University Trip : Yunnan





Day 1: Bangun seawal 3 pagi terus siap-siap gerak ke lapangan terbang. Sampai je dekat lapangan terbang, terus check-in luggage. Haa lupa nak bagitahu; trip ni disertai oleh empat orang guru dan dua orang tour guides. Sememangnya orang akan rasa seronok nak pergi trip/travel, tapi Allah bagi ujian sikit je; sakit. Jadi mungkin tak mahu berlebih-lebih, biar sentiasa berpada-pada dalam segenap perkara. *ewah* Ok sambung. Pukul 5 pagi dekat Beijing ni dah macam 8 pagi dekat Malaysia haaa. Panas dah~ Siap check in, naik kapal terbang, pehhhhh! Padu betul. Macam naik bas awam dekat Beijing ni, first time naik kapal terbang ni macam naik bas awam (pening, mual).


Ok, dipendekkan cerita, mungkin lebih kurang pukul 10 pagi (mungkin) sudah tiba di Kunming, Yunnan. Destinasi pertama yang kami tuju ialah sebuah restoran halal yang menyediakan makanan yang pehhh, dappp! Alhamdulillah. Keduanya, kami gerak ke sebuah tempat yang diiktiraf sebagai World Geological Park; yang diberi nama Stone Forest (ηŸ³ζž—). Serius, lawa betul! Memang lawa. Tak tipu ni. Kalau dilihat dengan mata sendiri, Subhanallah, memang cantik. Dekat tempat ni ada kisah dongengnya tapi sis pun tak berapa jelas.


Lebih kurang pukul 5 petang, kami semua bertolak ke ζ₯šι›„ (Chuxiong), juga merupakan mungkin sebuah daerah di sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai haaa πŸ’ͺ🏼 Hari pertama di Yunnan pun tamat.







Day 2: Pukul 8.30 pagi sudah gerak ke sebuah daerah lain; diberi nama 倧理 (Dali). Daerah Chuxiong ni macam kawasan kampung, yang makin hari makin membangun. Tepi-tepi jalan raya ada sawah padi. Pagi-pagi lagi pesawah, petani dah gunakan tulang empat kerat mereka. Pemandangan tepi jalan raya memang awesome lah. Kalau dekat Malaysia, lalu Lebuhraya Pantai Timur nampak pokok sawit, hutan; tapi dekat sini gunung-ganang, sawah padi, kebun sayur. Alhamdulillah menarik!





Perjalanan ke Dali mengambil masa 3 ke 4 jam jugak. Sampai je, terus naik feri 😎 First time sis naik feri dan kami naik tu menuju ke sebuah pulau. Haaa jangan memain. Pulau dekat Yunnan ni dah sampai, tapi Langkawi sis tak pernah jejak lagi 😌 Alhamdulillah, pemandangannya sangat cantik. Memang seindah ciptaan Tuhan yang tiada gantinya. Seronok betul! Seronok giler 😎


Kemudian, dalam pukul 4 mungkin, kami kembali ke jeti semula. Eh lupa. Sis naik feri di ζ΄±ζ΅· (Erhai Lake). Terletak di Utara Dali, tak silap saya. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Lijiang. Juga mengambil masa yang lama, lebih kurang 4 jam juga (tapi sis  masih di dalam bas, tak sampai Lijiang lagi). Jam sekarang menunjukkan pukul 7:10 pm, tapi matahari dia, macam tengah hari. Haaa, Asar dekat Dali ni pukul 6 pm. Maghrib pun masuk 8 pm.








Day 3: Sejuk, peh sejuk sungguh. Bandar seterusnya yang menjadi singgahan kami ialah 丽江 (Lìjiāng). Di sini ada bandar baru dan bandar lama. Bandar lama sangat cantik, memang dijaga seni bina yang menjadi kebanggaan orang-orang sini kami ada beritahu, setiap banner atau papan tanda, papan iklan; selain ditulis dengan Hanzi moden dan bahasa Inggeris, ianya turut ditulis dalam bahasa Dongba. Katanya, Hanzi yang lama-lama punya. Wow! Menarik! Memang wujud!





