#4kawaiitakenippong: Persediaan Sebelum Travel ke Jepun

PRE #4KAWAIITAKENIPPONG

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bernafas dalam keadaan menjadi seorang muslim. InshaAllah, setelah sekian lama tidak menulis, kali ini saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya bersama tiga orang kawan dalam perjalanan kami ke Jepun.


Saya berserta tiga orang rakan iaitu Dayana, Fatin dan Anli telah ke Jepun bermula 11 Januari sehingga 26 Januari. Antara tempat yang kami pergi ialah Tokyo, Nagoya, Kyoto, Osaka, Nara dan Kobe. 

ISI ENTRI

1. Tiket Kapal Terbang dari Tianjin ke Tokyo
2. Pocket Wifi - kami menggunakan khidmat Ninja Wifi 
3. Mizuho Money Changer di Haneda Airport
4. Tiket Universal Studio Japan
5. Guesthouse - Booking.com & AirBNB


12/1 星期五 [JUMAAT]


Papan tanda train dekat Jepun


JEJAK KASIH

Kami bergerak ke Tokyo dari Tianjin. Jadi, kami ambil van dari Beijing untuk ke Tianjin. Kami ambil flight dari Tianjin kerana tiket flight dari Beijing agak mahal. Kami beli tiket kapal terbang melalui aplikasi WeChat.

Sewaktu di airport Tianjin, perut meminta untuk diisi, di Terminal 2 Tianjin Airport ada kedai halal Lanzou Lamian, saya dan seorang rakan makan lamian 45 kuai semangkuk beb! MashaAllah rasa pun rasa airport.

Masa check kastam, hot pack dirampas gais MashaAllah sebelum ni dekat airport Beijing tak pernah pula kena rampas adoi, 10 packs pulak tu! Tak apalah, tak ada rezeki.

Alhamdulillah, pukul 11:30 malam waktu Jepun kami mendarat di Haneda Airport. Sampai-sampai di situ, kami terus naik ke aras 3F untuk ke pejabat JAL ABC (nama pejabat pos). Kami terus naik ke 3F untuk pick up Ninja Wifi dekat JAL ABC counter [bahagian bawah post ini saya akan ceritakan tentang pocket wifi].


Bersebelahan dengan kaunter JAL ABC ini ialah prayer room. Dalam prayer room pun ada tempat ambil wudhu. Fuh, nak tunggu pukul 9 pagi esoknya memang lama lagilah jawabnya. Disebabkan lama lagi nak menunggu 9 pagi, kami tidur dulu dekat kerusi kosong aras 3F, beg, bagasi, memang letak dekat depan je lah, tak sedarlah kalau beg tu bergerak pun ha tapi Alhamdulillah selamat saja. Pukul 5 pagi tersedar, bersiap sedia untuk Subuh, pekerja dekat airport pun makin sibuk bekerja.


MIZUHO MONEY CHANGER - HANEDA AIRPORT

Selepas solat Subuh, kami mencari money changer yang terletak di aras 3F itu, kami jumpa dua tempat: Travelex dan Mizuho. Setelah membuat perbandingan, kami tukar duit di Mizuho, waktu itu 1 USD=108 yen, berbanding Travelex 1 USD=100 yen.

Kami kena juga tukar duit di airport Haneda sebab di Beijing boleh kata tiada money changer langsung! Kalau ada pun, duit mungkin tak boleh nak tukar banyak. Kemudian, Google apa yang patut, kami ambil keputusan untuk naik train Keiyu Line untuk ke Shinjuku Station, tukar line untuk ke Hazama Station. Rancangnya sampai saja di Shinjuku Station kami nak tukar duit lagi untuk perbelanjaan selama beberapa hari di Tokyo.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN
Berliku-liku sambil tarik bagasi 


Allah bagi ujian sikit; kami nak cari World Currency Shop dekat kawasan Shinjuku, Google Maps tidak membantu sangat pencarian kami fuh! Then, waktu kami dah buntu sangat tak jumpa kedai, kami terjumpa kedai Kebab Halal, okay beli dulu kebab kemudian cari lagi, sampailah kami jumpa.

