UKCG 2015 : IPG Lipis




Assalamualaikum WBT.


   Salam 1 Malaysia, Salam sejahtera! Pada hari Isnin yang amat berharga ini, yang diberikan kesempatan oleh Tuhan Yang Maha Esa, saya nak kongsikan pengalaman yang sangat adventure ke Lipis.


   Alhamdulillah, saya diberi peluang dan ruang oleh Allah SWT untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru 2015 yang bertempat di IPG Lipis. Jadi, jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang diberi peluang juga, peluang ini tak semua orang dapat, justeru, hargailah peluang ini kerana ramai lagi kawan-kawan kita yang terkandas hasrat untuk ke UKCG pada kali ini. Jangan risau, Inshaallah, masih ada lagi peluang untuk ke IPG :)


   Jadi, sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang UKCG, saya nak menceritakan pengalaman yang amat mendebarkan sepanjang perjalanan ke Lipis. Saya mula-mula bercelaru juga; sama ada nak atau tak nak ke IPG Lipis. Jadi, perjalanan untuk ke sana sangatlah jauh, bertolak dari Kuantan pukul 3 petang, sampai di Lipis pukul 7.30 malam :') 


   Perjalanan ke sana diiringi hujan yang kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai. Ini kali pertama saya ke Lipis sebenarnya dan pandangan saya tentang Lipis; tenang, bersih, bersejarah. Haaa, bersih tu yang saya suka :) 

   Penginapan ? Saya pergi ke Lipis dengan keluarga, jadi kami tidur di Hotel Jelai, dekat bandar lama. RM 90 satu malam. Banyak je hotel, pilih lah mana-II, sebab saya nampak banyak sangat promosi hotel dengan harga yang serendah RM 48 :) Daebak! Okay la tuh kalau nak tidur satu malam. 




   Pengembaraan bermula !

   Pukul 7.20 pagi saya bertolak, 7.30 pagi sampai dah di IPG. Tandatangan kehadiran dan dengar taklimat. Dalam pukul 8 pagi, masuk ke dalam dewan bagi menjawab Ujian Bertulis. 

   Ujian Bertulis? Apakah? Senang kata, ujian ini lebih kepada melihat attitud kita sebagai bakal guru atau senang kata, berkait dengan rasional kita sebagai manusia. Contoh soalan: Jika anda pengerusi persatuan, adakah anda perlu bersikap amanah? Jadi, anda hanya perlu jawab YA atau TIDAK. 

Masa menjawab 45 minit, dan ada lebih kurang 165 soalan mungkin, jadi SILA JAWAB DENGAN RASIONAL DAN SPONTAN SAHAJA, 1 SOALAN 10 SAAT SAHAJA. Sila pastikan anda menjawab KESEMUA SOALAN kerana 1 soalan tidak terjawab, barangkali anda mungkin tidak akan dapat ke peringkat seterusnya iaitu TEMUDUGA.

   Kemudian, selesai menjawab, diberi taklimat tentang Ujian Fizikal Kecergasan (UFK). Sebelum aokmer buat ujian fizikal, akan ada tayangan dulu, jadi, bolehlah tahu cara nak buat aktiviti nanti. Apakah aktivitinya? 


1. BMI : Mengukur tinggi dan berat 


2. Lompat kuadran : Tengok gambar tu. Kena lompat selama 10 saat. Lompat mengikut
    nombor tu. 

3. Kilas sisi : Aku tak tahu macam mana nak terangkan, tapi ada blog yang ceritakan
    dengan teliti sekali tentang kilas sisi ni. Buat selama 1 minit dan kena 42 kali paling
    minimum.

4. Bangkit tubi : Okay, ada 5 variasi. 
     
    - Pertama  -> Tapak tangan kena dengan lutut.

    - Kedua     -> Siku kena dengan lutut.


    - Ketiga     -> Baring, tangan kiri pegang siku kanan, tangan kanan pegang siku kiri, 

                         letak atas perut, dan naik! 


    - Keempat -> Baring, rileks, tangan dalam posisi variasi Ketiga tapi letak dekat kepala,

                        dan naik! 

    - Kelima    -> Baring, letak tangan bersilang dekat belakang badan dan naik!


5. Bleep Test : Pergh ! Ujian yang sangat memerlukan daya kardiovaskular yang tinggi.
    Jadi, baik anda jogging sementara sebelum menghadapi UFK ni :) Saya buat
    setakat 3.7 sahaja. Contoh bleep test :


Youtube - Bleep Test


   Alhamdulillah, dalam pukul 12 tengah hari dah siap kesemuanya, Inshaallah, kalau ada rezeki dan lepas untuk UKCG, temuduga pula menanti. Okay, tentang pakaian, untuk UKCG, kena pakai baju sukan dan sila ikut prosedur yang ditetapkan, dan bawa dokumen yang disuruh bawa (IC, Surat berkenaan dan Sijil Lahir). Sila peka. PEKA! 

   Usai semuanya, kami makan tengah hari di Azmi Steam Fish. Perghhhhhh! Sedap woi! Ikan patin tempoyak versi Lipis :D Memang sedappppp. Jadi, lepas tu hantar member koi ke rumah dia dekat Temerloh. Haaa ada 3 orang kawan saya di INTEK yang berujian hari ini di Lipis :) Unfortunately, tak sempat nak bergambar. Cehhhh, bergambar aje :P  Okay, setakat di sini saja, sekian :)





Comments

  1. Admin spm dpt berapa A masa memohon ipg

    ReplyDelete
  2. Admin spm dpt berapa A masa memohon ipg

    ReplyDelete
  3. admin nak tnya kalau kita dapat mnduduki ukcg tu tapi tak pergi. boleh lgi tak mohon untuk ambilan tahun dpn?

    ReplyDelete
  4. admin nak tnya kalau kita dapat mnduduki ukcg tu tapi tak pergi. boleh lgi tak mohon untuk ambilan tahun dpn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok semula syarat permohonan dekat laman web KPM, saya tak beraap pasti.

      Delete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?