Cara Daftar Maybank2u

Sebelum ni saya posted entry tentang menguruskan urusan di Tabung Haji, JPN dan JPJ klik di sini. Semalam ada pasar tani dekat depan UTC, alang-alang kome pun pergi lah ke Tabung Haji. Peh, kome nunggu dari 8:44 pagi sampailah pukul 9:30 pagi. Orang memang ramai dekat Tabung Haji tu ha. Siap saja urusan dekat situ, terus turun bawah pergi dekat emak.

Sekarang nak cerita lain, tentang cara-cara sign up Maybank2u. Mudah saja, InshaAllah. Mula-mula, kita kena ada nombor telefon. Ha ini memang pasti ada lah kan? Jadi, pastikan nombor telefon kita yang kita daftar buat akaun Maybank adalah yang kita guna sekarang. Faham? Macam saya, disebabkan saya tukar nombor telefon baru, saya kena ubah semula nombor telefon di akaun Maybank. Ha, bagaimana? Caranya ialah pergi ke ATM Maybank, tekan pada pilihan Maybank2u, kemudian tekan pada nombor telefon. Selepas itu, masukkan nombor telefon anda yang anda pakai sekarang. Mudah. Selesai.

Kemudian, balik rumah buatlah Maybank2u. 

1. Caranya ialah buka laman web http://www.maybank2u.com.my/ (klik)2. Tekan pada butang Login di atas page tersebut.3. Kemudian, klik pada butang Register Now.4. Masukkan maklumat yang dia nak. 

Siap. Okay, itu sahaja. Banyak kegunaan Maybank2u antaranya ialah boleh beli topup online, nak shopping online pun mudah dan banyak lagilah.






Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?