#4kawaiitakenippong ke Tokyo
13/1 星期六 [SABTU]
TOKYO SKY
TREE TOWER
Dalam pukul
9 pagi kami keluar, ambil train dari Hazama Station ke Shin-Okubp Station;
untuk check-in guesthouse di bandar Tokyo. Kami bermalam selama lima malam di
Go Japan Kokiri; berdekatan dengan Shin-Okubo Station.
Guesthouse ini kami
berkongsi dengan orang lain juga, maksudnya dapur, tandas dan shower room semua
kena berkongsi dengan orang lain.
Selepas
check-in, kami ke Tokyo Sky Tree Tower. Kami berjalan ke Okubo Station (Line
Hijau Yamanote) kemudian naik train 🚊
sampailah ke Tokyo Skytree. Lupa pula nama stesen yang kami turun.
Nak naik
atas tower dalam 4000 yen, kami tak bercadang untuk naik atas. Setakat lihat,
tangkap gambar, baca dalam Google sikit info-II yang diberikan tentang Tokyo
Sky Tree Tower ni. Sekitar kawasan ini ada mall, restoran, office.
ASAKUSA
Ini kedainya! |
Ramen ! |
Kemudian,
kami ambil train ke Asakusa. Turun saja di Asakusa Station, terus kami cari
Naritaya Halal Ramen tau! Fuh waktu tu perut lapar dah, kedainya kecik molek
aje, kami makan dekat tingkat atas.
Kami order
Special Naritaya Ramen dan Miso Ramen 🍜,
Alhamdulillah sedap sekali rasanya! Harganya pun berbaloi! Di dalam kedai ini
ada prayer room di tingkat atas berserta tempat mengambil wudhu’. Toilet ada di
tingkat bawah. Staff di
kedai ini boleh berbahasa Indonesia serta English, nggak usah risau deh.
Holy water |
Kemudian,
kami berjalan di sekitar Asakusa, di situ memang ramai orang, tak kiralah orang
Jepun ke, foreigners ke. Shrines di sini juga ‘hidup’, faham eh? Masih ada lagi
upacara-II keagamaan yang masih dijalankan.
Sekitar
situ pun ada dijual street food--- takoyaki, taiyaki, okonomiyaki dsb. Bolehlah
mencuci mata, tengok makanan-makanan yang dijual.
UENO PARK
Ueno Park pada waktu malam |
Kemudian,
kami ke Ueno Park. Taman ini sama seperti taman-II yang lain saja, cuma yang
menarik mungkin pada waktu musim bunga; bunga sakura pastinya akan memenuhi seluruh
ruangan Taman Ueno ini.
Sekitar
taman ini ada muzium juga. Ada juga shrine yang ditutup pukul 4:30 pm. Dari
atas taman ini kami melihat saat-saat matahari terbenam cewah! Langit terus
bertular jingga dan tanpa kami sedar terus bertukar gelap.
Pintu gerbang Ameyayokocho Street |
Berdekatan
dengan Ueno Park ini ada Ameyayokocho Street. Dekat sini ada nampak restoran
Halal, ada kedai-II souvenirs, kedai-II runcit, restoran makanan Jepun dsb.
Boleh juga nak mencuci mata.
AYAM-YA
HALAL RESTAURANT
Suasana dalam train |
Selepas
berjalan-jalan di Ameyayokocho Street, kami naik train 🚊 dari Ueno Park ke Okominachi
Station untuk ke Ayam-Ya Halal Restaurant; dinner. Kami followed instructions Google
Maps untuk cari lokasi kedai ini.
Hidangan makanan yang kami makan di Ayam Ya |
Nak order
makanan guna mesin je gais, bayar, then bagi tiket dekat kaunter, then tunggu
je makanan dihantar ke meja. Antara makanan yang ditawarkan kepada pelanggan
ialah nasi berserta ayam goreng dipotong kecil, ramen, ayam goreng dsb.
AKIHABARA
Usai makan,
kami bergerak ke Akihabara. Kami cari Exit Akhihabara Electric Town. Lebih
kurang macam gitulah namanya. Kemudian, jalan-jalan tengok bangunan sekitar.
Dekat sini
banyak kedai game, kedai-kedai elektronik, mall. Jalan-jalan tengok bangunan
yang dilimpahi lampu neon yang berwarna-warni serta poster anime yang meriah
sampailah puas, kami bergerak pulang ke hotel. Alhamdulillah :)
14/1 星期日 [AHAD]
MOUNT FUJI
A cat is taking a picture of Mt Fuji |
Kami keluar
dari hotel ke Stesen Shinjuku untuk naik bas ke Mt Fuji. Highway bus total
pergi balik 3500 yen. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih. Kami beli tiket
Shinjuku - Kawaguchi Lake.
