Posts

Showing posts from July, 2019

Sayonara Jahiliah

Image
Alhamdulillah, masih lagi bernafas, masih lagi dapat hidup hari ini, dapat bangkit daripada tidur dan hidup! Semalam punya mengantuk memang mengantuk betul, pukul 9 dah  start  mengantuk tapi gagahkan juga buat kerja, akhirnya pukul 10 memang dah terlelap.  Seminggu dua ni rasa macam  lost , so  there was someone gave me a present;  39:2 . Jazakillah :) Program hari ini berpandukan satu tema iaitu  Wida': Sayonara Jahiliah.   Tak kenal maka tak cinta  tapi kali ini kita kenal bukan untuk mencintai tapi untuk  mengucapkan selamat tinggal  kepada jahiliah. Slot pertama yang dikendalikan oleh Kak Ainur, semestinya menjelaskan dengan lebih lanjut tentang jahiliah.  Apakah itu jahiliah?  Kalau belajar zaman sekolah, dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 pada  page  sebelah kanan bahagian bawah, ada dalam satu perenggan diterangkan maksud jahiliah.  Jahiliah ; kata dasarnya ialah jahala yang bermaksud bodoh, tidak tahu apa-apa. Itu maksud dari segi bahasa.  Okay,  sekarang

Kadar Bayaran Penghantaran Poslaju Meningkat?

Image
Assalamualaikum WBT Fuh, hari ini saya mengalami pengalaman yang baru! Pertama kali ke Pos Laju untuk pos barang. Caranya sangat mudah sekali, servis di kaunter mengambil/mengepos barang pun laju! Pekerjanya ramah, bekerja dengan sangat tangkas, hampir sama lajunya dengan 快递员 di Beijing, serius, part ni sis tak tipu. Caranya mudah sekali, InshaAllah mudah. FLYERS Nak hantar barang Pos Laju, sekarang guna flyers yang disediakan oleh Pos Laju pun okay, jimat pun jimat. Saya nak cerita flyers warna oren, ada tiga saiz; S, M, L. Seriap saiz ada had berat, contoh S 0.5 kg, M 1.5 kg, L 2 kg rasanya. Harga flyers murah saja, contoh saiz M (10 keping) RM3, cumanya sekarang harga postage itu yang sedikit mahal, ceh! Oh ya, flyers boleh beli di Pejabat Pos Laju! Nak beli dekat Shopee pun boleh, tapi itulah tak berbaloi pula nak bayar postage, boleh jadi RM 8! Kalau pejabat pos laju dekat, lebih baik pergi beli sendiri. POSTAGE Tadi kisahnya, nak hantar ubat lecturer yang keluarg

Cara Simpan Duit Tabung Haji Melalui Maybank

Image
Assalamualaikum WBT Yeah, Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dapat selesaikan satu urusan iaitu menyimpan duit di Tabung Haji melalui Maybank. Kalau sebelum ini, saya pergi pejabat Tabung Haji (TH) untuk urusan penyimpanan duit, namun kini urusan itu boleh dilakukan secara online. Yang paling penting, kita kena ada akaun Maybank! Sewaktu nak link kita punya TH dengan Maybank, bawa sekali buku TH, penting untuk kita tengok nombor akaun dan nombor siri buku (di halaman belakang sekali). Caranya senang sahaja: Pergi ke ATM Maybank , pilih pilihan ⇒ TABUNG HAJI Masukkan nombor akaun dan nombor siri buku. Siap!  Kemudian, kita pun boleh dah transfer secara online! Mudah bukan? Kita juga boleh check baki duit di Tabung Haji di laman web Maybank2u juga. Hanya klik saja pada pautan "Tabung Haji", maklumat akaun dan baki akan dipaparkan.