Beijing World Park



Assalamualaikum dan selamat pagi! 早上好。


   Setelah diberi kesempatan dan ruang untuk menulis, jadi kita mula menulis. Nak cerita satu tempat ni namanya Beijing World Park. Nak ke tempat ini berlaku dalam keputusan last minute, jadi kita redah saje. 


   Saya and members gerak lebih kurang pukul 1.30 petang. Naik basikal letrik gerak ke Stesen Kereta Api Bawah Tanah Weigongcun. Ok tak ingat line berapa naik ditie tu tapi disebabkan berdiri saja, agak penat juga. Lebih kurang 45 minit naik ditie, sampailah di destinasi yang dituju. 


   Kami ada juga lah blur sepanjang perjalanan ini, jadi kita gunakan ilmu bahasa Cina untuk bertanya pengawal dekat stesen ditie tu. Yang penting, yakin je. Macam lah depa tak paham langsung yang kita cakap. Ha, alhamdulillah, kami pun paham dia cakap shenme shenme tu, akhirnya sampailah kita. Dari jauh lagi dah nampak bangunan ala-ala Disney gituh.





    Perkara penting yang kita kena bawa ke tempat-tempat pelancongan macam ini ialah kad pelajar. Harga asal nak masuk ialah 100 yuan. Kalau harga pelajar ialah 60 yuan. Jadi, manfaatkan 60 yuan ini dengan sebaik mungkin. Keluasan taman ni agak luas tapi kami berjaya menghabiskan se-round taman ini mungkin dalam 3 jam. Boleh dikatakan tempat-tempat menarik di dunia yang ada nilai sejarahnya ada dalam taman ini. Contohnya, Taj Mahal, Eiffel Tower, Piramid Giza, London Bridge dan banyak lagi. Walaupun replika tapi teruja juga lah. Member pun siap menjerit; teruja sangat.


   Ada perkhidmatan kereta kecil, sebab tempat tu luas sangat; tapi harganya agak tinggi sih. Jadi, jalan kaki saja. Nak photo shoot pun lawo weh. Sis lagi teruja beb bila nampak llama! Llama Dora The Explorer tu eh, ke Go Diego Go! Lupa lah tapi yang pasti memang teruja giler!  Ha, selain itu, kalau nak datang tempat-tempat taman macam ni, lagi bagus bawak bekal makanan, air. Sebab ye lah, penat weh jalan, nanti dahaga. Lagi pula, perjalanan hampir sejam. Gituh...



   "Angan-angan kadang menggerak keinginan untuk pergi lebih jauh."



Comments

Popular posts from this blog

Cara Bayar Bil Telefon Rumah Online

Cara Bayar Bil Elektrik dan Bil Air Online: myTNB, PahangGo

Kau Belajar dekat China?