Kisah Sebelum Terbang ke Beijing





Minggu pertama di matrikulasi:



"Ya Allah, kenapa laju sangat dekat sini? Ke aku yang lambat pick up ni?"

"Weh, siapkan tutorials, dengan lab report. Ha, jangan lupa print sekali nota; nanti claim."


   Dialog yang sangat cliche dekat matrik. Banyak lagi dialog cliche yang lain. Minggu pertama di matrik, memang tak indah lagi. Tak rasa lagi sinar kehidupan di matrik. Air mata tak pernah tak mengalir. Bukan nak cakap matrik susah sangat; tidaklah begitu. 

Ingat balik ayat Allah; Allah tak akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang kita sendiri tak mampu hadapi. Jadi, saya perlahan-lahan hidup balik, berpegang dengan ayat itu, jalani kehidupan di matrik dengan sebaik mungkin walaupun sebenarnya banyak cabaran yang mesti dihadapi.

   Nak dijadikan cerita; minggu pertama di matrik turut merupakan tarikh keluar keputusan kemasukan ke IPG. Saya tampak yakin di situ ya. Sangat yakin! Sekali, HA! Bila check, tak dapat. TAK DAPAT! Ya Allah. Perasaan itu memang tak dapat nak digambarkan. Kecewa itu, memang sakitnya tuh di sini. Pehhh. 

Tipulah cakap tak menangis. Tipulah! Tipulah tak sedih sangat. Tipulah kalau tak rasa terkilan. Masa itu dah terfikir, "Ya Allah, macam mana aku nak survive dekat sini?" Kalau ikutkan hati, rasa macam nak berhenti terus dari matrik; sebab dah fikir sampai tahap seolah-olah ''macam tak ada masa depan je dekat sini".  Jadi, apa yang saya harus buat?

[NEVER LOSE FAITH ]

   Nak tak nak, memang dekat situ jugalah saya harus meneruskan perjuangan. Memang kena ubah mind set; biar jiwa saya ini masuk dalam kehidupan dekat matrik. Eh, teruk sangat ke matrik itu sampai beria macam ni pikir?  Jawapan saya, tidak!  Matrik okay saja cuma keadaan waktu itu sedikit bercelaru. Hal ini bersangkutan dengan harapan saya yang tidak kesampaian itu. Itu sahaja. 

Okay, sambung. Mind set sahaja memang tak cukup; mestilah turut diikuti dengan perbuatan. Saya cuba mencari jalan-jalan baru untuk meneruskan kehidupan dekat matrik. Walaupun dah nak masuk bulan kedua saya di matrik, saya masih lagi meletakkan sepenuh harapan terhadap-Nya. Bukan saya tidak menerima takdir itu dengan sepenuh hati, tapi saya masih lagi berharap. Saya sendiri tak nampak dengan jelas; apakah harapan yang saya pertaruhkan itu sebenarnya? 

   Tidak lama kemudian, di bulan yang penuh barakah; emak telefon. Abah pun telefon. Malangnya, tak dapat diangkat. Pagi itu juga ada nombor yang tak dikenali called saya. Saya dapat satu mesej daripada emak. Mesej dibuka; Ya Allah! Seriously? Ya Allah, betul ni? Betul? Saya sendiri macam tak percaya masa itu. Speechless. Rasa nak menangis pun ada. 

Mak tulis; "Akak, mak dapat panggilan daripada IPG. Akak ditawarkan program ke Beijing. Akak nak? Nanti mak telefon IPG semula, bagitahu keputusan. Mak kena bagitahu IPG sebelum pukul 4 petang ni."  Memang saya cakap, "NAK!" Mak dengan abah nampak macam agak ragu-ragu mungkin, tapi sebab saya pernah cari maklumat dekat Google, baca blog Malaysian students dekat Beijing; maknanya InshaAllah program yang ditawarkan ini; betul! Petang itu, abah called saya semula, memaklumkan yang abah dah sahkan dengan pihak IPG. Alhamdulillah. 

