Posts

Showing posts from January, 2018

#4kawaiitakenippong ke Nagoya

Image
NAGOYA 17/1 星期三 [RABU] NABANA NO SATO  Alhamdulillah, kami sampai di Nagoya Station dalam pukul 7:30 pagi, lebih kurang waktu itulah. Kami naik bas pukul 12 am dari Tokyo,  2900 yen seorang. Seat dia biasa aja, cuma ada tempat letak kaki besar sikit saja. Tak sempat nak tangkap gambar, mengantuk sangat dah waktu tu. Masuk bas terus tertidur ha. Kami simpan bagasi dekat loker Nagoya Station, 500 yen satu loker. Nagoya Station tutup pukul 11:30 pm, buka semula pukul 4 am. Kami ambil keputusan simpan loker dan ambil esok pagi semula memandangkan kami beli tiket bas ke Kyoto pukul 7:15 pagi. Keluar dari bas, sejuk lain macam suhunya. Hujan pula makin lama makin lebat, kami memang tak bawa payung apatah lagi baju hujan. Bersebelahan dengan Nagoya Station ada bangunan Meitetsu Bus , kami beli tiket bas dekat situ untuk ke Nabana no Sato  ( round trip  -  1780 yen). Hujan makin lama makin lebat, kami decided nak makan tengah hari dulu. Jadi, kami search restoran hal

#4kawaiitakenippong ke Tokyo

Image
TOKYO  13 JAN-16 JAN 2018 13/1 星期六 [SABTU] TOKYO SKY TREE TOWER Dalam pukul 9 pagi kami keluar, ambil train dari Hazama Station ke Shin-Okubp Station; untuk check - in guesthouse di bandar Tokyo. Kami bermalam selama lima malam di Go Japan Kokiri; berdekatan dengan Shin-Okubo Station.  Guesthouse ini kami berkongsi dengan orang lain juga, maksudnya dapur, tandas dan shower room semua kena berkongsi dengan orang lain. Selepas check-in , kami ke Tokyo Sky Tree Tower. Kami berjalan ke Okubo Station (Line Hijau Yamanote) kemudian naik train 🚊 sampailah ke Tokyo Skytree. Lupa pula nama stesen yang kami turun. Nak naik atas tower dalam 4000 yen, kami tak bercadang untuk naik atas. Setakat lihat, tangkap gambar, baca dalam Google sikit info-II yang diberikan tentang Tokyo Sky Tree Tower ni. Sekitar kawasan ini ada mall , restoran, office .                      ASAKUSA Ini kedainya!  Ramen !  Kemudian, kami ambil train

#4kawaiitakenippong: Persediaan Sebelum Travel ke Jepun

Image
PRE #4KAWAIITAKENIPPONG Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bernafas dalam keadaan menjadi seorang muslim. InshaAllah, setelah sekian lama tidak menulis, kali ini saya nak berkongsi cerita dan pengalaman saya bersama tiga orang kawan dalam perjalanan kami ke Jepun. Saya berserta tiga orang rakan iaitu Dayana, Fatin dan Anli telah ke Jepun bermula 11 Januari sehingga 26 Januari. Antara tempat yang kami pergi ialah Tokyo, Nagoya, Kyoto, Osaka, Nara dan Kobe.  ISI ENTRI 1. Tiket Kapal Terbang dari Tianjin ke Tokyo 2. Pocket Wifi - kami menggunakan khidmat Ninja Wifi  3. Mizuho Money Changer di Haneda Airport 4. Tiket Universal Studio Japan 5. Guesthouse - Booking.com & AirBNB 12/1 星期五 [JUMAAT] Papan tanda train dekat Jepun JEJAK KASIH Kami bergerak ke Tokyo dari Tianjin. Jadi, kami ambil van dari Beijing untuk ke Tianjin. Kami ambil flight dari Tianjin kerana tiket flight dari Beijing agak mahal. Kami beli ti