamerkan untuk dijual. Hari tu aku ada lah beli the hitam yang kualiti baik punya, 1 kg dalam RM 200. Serbuk-serbuk teh ini boleh dibeli dengan harga serendah RM 3 untuk 500 g. Sangat berbaloi.

Tunggu apa lagi?




Dalam asyiknya berjalan, tak dilupa juga suruhan Tuhan. Di sini, surau atau masjid tak banyak. Jadi, kalau kami nak solat, kebiasaannya jika kami berada di dalam pasar raya, kami akan solat di “Exit”. Tak pun, masuk butik-butik mahal tu kan, ambik lah sehelai dua baju, acah-acah lah nak cuba pakai, masuk dalam fitting room dan solat. Lepas tu, letak lah semula baju di tempatnya semula. Gitu. Kalau lain-lain tempat, boleh saja solat di tepi-tepi jalan, cari tempat yang elok sikit, kemudian hamparkan sejadah travel dan solat. Tak menjadi masalah lah untuk kita solat di mana-mana. Kalau berjalan di Tembok Besar pun  tak menjadi masalah untuk solat di situ. Mudah, bukan? 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?