Posts

Showing posts from August, 2019

#NanaEuropeTrip: Sejuta Penghargaan, Seribu Pengajaran

Image
Dalam hidup kita, akan ada banyak persoalan.  Kenapa ini, kenapa itu?   Kita akan banyak berfikir, banyak berbicara dengan hati. Kenapa kami ke Eropah? Mimpi.  Sebuah mimpi yang mahu direalisasikan. Sepanjang permusafiran, harus sentiasa perbetulkan, perbaiki, tambah nilai niat. Bumi Allah ini luas, inilah peluangnya untuk meneroka. Bukan untuk berseronok semata tapi untuk belajar. Belajar mengenali diri sendiri, belajar menghargai segala-galanya dan belajar untuk tunduk ke bumi.  Sepanjang permusafiran, sentiasa berdoa di dalam hati, mendoakan yang baik-baik. Mengajar saya untuk sentiasa berdoa untuk semua, berdoa bukan saja tatkala kita susah, mengajar saya berdoa untuk sentiasa sedar bahawa saya ini hanyalah hamba.  Sejauh mana kami berdua berjalan, hanya Dia sebaik-baik penjaga. Melihat sebentar pinjaman yang terbentang di hadapan mata, menjadi peringatan untuk sentiasa menjadi hamba yang sentiasa berusaha meningkatkan kemampuan diri. Sejauh mana cabaran disahut,

#NanaEuropeTrip: London

Image
TOUCHDOWN 26 Jan Sabtu:  Pukul 10:30 pagi kami keluar dari rumah dan naik bas Skylink 100 ke Edinburgh Airport. Flight kami pukul 1:45 petang. Selepas drop luggage, kami pun terbang ke London Luton dan mendarat dengan selamat pada pukul 3 petang, lebih kuranglah. Bob, host Airbnb kami di Enfield ambil kami di Luton Airport dan hanya dikenakan caj sebanyak £35.  Kalau nak naik pengangkutan awam, memang lama dan akan menyusahkan sedikit sebab lebih empat kali kena tukar, naik, tukar, naik. Kalau nak ambil teksi pula lebih kurang £50. Jadi, alang-alang Bob dah tawarkan teksinya, kami naik saja. Setengah jam kemudian kami sampai di apartment Bob. Alhamdulillah, selamat sampai dan oh ya, sebelum ke rumahnya kami singgah sekejap di Coop untuk beli spaghetti buat makan malam dan bekalan hari esok. Expenses : Print Easyjet: £3 Skylink 100: £9=RM 49.79 Teksi: £35 Coop: £4.51 Strawberi: £1.89  HARRY POTTER AND OXFORD TOUR 27 Jan Ahad : Hari ini pukul 8 pagi kami sudah keluar

Berbaloikah Berkorban?

Image
Dalam hidup kita, sering kali tak akan terpisah dengan situasi yang memaksa kita berkorban atau terkorban. • Sukarelawan yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan di kawasan pedalaman kerana merasakan itulah tanggungjawab mereka serta banyak lagi contoh lain yang murni Semakin kita memberikan bantuan, semakin tinggi sense of giving, merasakan bahawa kita perlu memberi sesuatu, semakin kita tunduk terhadap Tuhan. Ya, dua situasi ini sentiasa terjadi, tanpa kita sedar atau tidak. Kadang, di dalam poket kita ada RM5, niat di hati mahu disimpan saja untuk duit makan malam nanti. Tiba-tiba datang seorang pak cik meminta tolong kerana beliau tidak cukup duit untuk isi minyak motor. Sekiranya bagi, tiadalah makan malam. Sekiranya tidak, perut kenyang. Akhirnya, kita memilih untuk memberi RM5 itu kepada pak cik tersebut. Kadang, kita sudah membeli sebungkus kebab untuk dijadikan bekalan perjalanan di dalam bas malam selama 8 jam, namun ketika sampai di terminal bas didatangi seora