|
Welcome! |
Turun bawah, dah siap nak bergerak ke Safari, eh Anis tak turun lagi. Tunggu Anis sekejap. Baru keluar dari pintu pagar sekolah, eh kad pelajar Syaf tertinggal. Kalau ada kad pelajar, harga boleh kurang sikit.
Dah sampai dekat bus stop, tunggu 10 minit bas dah sampai. Baru nak naik bas, eh bas berlalu pergi macam tu je. Tak perasan kot ada penumpang dah lama berdiri dekat tepi tu. Kena tunggu lagi. Beberapa minit lepas tu, bas 563 sampai. Kami naik. Berhenti di depan National Library, masuk stesen subway National Library. Perjalanan ke Tiangongyuan bermula.
Dari stesen National Library sehinggalah ke stesen terakhir di Tiangongyuan harus melalui 26 stesen kesemuanya. Lama memang lama beb! Dapat tempat duduk terus duduk! Akhirnya, selepas hampir sejam lebih dalam subway, sampai juga di destinasinya. Eh tapi belum sampai lagi ke Safari. Kena naik kuai che dulu atau pun teksi untuk ke sana. Pergi balik 120 kuai. Kuai che ini dalam bahasa Melayu ialah kereta laju la kot. Kuai (laju), Che (kereta). Kuai che ni lebih kurang macam Uber lah.
Naik kuai che dari stesen subway ke Safari tertidur juga la sebab dalam subway tak tidur pun. Rasa macam sedap pula duduk atas kerusi empuk kereta. Lebih kurang 20 minit juga lah dari stesen subway Tiangongyuan untuk sampai ke Safari.
|
Omeynya awak! |
|
Beruang menyerang gais! |
|
Kangaroo melompat depan kita! |
Sampai je dekat sana, MashaAllah! Rasa seronok terus. Seronok lah dapat pergi zoo safari :') Memang seronok lah pusing-pusing zoo, paling best naik kereta kecik [80 kuai setengah jam], pusing-pusing dekat satu kawasan, bagi makan kepada haiwan-haiwan tanpa apa-apa pagar pemisah. Ceh. Semestinya binatang itu haruslah jinak. Contohnya, alpaka, kambing, rusa. Memang jinak. Anis yang duduk sebelah sis memang menjerit-jerit juga ha. Sis pun macam takut-takut tapi boleh lagi lah nak bagi kubis, lobak dekat binatang comel tu.
Part kedua paling best masa naik trak bersangkar. MashaAllah saya rasa kecik-kecik macam pernah pergi tapi yang ini memang ingat lah kejadian yang jadi setiap satunya. Memang seronok. Seronok! Beruang panjat-panjat trak, bagi makan kuda belang tetapi singa, harimau senyap saja harini. Tak pergi dekat pun dengan trak.
Selain itu, kami masuk tengok 5D. 30 kuai satu cerita. Orang macam sis yang tak pernah tengok 4D ke 5D ke rasa macam excited giler. Menjerit juga lah masuk dalam bilik 5D tu ha. Bergegar-gegar kerusi, kepala otak semua.
Nak bagi makan gajah, zirafah semua kena berbayar. Seharusnya. Benda yang tak berbayar, selain daripada naik trak bersangkar itu, tengok pertunjukan. Ha, sis sempatlah tengok pertunjukan monyet-monyet comel.
Tandas dekat sana okay lah. Sebab tempat pelancongan kan. Selesa lah. Macam biasa, bawak botol kosong. Bawak tisu. Cukup. Selain itu, nak solat memang tak ada surau. Carilah mana-mana tempat lapang, bentang sejadah travel, solat.
|
Lunch! |
Makanan ada dijual tapi seeloknya bawa makanan sendiri. Tak ada yang halal untuk dimakan. Tempat duduk nak makan ada saja, jangan risau. Tak perlu bawa tikar. Lepas hampir 4 jam lebih pusing-pusing dalam zoo, pukul 3 lebih mahu beransur pulang ke Beiwai. Alhamdulilah, kami bawa makanan sendiri. Terima kasih Kak Miao, sebab susah payah mengerah keringat buat sandwich untuk sarapan kami dan juga masak nasi goreng kari yang peh! Memang resepi terbaik! Alhamdulillah. Selain daripada itu, nampak makanan dalam gambar dekat atas ni? Ada kuih samperit, ada coklat M&M, ada maruku, ada biskut aiskrim, alhamdulillah :) Yang paling ohsem, sistur dengan Syaf makan nasi goreng macam dalam gambar tu lah, ha siapa suruh tak bawak sudu.
Selepas beberapa jam meluangkan masa bersama, kami pun rasanya dah pusing satu zoo, tiba masanya untuk pulang ke Beiwai. Boleh call mana-mana kuai che atau pun naik kereta mana-mana pak cik kuai che yang setia menunggu di luar zoo itu. Jangan berangan nak jalan kaki ke stesen subway, jauh giler! Kalau larat boleh lah jalan, ada lah dalam sejam atau dua jam sampai lah kalau berjalan kaki. Naik kereta lebih kurang setengah jam.
Alhamdulillah.
Setakat yang sis pergi, tak nampak pula panda. Atau pun memang tak ada panda, tak terfikir pula waktu tu. Mungkin panda ada dekat Beijing Zoo. Nak pergi zoo dekat Malaysia, Zoo Negara pun best. Safari Gambang pun nampak menarik. Taman Buaya pun okay. Banyak lagi lah tempat dekat Malaysia yang kita boleh jenguk-jenguk haiwan. Kalau nak datang Beijing untuk pergi Safari Beijing; pun boleh tapi sis rasa tak termasuk dalam bucket list kot. Dah namanya China kan, kalau hari cuti, memang penuh! Lama beratur. Jadi, memang kena pandai rancang waktu nak pergi tempat-tempat yang jadi tumpuan dekat Beijing. Sekian.
Comments
Post a Comment
Ya, saya?