   
Mak dengan abah agak ragu-ragu dengan program ini, maksud saya di sini ialah program ni mungkin tak lah popular seperti program-program yang ditawarkan ke luar negara yang lain. Emak dan abah pun redha dengan keputusan saya. Siapa tak gembira, kan? Maksud saya; Ya Allah, tak boleh nak digambarkanlah. Lagi teruja dapat tahu ada kawan satu dorm masa dekat asrama dulu; Syazwa pun dapat juga ke Beijing. Alhamdulillah :)

   Setelah seminggu, Syazwa dah dapat e-mel daripada pihak tajaan. Sedangkan saya? Masih tak dapat-dapat lagi. Nak masuk minggu kedua, saya dah mula resah, gelisah, gundah-gulana. Bayangkanlah, lepas saja dapat tahu ditawarkan ke Beijing; mind set memang 100% berubah. Badan saja ada dekat matrik itu. Perasaan gundah memang tak boleh nak dikawal. Memang sampaikan dah fikir yang buruk-buruk; "Pihak IPG salah bagi namakah? Ke nama aku memang tak ada? Ke nama aku tak disahkan?"  Macam-macam lah! Banyak sangat fikir. 


Nak kata saya cool, rileks dalam seminggu itu tidaklah. Memang taklah kan! Air mata ini mengalir sampai tak boleh tidur malam. Tahap stress tu pun memang ergh! Memang nervous sangat. Sampaikan emak dengan abah pun dah mula cuak. Setiap harilah saya WhatsApp Syazwa, tiap-tiap hari juga dia bagi kata-kata semangat. Sampaikan Syazwa pun dah banyak tolong saya; siap check nama saya lagi dekat pejabat besar sana.

   Sampailah suatu hari, saya nak tengok surat yang Syazwa dapat. Tergerak hati nak e-mel pihak tajaan, dan petang hari Jumaat itu, e-mel saya dibalas. Diminta nama dan nombor IC. Katanya Isnin minggu depan pihak mereka akan periksa nama saya dan beritahu keputusan. Ya Allah, berdebarnya masa itu; Allah saja tahu. Allah saja faham. 


Sampailah hari Selasa minggu depan tu, saya buka e-mel dan akhirnya, dapat keputusan! Tersentak! Rasa nak menangis teresak-esak tapi saya terpaksa cover sebab masa itu tengah buat eksperimen Biologi; pasal kulit bawang. Rasa memang tak ada mood sangat; rasa nak call abah terus masa itu. 

Mujur lepas Biology Lab itu waktu rehat. Kecewa sangat bila nama saya tidak ada dalam data pelajar untuk ke Beijing. Seolah-olah nama saya tidak wujud langsung untuk program itu. Allahu.

   Habis Biology Lab tengah hari itu, saya terus called abah. Setelah lama saya bertahan untuk sembilan hari menunggu keputusan melalui e-mel dengan penuh debaran, jawapannya penuh dengan kekecewaan. Tengah hari itu juga abah datang matrik, menjenguk saya. Abah bagi kata-kata semangat, lagi-lagi minggu depan nanti ada UPS (Ujian Pertengahan Semester). Saya dengan rasa terkejut lagi, hanya mampu menangis. Nak cakap apa lagi? Nak buat apa lagi? Tak mampu nak cakap apa-apa dah. Lepas rehat zuhur, saya teruskan kelas seperti biasa walaupun dada macam nak pecah tahan kecewa.

   Keesokkan harinya, abah hantar WhatsApp; rupanya nama saya dikatakan tidak mendapat pengesahan. Maksudnya sama ada daripada saya ke, abah ke atau pun emak; tiada sesiapa pun yang mengesahkan keputusan YA atau TIDAK untuk ke Beijing. Abah pujuk saya dengan kata-kata semangat yang sememangnya menusuk ke kalbu, emak pun. Agak terkilan, mungkin ada kekhilafan masa hari nak sahkan nama saya; mungkin. Katanya, peluang untuk nama saya dihantar ke pihak tajaan mungkin ada, tetapi tipis.

