Posts

Showing posts from 2023

Cara Nak Jadi Cikgu!

Image
Saya nak jadi cikgu tapi macam mana nak jadi cikgu sekolah rendah atau cikgu sekolah menengah?  Assalamualaikum WBT. Yeah, pertama kali saya ucapkan tahniah kerana adik-adik sudah ada matlamat dan cita-cita yang diinginkan. Sekarang, kita cuba faham bagaimana cara untuk melorongkan usaha kita menuju kejayaan. GURU SEKOLAH RENDAH Di Malaysia, kita ada beberapa pilihan dan jalan untuk mengejar cita-cita sebagai seorang guru. Jika kita mahu menjadi guru di sekolah rendah, ada dua cara.  IPG Pertama, menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Contoh hebahan adalah seperti gambar di bawah: Bagaimana nak masuk IPG?  Halatuju selepas SPM seperti berikut: SPM -- IPG -- Temuduga SPP -- Pendidik Jadi, usai SPM, adik-adik boleh memohon pada pautan yang akan diberikan. Proses pemilihan untuk kemasukan ke IPG juga semakin sengit; perlu melepasi Ujian INSAK Calon Guru, dipanggil untuk temuduga dan perlu menunggu keputusan temuduga; la

Tip Menyimpan Duit Gaji dan Duit Raya untuk Beginner

Image
Assalamualaikum WBT,  Selamat Hari Raya 🌙  Sudah 3 Syawal 1444H, Alhamdulillah Allah beri kita peluang untuk bertemu dengan Ramadan & akhirnya menyambut kemenangan di bulan Syawal pula. Terdetik pula saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang satu tip yang sangat ohsem tetapi tak ramai yang tahu dan ingin praktikkan iaitu Tip Menyimpan Duit Gaji dan Duit Raya untuk Beginner 😬  Hah, tip ini sebenarnya sudah sangat banyak dikongsikan oleh ahli-ahli kewangan di pelbagai platform media sosial tapi saya ingin juga berkongsi ringkasan dapatan daripada tip mereka semua. Dulu-dulu, saya tidak tahu di mana, bila, dengan siapa saya mahu belajar tip kewangan ini. Saya kira orang zaman sekarang sangat bertuah kerana dengan adanya media sosial yang senang diakses, kita mudah untuk belajar dan mendapatkan info tentang satu-satu perkara dengan cepat dan berguna.  Baiklah, tip ini saya kongsikan daripada perkongsian di YouTube Dr Adam Zubir (klik sini) , yang menjadi asas kepada simpanan

Cara Tamatkan Perkhidmatan Telefon Rumah Secara Atas Talian

Image
Assalamualaikum WBT Sebelum ini saya pernah berkongsi cara untuk membayar bil telefon rumah di aplikasi MyUnifi  kali ini saya ingin berkongsi satu cara terkini untuk menamatkan talian telefon rumah . Hal ini disebabkan Tok Abah saya sudah tidak menggunakan telefon rumah itu lagi. Mudah saja caranya, saya hanya berurusan dengan pihak Unifi melalui e-mel sahaja. PROSEDUR UNIFI Berikut adalah prosedur penamatan yang diberitahu oleh pihak Unifi kepada saya: Adalah dimaklumkan bahawa kami kini melaksanakan polisi penamatan akaun dalam tempoh 30 hari. Dibawah polisi ini, para pelanggan dikehendaki untuk menyetujui memberikan notis 30 hari penamatan akaun dan membuat bayaran bagi tunggakan bil dan caj penggunaan dalam tempoh 14 hari selepas notis diberikan. Pihak pemprosesan akan menamatkan perkhidmatan pada hari ke 28 hingga ke hari 30 daripada tempoh notis jika tiada tunggakkan bil. Jadi, sebelum anda hendak menamatkan perkhidmatan, anda hendaklah menyelesaikan bil telefon yang tertungga

3) Tips Belajar Bahasa Cina

Image
  Tip 2: Buku yang Sesuai untuk Pemula ( Beginner ) 2.1  Free online course Anda boleh cari  free course  di Google, terdapat banyak platform yang anda boleh sertai untuk belajar bahasa Cina secara percuma di atas talian. 2.2 Buku Teks & Latihan Selain itu, anda juga boleh dapatkan buku teks atau buku latihan terbaik untuk menguasai bahasa Cina. Terdapat banyak buku bahasa Cina untuk pemula yang sesuai untuk yang pertama kali ingin belajar bahasa Cina.  Antara penerbitan yang telah mengeluarkan buku rujukan untuk belajar bahasa Cina ialah Penerbitan UiTM, UMP, UniKL dan banyak lagi. Buku-buku ini anda boleh dapatkan dengan mudah di Shopee. Terdapat banyak jenis dan jilid, jadi anda boleh memilih yang terbaik sebagai permulaan. Di samping itu, jika anda ingin menguasai bahasa Cina mengikut silabus antarabangsa HSK, anda boleh terus beli buku teks dan buku latihan HSK 1 di Shopee.  2.2.1 Jom kita kenali HSK HSK ialah singkatan daripada Hanyu Shuiping Kaoshi dan merupakan ujian kemahi

2) Tips Belajar Bahasa Cina

Image
  Tip 1: Kuasai Nada dan Sebutan Vokal serta Konsonan 1.1 Nada Bahasa Mandarin ada 4 nada:  Nada 1, Nada 2, Nada 3 dan Nada 4 . Anda boleh tonton di YouTube cara sebutan dan bunyi setiap nada ini. Setiap nada mempunyai bunyi yang berbeza yang menentukan maksud sesuatu perkataan. Awas! Jika anda tersilap sebut bunyi nada, maka maksud perkataan terus tidak sama dan boleh menimbulkan salah faham.  1.2 Vokal dan Konsonan Dalam bahasa Mandarin, terdapat beberapa konsonan yang berbeza sebutannya dengan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Contohnya: c, q, p, k, t, zh dan beberapa lagi konsonan lain yang memerlukan cara sebutan yang sedikit berbeza berbanding sebutan kita seharian.  Yang paling penting , anda hendaklah  berguru  untuk betul-betul menguasai nada dan sebutan vokal serta konsonan dalam bahasa Mandarin ini.

1) Tips Belajar Bahasa Cina

Image
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semuanya.   你好 nǐhǎo! Ada cara mudah untuk belajar bahasa Cina?  Jawapannya, ada. Pertama , mesti kena ada niat yang betul dan minat.  Kedua , mesti kuasai sebutan vokal dan konsonan serta nada yang betul. Ketiga , mesti banyakkan latihan menyebut, membaca, mendengar dan bercakap. Yang paling penting , kita hendaklah berguru dengan guru bahasa Cina yang boleh mengajar dan  guide  kita untuk jatuh cinta dengan bahasa Cina. Yezzah! Nak belajar Bahasa Cina from zero to hero, moh sertai kelas Bahasa Cina Jiha Laoshi. Confirm, boleh cakap Cina nanti, inshaAllah!