Satu Hari Berjalan di Perlis
Assalamualaikum WBT Alhamdulillah alhamdulillah, terasa laju saja tangan nak menaip pengalaman saya ke negeri Perlis Indera Kayangan untuk kali pertama ini. Perjalanan saya ke negeri Perlis ini sangatlah tidak dirancang dan sangatlah wow! Memang sesuailah bagi siapa-siapa yang mahu ke Perlis dalam masa sehari, tak kalut tapi agak laju hewhew. KAMPUNG IBU, AYER HITAM, KEDAH Let's go! Kolam ikan air masin Pukul 9 pagi, saya bersama ibu dan abah keluar ke destinasi pertama iaitu kolam ikan abah di kampung ibu di Ayer Hitam. Mashaallah, punya terkejut saya, besar benor kolamnya. Ada dua kolam ikan abah, dua-dua penuh ikan. Teruja weh! Ibu & abah bagi makan ikan dulu sebelum kami bergerak ke Perlis. Saya pun ikut sekali dekat belakang, seperti rusa masuk kampung. Terkedek-kedek saya dekat belakang merasai sendiri pengalaman yang seronok ni! DATARAN EMPANGAN TIMAH TASOH Usai bagi ikan makan, kami pun bergerak ke destinasi pertama di Perlis iaitu Dataran Empangan Timah Tasoh. Lebih ku