   Sedih sangat! Sedih itu memang sedih sungguh. Bayangkanlah, dua minggu saya tunggu e-mel, tak sampai-sampai. Dengan perasaan berdebarnya, dengan serabutnya. Sedih. Malam itu, selepas Maghrib; fikir-fikir balik, hadam balik; saya cuba bertenang. Cuba fikir dengan waras. Bukan dengan emosi. Cuba. Cuba untuk menerima hakikat, mungkin harapan saya setakat di situ. Tidak perlulah untuk berduka lara. Tidak perlulah menyalahkan sesiapa. Tidak perlulah untuk menangis sepanjang masa. Tidak perlulah untuk terus berfikir benda yang sudah terjadi. 


Walaupun hakikatnya, saya masih lagi mengharapkan sesuatu. Keajaiban? Entah. Saya pun tidak tahu. Malam itu, saya perlu bangkit, bangkit untuk berjuang di jalan yang tidak pernah-pernah saya sangka untuk saya terus hadapi. Saya terus ke bilik class mate untuk buat tutorials Fizik. Tangan gatal lagi nak check e-mel. Mengharap lagi, konon.

   Ya Allah! Ya Allah Ya Robbi Ya Kareem. Saya speechless. Rasa macam nak pengsan pun ada. Saya telah mendapat e-mel daripada pihak tajaan! Alhamdulillah. Mulanya memang tak percaya; tapi bila saya tanya semula, memang betul e-mel tersebut daripada pihak tajaan. Subhanallah. Hari kejadian ialah 8/7; tarikh untuk hantar salinan passport dan lampiran yang dikehendaki itu pada 10/7. Saya called emak, abah, Ya Allah, tak terkata. Terus saya print segala dokumen, dan keesokannya 9/7, secara rasminya saya bukan lagi pelajar KMPh. 

   Cukup sampai di sini cerita saya. Saya yakin; sangat yakin. Memang benar, Allah tidak akan menguji kita dengan sengaja, cerita yang diatur-Nya sangat menarik; cumanya keindahan sesuatu cerita itu pasti menyerlah andai kita mencorakkannya dengan perkara yang Dia redhai. Setiap orang ujian yang dihadapi lain ceriteranya, lain caranya untuk mencorakkan plot-plot cerita itu. Namun, apa-apa sekali pun, kalau tidak berbalik kepada Allah; bisa kita redha dengan kisah hidup kita sendiri?


Comments

  1. Kak Jihaa , nak tanya akk dulu spm atas 7 a keatas kan ?

    ReplyDelete
  2. Kak jiha,akak dapat tawaran tu Bulan berape,?

    ReplyDelete
  3. salam kak jiha, waktu akak apply ipg tu..memang akak pilih course mandarin untuk ke luar negar eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, oh tidak. Tak ada course Mandarin ke luar negara. Saya apply subjek Sejarah :)

      Delete
  4. assalamualaikum akak,,acane akak bole mohon untuk ke program luar negara iaitu beijing??boleh akak share,,as soon as possible reply ni,,saya ni budak matrik,,tolong ea kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT, program ni takda dalam permohonan. Saya hanya mohon IPG saja.

      Delete
  5. assalamualaikum ..kak jiha, mase interview tu, byk tny psl pndidikn ngara kite ke isu terkini ke mcmna ? share sikit mse akak kena interview

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam WBT, waktu saya iv tak ada ditanya banyak sangat tentang pendidikan negara dan isu terkini, biasa-biasa saja :)

      Delete
  6. Salam kak jiha. Untuk tahun 2017, KPM ada hantar student ke beijing lagi tak rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT, tak silap saya, sudah tiada pengambilan pelajar.

      Delete
    2. Assalam. Maaf, tp saya salah seorang untuk tahun ni😂 cerita la pengalaman kat sana

      Delete
  7. Maafkan saya , awk dapt panggiln ipg ke beijing tahun ni ke ? Mmg awk minta kos bahasa mandarin ke camane ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat panggilan tahun 2015. Saya memang tak mohon kos bahasa Mandarin.

      Delete
  8. Assalam nak tnya... Pelajar yg ditawarkan belajar di beijing mmg smua tidak berjaya mendapat tawaran ipg ke semasa keputusan ipg dikeluarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, waktu tahun saya, memang begitu.

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?