Cara Bayar Parking Kereta di Kuantan Menggunakan Aplikasi PahangGo
Saya antara orang yang selalu juga ke bandar dan semestinya hendaklah membayar parking kereta sekiranya parking di mana-mana tempat di bawah Majlis Bandar Raya Kuantan. Sebelum ini saya beli terus sebuku kupon parking kereta di pondok-pondok MBK tetapi kini saya membayar parking dengan menggunakan aplikasi PahangGo. 1) Boleh muat turun PahangGo di Apple Store atau Google Play Store dalam telefon bimbit anda! Pastikan logo seperti gambar di bawah ini! 2) Kemudian, nampak tak "Park" di situ, klik saja di situ. 3) Setelah klik "Park", anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah. Saya ada bulatkan dua perkara iaitu "Passes" dan "Fil". Kalau anda klik "Passes", ada 3 pilihan passes yang anda boleh beli. Saya tidak membeli "Passes" kerana saya hanya akan ke bandar sekiranya ada urusan. Lainlah kalau mungkin orang yang bekerja di bandar atau sering kali perlu ke bandar, berbaloilah untuk beli "Passes". Jadi,