Oh ya, kami
beli tiket bas ke Mt Fuji di Shinjuku Bus Station (berhadapan dengan Lumine
Mall). Tempat nak beli tiket di aras 4F.
Kami sampai
di Kawaguchi Lake lebih kurang pukul 10:30 pagi. Kemudian, kami beli tiket
Sightseeing Bus [Red Line and Green Line] yang berharga 1300 yen. Tiket ini
unlimited dan boleh digunakan selama 2 hari.
Hidangan di Aladdin Indo |
Kami turun di sini memang cari spot cantik untuk tangkap gambar Mt Fuji. Solat pun di kawasan sekitar sini. Alang-alang tunggu matahari terbenam, kami nikmati aiskrim sambil melihat langit jingga.
Kemudian,
kami naik sightseeing bus semula untuk ke stesen bas utama. Jam waktu itu
menunjukkan pukul 5:15 petang, kami ada masa lebih dari sejam untuk tunggu bas
ke Shinjuku.
Jadi, kami
duduk tunggu dalam kawasan restoran dekat office ticket tu. Sejuk weh suhu
dekat luar! Kami naik bas 6:45 pm, sampai di Shinjuku dalam pukul 8:45 pm.
Alhamdulillah :)
SHINJUKU
Turun saja
dari bas, kami berjalan-jalan sekitar Shinjuku sambil cari kedai kebab halal.
Streets dekat Shinjuku ini tak lah sesibuk street di tempat lain, pendapat
peribadi lah.
Tiada
rezeki kami nak makan kebab halal, kedainya sudah tutup. Jam pula menunjukkan
pukul 9 pm. Mungkin dah lewat sangat agaknya. Kemudian, kami naik train untuk
pulang semula ke hotel, makan maggi tom yam gais :)
15/1 星期一 [ISNIN]
KIMONO
Hari
ke-empat di Tokyo, kami mulakan hari dengan memakai kimono. Kami naik train
dari Shin-Okubo Station ke Yurokucho Station untuk ke Chiyoda. Kawasan di sini
macam kawasan pejabat-pejabat.
Kami Google
Maps - Japan National Tourism Tourist, pejabatnya dalam bangunan International
Forum. Ha memang nampak papan tanda bangunan ini, masuk dalam bangunan terus
nampak, office dekat tingkat 1 saja.
Disebabkan
trafik di luar bangunan agak sesak, kami hanya dibenarkan bergambar di kawasan
depan pejabat saja dan tak lebih daripada jalan raya depan pejabat. Pemakaian
kimono juga diberi masa selama 15 mins, tapi kalau tak ramai yang menunggu giliran,
lama sikit okay rasanya.
Staff di
situ of course boleh berbahasa Inggeris serta Cina. Boleh juga nak bertanya
apa-apa tentang culture, tempat di Jepun atau apa-apa saja kepada mereka.
MEIJI
SHRINE
That kind of Japan shrine, berbeza dengan Cina dan Korea |
Some of the wishes written by the local people and also foreigners |
Yeah, kami terserempak dengan seniors Beijing! |
Kemudian,
kami menuju ke Meiji Shrine; turun di Yoyogi Station dan cari Meiji Shrine ikut
arahan Google Maps. Jalan dalam beberapa ratus meter, jumpalah dengan pintu
masuk Meiji Shrine.
Shrine
dekat situ ada dipamerkan tulisan-tulisan pelajar Jepun yang sangat cantik!
Reka bentuk shrine pun berbeza jikalau mahu dibandingkan dengan negara China dan Korea.
Kawasan di
situ sangat hijau dan menyegarkan, bayangkanlah rimba kecil di tengah-tengah
bandar Tokyo yang sibuk! Woah! Sangat menyegarkan :)
MASJID
CAMII TOKYO
Seni bina dalaman masjid |
Kemudian,
kami menghala ke Masjid Camii, alang-alang ingat nak makan lunch sekali dekat
mana-mana kedai halal keliling masjid, sekali dah jalan beberapa ratus meter,
kedainya tutup! MashaAllah perasaan waktu itu, lapar tapi itulah tiada rezeki
tengah hari itu, kami pun bergeraklah ke masjid.
Masjidnya
besar, berdiri megah di celahan bangunan lain. Tempat solat muslimah di tingkat
3, ambik wudu’ di tingkat bawah. Kawasan sekeliling masjid tidak banyak
restoran halal.
Banyaknya
di sekitar masjid ialah pejabat, kawasannya senyap sunyi, memang ada orang
lalu-lalang, kereta lalu-lalang tapi itulah kawasannya; sunyi saja. Jepun
sangat ha gitu~
Muslimah
solat di aras 3, tempat ambil wudhu' di aras 1, aras 2 untuk muslimin. Di dalam
masjid ini juga ada dewan besar juga, memang bercirikan Turki.
