2) Tips Belajar Bahasa Cina
Tip 1: Kuasai Nada dan Sebutan Vokal serta Konsonan
1.1 Nada
Bahasa Mandarin ada 4 nada: Nada 1, Nada 2, Nada 3 dan Nada 4. Anda boleh tonton di YouTube cara sebutan dan bunyi setiap nada ini. Setiap nada mempunyai bunyi yang berbeza yang menentukan maksud sesuatu perkataan.
Awas!
Jika anda tersilap sebut bunyi nada, maka maksud perkataan terus tidak sama dan boleh menimbulkan salah faham.
1.2 Vokal dan Konsonan
Dalam bahasa Mandarin, terdapat beberapa konsonan yang berbeza sebutannya dengan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.Contohnya: c, q, p, k, t, zh dan beberapa lagi konsonan lain yang memerlukan cara sebutan yang sedikit berbeza berbanding sebutan kita seharian.
Yang paling penting, anda hendaklah berguru untuk betul-betul menguasai nada dan sebutan vokal serta konsonan dalam bahasa Mandarin ini.
Comments
Post a Comment
Ya, saya?