Gagal Bukan Bodoh : Kelas Ohsem
Pada ketika itu, cuti sekolah penggal pertama
sudah bermula. Aku masih ingat lagi, hari itu kami ada kelas Matematik Tambahan
sepanjang hari. Dari pagi sampailah larut malam. Aku belajar dengan Cikgu Mad, cikgu
yang sangat cool. Kelas kami iaitu kelas Ibnu Sina bergabung dengan
kelas Galileo belajar di Chrome Lab. Pada malam tersebut, aku tidak memakai jam
tangan. Jadi, aku sendiri tidak pasti waktu kelas tamat. Kelas masih laju
berjalan dan malam itu kami belajar Taburan Normal dan Binomial.
"Weh,
dah pukul 12.30 dah."
Aku
rasa macam tak percaya. Kelas yang bermula dari pukul 7:30 pagi sampailah
sekarang tak habis lagi? Kepala aku pun makin berat malam, aku mula rasa
pening. Walau bagaimanapun, daripada gaya cikgu mengajar, kelas macam akan
bersambung sehingga subuh pagi. Jemari masih lagi menekan butang kalkulator.
Kira-kira
dalam pukul 1 pagi kami pun dilepaskan untuk pulang ke asrama.
"Mengantuknya.
Nampak gayanya, sampai asrama terus terjun atas katil."
Kawasan
sekolah dah gelap dah. Buku Matematik Tambahan memang tak letak dekat kelas
dah, terus bawak balik asrama. Dah pukul 1 pagi dah, aku sendiri tak berdaya
untuk ke kelas. Ada saja rakan-rakan lain yang pergi, tapi tatkala itu hanya
katil saja yang terbayang dalam kepala.
Aku
rasa kelas sampai larut malam ini sudah sebati dengan budak-budak sekolah aku.
Sekolah lain aku tak tahu, mungkin ada, mungkin tidak tetapi perkara yang aku
cuba sampaikan ialah selain menceritakan pengalaman, ada juga tersiratnya. Aku tabik
spring terhadap para guru, bukan saja guru-guru Matematik Tambahan, malahan
guru-guru subjek lain juga kerana sanggup pulang lewat untuk mendidik anak-anak
murid.
Jujurnya,
aku malu sebab selama ujian Matematik Tambahan di sekolah, aku tidak pernah
lulus. Markah yang paling tinggi pernah dapat pun tak sampai 35. Memang malu.
Kadang-kadang, rasa macam tak nak teruskan belajar Matematik Tambahan. Entah
kenapa, aku merasakan seolah-olah aku terhalang, struggle mana pun aku,
aku rasa tak boleh pergi jauh.
Sampailah
aku terdengar salah seorang guru berkata, "Ilmu itu hidayah. Awak jangan
salahkan diri awak sebab awak tidak mampu. Allah tidak turunkan hidayah dekat
awak lagi untuk belajar subjek ini, sebab ilmui itu hidayah. Maknanya awak tak
dapat nak belajar subjek ini sebab hidayah tidak datang lagi kepada awak. Awak
ada peluang lagi, awak berdoa banyak-banyak."
Aku
pegang, aku genggam, aku hadam betul-betul ayat ini. Aku cari balik, gali
sedalam-dalamnya, dekat mana aku ada silap. Dekat mana aku tersadung. Saat-saat
akhir, aku cari balik jalan untuk berjumpa dengan simpang terakhir. Akhirnya, aku
jumpa! Setinggi mana kebergantungan kita kepada Allah? Setinggi mana kita letak
pengharapan kepada Allah? Sejauh mana kita meletakkan keyakinan kepada Allah?
Mulanya,
aku rasa musnahlah harapan aku untuk sekurang-kurangnya lulus Matematik
Tambahan pada Sijil Pelajaran Malaysia nanti. Sememangnya, aku merasakan bahawa
peluang itu tidak ada. Muka aku muka gagal! Hilang semangat, luluh rasanya.
Sudahlah berjawatan pengawas, dalam kalingan rakan-rakan aku, jelas bahawa aku
la yang terkebelakang sedikit. Kawan-kawan yang lain semuanya mampu belajar
sendiri.
Dalam
kegagalan, ada kesyukuran. Gagal ini pahit rasanya. Gagal tidak bagi kita
senyum pun, tapi menangis. Gagal membuatkan kita berasa rendah diri, gagal buat
kita rasa "Susahnya nak rasa berjaya." Macam-macam yang kita dapat
rasa daripada kegagalan tetapi apabila kita tersedar, sebenarnya, kegagalan
memberi kita kekuatan.
Kuat macam mana? Apabila dah asyik jatuh, adakah kita tidak pernah terdetik untuk berjaya? Untuk bangkit semula daripada kegagalan bukanlah mudah. Jikalau hati tidak kuat, jikalau niat tidak diletakkan pada tempatnya, jikalau merasakan hidup ini hanyalah permainan sahaja, maka susahlah untuk kita bangkit.
Gagal selalu, bukan selamanya gagal. Bila sudah banyak kali gagal, penamatnya janganlah kita gagal juga. Cari jalan, muhasabah. Gagal bukannya bodoh. Berdoalah kerana doa itu senjata kita. Itulah jalan untuk kita betul-betul dekat dengan Dia.

Lupakan
yang perit. Bina kekuatan, peduli cakap-cakap orang, jangan mendesak diri untuk
menjadi seperti orang lain, setiap daripada kita mempunyai cabaran yang
berbeza, mana mungkin jalan hidup kita juga sama.
Allah ada menyebut dalam al-Quran, surah al-Ankabut, ayat 69, “Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka begembira dan beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
Yakinlah bahawa Allah sebenar-benar penolong kita. Letakkan kebergantungan kita kepada Allah, sememangnya Allah Maha Mendengar, berdoalah kepada-Nya tanpa rasa jemu. InshaAllah, Allah akan sentiasa bersama-sama dengan kita dalam setiap perkara yang kita buat semata-mata kerana-Nya.

jieha...aku suka post kali nie..penuh dgn makna tersurat n tersirat..teruskan menulis jieha..aku nmpak tulisan kau nie dpt menusuk qalbu orang..bagi aku kan..ape yang kau tulis mcm mudah orng terima..orang paham...
ReplyDelete