HARAJUKU -
LUNCH SAMRAT
Kami Google
untuk mencari restoran halal di sekitar Harajuku. Alhamdulillah, jumpalah nama
restoran Samrat; ala-ala kedai nasi arab gituh. Kami order Briyani, Alhamdulillah
perut pun terisi.
Kemudian,
kami berjalan di sekitar Harajuku, jalannya banyak simpang, banyak jalan. Kedai
berjenama mewah dan terkenal di kiri, kanan jalan. Memang banyak sangat sale
untuk Tahun Baru dan mungkin untuk penghabisan stok.
Kawasan
Harajuku dekat saja dengan Shibuya,
jalan sana jalan sini, masuk simpang sana masuk simpang sini eh dah
sampai di kawasan Shibuya.
Kalau nak
naik subway pun boleh, dari Harajuku ke Shibuya hanya satu atau dua station
saja. Kami jalan-jalan, cuci mata, tengok kedai-kedai mewah yang SALE itu
sekali imbas saja.
SHIBUYA
Malam itu
kami bersama-sama dengan Ai makan raw sushi 🍣 di kawasan Harajuku; kedai sushi
itu bernama Genki Sushi 🍣.
Kami order seorang satu set sushi yang berharga 785 yen [lebih kuranglah]. Ada
7 ke 8 sushi sepinggan tapi memang berbaloilah.
Kedai ini
memang menerima kunjungan orang ramai, kami sampai kena menunggu lebih kurang
15 mins di luar kedai sambil menunggu giliran. Saya first time makan raw sushi
peh! Rasa dia, itu mungkin kali pertama dan terakhir sis makan raw sushi kot
eh. Orang lain mungkin suka.
CREPE
Usai makan
sushi, Ai bawa kami jalan-jalan sekitar Harajuku. Waktu itu menghapiri pukul 9
pm, banyak kedai sudah ditutup. Kami beli crepe yang ada berbagai-bagai jenis
perisa, harga dalam 450 yen satu, beli dekat kedai tepi jalan. Crepe ini
katanya benda kena cuba makan di Tokyo, katanyalah, tak nak cuba tak apa.
16/1 星期二 [SELASA]
ODAIBA
Guesthouse Go Japan Kokiri |
Kami
check-out pukul 10 pagi, kemudian naik subway ke Shinjuku Station. Kemudian,
kami letak bagasi kami di loker Shinjuku Station, berharga 500 yen untuk satu
loker.
Sampai saja
di Odaiba, kami terus mencari Gundam! Ewah, keluar-keluar subway terus nampak
Diver City Tokyo Plaza. Jadi, jalan aja sampailah masuk dalam mall.
Naik tingkat 7, ha rasanya orang yang minat Gundam dia sukalah, sebab dia paham. Kalau kaca mata saya, sekadar benda mainan gitu je lah ha. Dekat sini dari sekecik-kecik benda sampai lah Gundam yang dibentuk cantik pun ada dipamerkan.
Ada juga kedai jualan, tengok harga je lah nak oi, ada yang nak barang Gundam dari Jepun, tak cukup duit nak beli, mahal oi, dari cukup-cukup makan dekat Jepun, terus tak makan ha kalau beli mainan tu.
Sojibu Restaurant |
Halal certificate |
Kami lunch
di restoran Halal dalam mall itu, kami makan mi soba peh rasanya hewhew. Boleh
tahan, tapi cukuplah sekali makan gitu. Sebab rasa mi pun lain dah sikit ha tak
tahu lah nak describe macam mana. Kuah lebih kurang rasa kuah ramen.
Nak tengok
Gundam besar tu, kami turun aras 2. Ha, nampak terus replika Gundam. Ramai juga
orang bergambar dekat situ. Mula-mula mencari jugalah, sampai kena tanya
pekerja sebab tak jumpa replika besar ni.
Sampai USA dah ke? |
Odaiba Port |
Rainbow Bridge |
Kami di situ sampailah matahari terbenam, kemudian kembali semula ke Shinjuku Station. Duduklah di situ sampailah tengah malam, sebab bas kami untuk ke Nagoya bergerak pada pukul 12 am.
Nantikan cerita kami di Nagoya (klik sini)
- Klik sini untuk baca entri preparation kami sebelum ke Jepun: Pre-travel to Japan
- Cerita kami di Nagoya: #4kawaiitakenippong to Nagoya
- Cerita kami di Kyoto: #4kawaiitakenippong to Kyoto
Comments
Post a Comment
Ya, saya?