Slidesgo: Lubuk Template Pembentangan Cantik-Cantik!
Assalamualaikum WBT
Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu tips yang sangat menarik dan boleh diguna pakai oleh para pelajar dan para guru dalam membuat pembentangan. Apakah tips itu? Nah, jawapannya ialah membuat pembentangan menggunakan template pembentangan yang sangat comel, cantik dan menarik!
Terdapat banyak tema, warna dan jenis template yang boleh dipilih. Yang menariknya, kebanyakannya adalah PERCUMA! Tinggal untuk kita explore dan edit mengikut citarasa sendiri. Jadi, di bawah saya akan berkongsi satu laman web yang menjadi lubuk saya mencari template yang lawa.
Slidesgo
Slidesgo merupakan laman web kegemaran saya! Sudah banyak template telah saya gunakan untuk pembentangan dan ketika praktikum.Jika kita klik pada Powerpoint, ia akan automatik dimuat turun dalam komputer riba kita. Jadi, kita boleh edit ketika di luar talian. Namun, jika kita klik pada Google Slides, kita boleh edit secara atas talian. Nah, ini part kegemaran saya.
Mula-mula, klik pada Google Slides. Selepas klik pada Google Slides automatik akan keluar seperti paparan di atas. Kemudian, klik Make a Copy.
Selepas klik butang Share, automatik akan keluar seperti paparan di atas. Jadi, klik pada Change to anyone with the link.
Edit PowerPoint bersama rakan sekumpulan
Di sinilah fungsi yang paling power! Kita tak perlu runsing untuk memikirkan rakan sekerja yang mungkin cepat atau lambat untuk menyiapkan kerja kerana kita boleh siapkan part masing-masing secara atas talian. Jadi, bagaimana kita nak share dengan ahli group kita?
Mula-mula, klik pada Google Slides. Selepas klik pada Google Slides automatik akan keluar seperti paparan di atas. Kemudian, klik Make a Copy.
Kemudian, klik Anyone with the link. Akhir sekali, klik Done.
Siap! Copy link tersebut dan share dalam group WhatsApp kumpulan pembentangan, hah buatlah part masing-masing. Settle!
Comments
Post a Comment
Ya, saya?