Destinasi pertama yang kami singgah ialah Black Dragon Pool. Subhanallah, tempat tu sangat cantik. Cantik amat! Dalam 30 minit jugaklah kami dekat sana lalu terus gerak ke Snow Mountain (ι›ͺε±±). Sampai jugak dekat sana, subhanallah! Lagi cantik! Di sini banyak jugak sejarah yang diceritakan oleh tour guide kami. Antaranya, kalaulah gunung-gunung yang ada di situ tak ada, maka negara China tak akan wujud. Akan wujud negara Jepun yang besar. Haaa kemudian, ada juga diceritakan bahawa zaman dulu, ada seorang perempuan yang mencintai seorang pria namun cinta mereka terhalang oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Akhirnya, mereka berdua pergi lah ke puncak gunung salji tersebut. Haaa gunung salji tersebut memang cantik, dari bawah pun boleh nampak glasier yang membeku dekat atas tu. Glasier yang cair pulak turun mengalir ke bawah dan airnya memang sejuk! Walaupun cuaca panas sampai muka sis pun burnt, haaa tapi air tu sekali pegang pehhhhh! Sejuk~






Sampai je di kawasan gunung salji, pertama sekali kami melihat persembahan yang sangat gempak! Pengarahnya ialah seorang pengarah yang terkenal di China; pernah mengarah pertunjukkan pada Olimpik Beijing 2008. Wow hebat wow wow hebat hebat! Memang meremang bulu roma tengok persembahan tu. Persembahan itu menunjukkan bahawa Yunnan memang mempunyai banyak suku kaum; antaranya Han Zu, Hui Zu, Bai Zu dan lain-lain. Memang banyak suku kaum mereka! Mereka masih mengekalkan kebudayaan dan mungkin cara hidup suku kaum mereka. Bandar-bandar di Lijiang pun memang sangat klasik dan bersejarah. Cantik!







Day 4 : Awal pagi, dalam pukul 8:30 pagi, kami gerak Lijiang-Dali. Lebih kurang mungkin 3 jam sampai. Alhamdulillah. Hari ini, kami melawat satu kedai-kedai di bandar lama Dali, 逛逛商店. Di sana merupakan sebuah tempat bersejarah, lebih kurang kawasan Qianmen, tapi pendapat sis; dekat Dali ni lawa sangat! Sangat sangat! Tak adalah pula sebesar kawasan Qianmen tapi sangat best! Jalan dia makin lama makin tinggi. Haaa... Dekat kawasan sini kami jalan-jalan tengok kawasan, boleh jugak nak beli-beli barang. Hari ke-empat ni, hujan renyai-renyai. Sejuk pulak tu. 





Seterusnya, usai makan tengah hari, kami gerak ke sebuah madrasah; yang berdekatan juga dengan kawasan bandar lama tadi. Khabarnya di situ ialah perkampungan orang Islam, jadi kita boleh nampak banyak sangat restoran halal serta orang-orang Islam di situ. Azan, Asmaul Husna, zikir berkumandang di ruangan angkasa. Ada satu perasaan yang jauh di sudut hati tu, peh! Susah tau nak dapat peluang macam ni dekat China ni. Susah! 


Kami ada sesi θŠε€©ε„Ώ(liaotianr); bertukar-tukar cerita dengan mereka. Agak lama juga kami di sana. Memang awesome! Seronok. Rasa hati ni sedih sangat bila dah nak tinggalkan madrasah.


Dalam keadaan hujan renyai, kami pun bergerak ke Chuxiong semula. 



Day 5 : Perjalanan dari Chuxiong diteruskan ke Kunming. Hari yang bagi aku; agak berat hati ni nak meninggalkan Yunnan. Ya Allah, memang lain sangat dengan Beijing. ζ―”εŒ—δΊ¬ι›„δΌŸε€šδΊ†!Dalam dua jam setengah perjalanan, kami sampai di Kunming. Kami ke sebuah taman yang sudah wujud berkurun lamanya. Terdapat dua couplets sajak yang memang katanya sangat popular; menceritakan tentang sejarah taman tersebut serta penceritaan tentang pemerintahan dinasti yang memerintah.


Kemudian, usai makan tengah hari, kami semua gerak ke lapangan terbang Kunming. Fuhhhhhh, selamat tinggal Yunnan! 




p/s: Yunnan sebuah tempat yang altitud sangat tinggi. Agak termengah-mengah jugak lah nafas sis. Pemandangan di Yunnan memang sangat lawa! Sangat cantik! Tak rugi pergi sebab memang puas hati. Di Yunnan, mak cik, pak cik, adik kakak abang masih ada yang memakai pakaian kaum mereka sebab di Yunnan ini, mereka mempunyai banyak suku kaum. Memang banyak! Di sini sedang membangun tapi gaya hidup traditional masih lagi diamalkan. Memang menarik lah. 


               

Comments

  1. Boleh dapat email or contact numbee utk tanya lbih lanjut about trip ke yunnan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Ya, saya?

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?