Alhamdulillah jumpa! Kedainya ada di bawah tanah Keio Mall. Selepas pencarian yang memakan masa 30 minit, kami bandingkan harga dengan kedai pertama yang kami jumpa di depan Limune Mall, ternyata rate di money changer depan Limune Mall itu lagi murah berbanding di World Currency Shop. Fuh, jalan balik ke kedai pertama tadi.


Jumpa Waiey! Belakang kami itu Hazama Station.


Hari pertama kami tak pergi mana-mana lagi, cuma perjalanan nak ke Hazama Station itu yang agak mencabar sebab memang kena tarik-tarik bagasi turun naik tangga yang tinggi menjulang dekat subway, itu yang sedikit penat, eh bukan sikit lah, banyak! Phew~ Kami ke sana sebab nak bermalam untuk satu malam di kawasan kolej Waiey (kawan dekat INTEK dulu). Itinerary kami di Jepun bermula 12 JAN.

Berbaur perasaan jumpa Waiey weh! Hampir tiga tahun tak berjumpa fuh! Alhamdulillah, akhirnya di bumi Jepun jugalah kami berjumpa. Sempatlah berborak, tanya khabar Waiey, omg rindunya! 




POCKET WIFI - NINJA WIFI




Okay Alhamdulillah, saya nak share sedikit sebanyak info dan tips menggunakan Ninja Wifi. Sebelum ke Jepun, saya juga menyarankan anda agar tempah dulu pocket wifi.


KENAPA POCKET WIFI?

Hal ini kerana, tak semua tempat di Jepun provide free wifi. Nak guna Google Maps lagi ha tak susah gitu. Ada pelbagai syarikat yang menawarkan khidmat pocket wifi seperti Sakura Mobile, Ninja Wifi dsb, terpulang kepada anda untuk memilih.


Kami membuat pembayaran pada 10 JAN 2018 dan kami pick-up 11 JAN. Maksudnya, tempahan pocket wifi boleh dibuat sehari sebelum ke Jepun. Walau bagaimanapun, kena tanya juga khidmat pelanggan, saya berhubung dengan pihak Ninja Wifi melalui e-mel sahaja, Alhamdulillah, e-mel dibalas dengan pantas. 


RATES & PLANS

Ninja Wifi hanya menawarkan Standard Plan iaitu sehari paling banyak boleh guna ialah 3GB, kami berkongsi 4 orang, memang puas hati. Boleh scroll FB, Twitter, Instagram, WhatsApp, WeChat ha apa lagi.


Malah, kami ke Mount Fuji pun internet masih laju. Oh ya, kami guna Ninja Wifi ini ke semua tempat yang kami pergi; dari Tokyo, Nagoya, Kyoto, Kobe, Nara, Osaka.


PICK-UP & RETURN

Kami pick-up di Haneda Airport (Tokyo). Kita akan dapat e-mel pengesahan, nanti dia bagitahu tempat untuk ambil pocket wifi.

Return pocket wifi di Kansai Airport (Osaka). Kami memilih tempat return di Kansai Airport. Alamatnya di aras 1F belah South Gate. Cara hantarnya mudah saja, pergi saja ke kaunter, bagi ke-empat barang seperti di dalam gambar. Kalau rosak atau hilang, kena bayar ganti rugi tau!



BATERI

Bateri router bertahan selama lebih 9 jam, tak cukup kami caj guna powerbank. 


GUESTHOUSE - BOOKING.COM & AIRBNB

Alhamdulillah, boleh kata kami dapat harga yang terbaik serta hospitaliti pun ohsem; kadang servis baik melebihi harga yang kami bayar.

Tokyo: 4h3m = 6450 yen = RM 230 seorang
Kyoto: 3h2m = 3200 yen = RM 114 seorang
Osaka: 6d5m = [i'll update soon]


Mudah saja nak book guesthouse, pergi dekat laman web Booking.com atau AirBNB, mudah!


TIKET UNIVERSAL STUDIO JAPAN

Ha, kalau nak beli tiket USJ, kena beli cepat-cepat, nanti SOLD OUT. Sebab kami ingatkan nak beli tiket waktu hari bekerja (sebab fikir weekend ramai orang) tapi tak ada rezeki, kami beli juga hari Ahad. 


Kalau nak Express Pass, kena beli tiket lain. Jadi, kami beli tiket masuk + tiket Express Pass. 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?