Sejuta Penghargaan: SBPI Kuantan
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, sebenarnya kali ni rasanya lebih kepada sesi throwback. Orang kata move on, tapi bagi saya, ada sesetengah benda kita boleh ambik, kenang, simpan dalam kepala jadi kenangan.
Saat pertama saya menjejakkan kaki ke SBP Integrasi Kuantan (INTEK), saya merasakan ini ialah satu nikmat yang sangat besar, yang telah Allah bagi. Dari tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5, banyak kenangan; manis, pahit, masam, kelat semua ada. Mindset sebenarnya memainkan peranan besar. Sangat besar!
Engkorang nak sis cerita pasal INTEK? Sis tengah semangat nih.
Saya mulakan cerita. 2010, pertama kali saya menjejakkan kaki di INTEK. Serius, masa saya sekolah rendah dulu, tak tahu pun, SBP itu apa, yang saya tahu MRSM saja. Saya apply INTEK serta dua buah lagi SBP. Entah macam mana rupa INTEK pun saya tak tahu.
Dari sehari ke sehari, teruskanlah hidup dekat INTEK. Memang banyak benda belajar, selain daripada ilmu daripada buku teks itu, ilmu pasal kehidupan pun belajar sekali. Banyak yang indah, banyak juga yang pahit tapi itu semua pengalaman dan salah satu cara untuk kita belajar erti kehidupan.
INTEK
Of course, sekolah memang besor! Nak cerita satu-satu memang panjang lebor tapi kalau nak tahu, boleh lah datang melawat ke INTEK itu. Eh, serius ini serius! INTEK sangat awesome! Ha, lupa juga nak bagitahu, INTEK juga merupakan salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Lokasi INTEK terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Globalisasi rancak kini, samalah seperti sistem pembelajaran dan kepimpinan di INTEK, cewah! Jangan risau, kita niat elok-elok, dapat lah hasil yang elok. Dekat mana-mana pun belajar, kalau niat tidak betul, kelaut juga, yedok?
Okay, sambung. Jadi, kemudahan sudah ditambah baik dari semasa ke semasa, yang turut membantu pelajaran anak-anak pelajar lebih selesa dan produktif. Contohnya, Chrome Lab, bilik seminar, bilik bahasa, gimnasium. Kepimpinan pula semestinya akan ada kelainan setiap tahun.
Bagi saya, setiap tahun mesti ada kelainan lah. Menuju masa depan yang gemilang. Jadi, nak tahu maklumat lebih lanjut tentang INTEK boleh klik laman web rasmi MyINTEK, Facebook SBPI Kuantan (Official), Twitter #INTEK Kuantan dan Instagram @intekkuantan . Hamekawsss ! Maju !
In short, saya memang tak mampu nak cerita kesemuanya lah about the school. Kalau adik-adik ada terima tawaran ke SBPI Kuantan, just go there! Grab the chance sebab bukan senang nak dapat tawaran ke SBP *ayat cliche but serious talk*
Sis tak tipu, tanyalah ramai mana yang nak ke SBP, and I want to remind you, don't you ever take it for granted sebab awak budak SBP, kononnya. NO! Buka minda, muhasabah. Jangan malas, result pun suam-suam kuku sebab berdiri atas paksi "Aku budak SBP, chance aku besar, last minute aku struggle pun boleh pergi jauh."
Padahal?
Padahal, hakikatnya, kita bukannya tak pandai, cuma malas dan mengambil mudah. Itu lah masalah besar, sebab rasa selesa sangat. Jangan sampai rasa menyesal. Menyesal kemudian tak ada apa guna dah.
Selamat Ulangtahun ke-12 SBP Integrasi Kuantan!
Terima kasih kepada para guru, staff sokongan, mak cik-II, abang cleaners sebab sama-sama menaikkan nama sekolah dan paling penting ada juga kenangan kita. Semoga Allah terus melimpahkan rahmat-Nya dan semoga lebih banyak modal insan cemerlang dapat dilahirkan.
p/s: if do you have any questions about INTEK or KMPh *pun boleh*, just leave at the comment space, e-mail or through my profiles. Thank you :)
Comments
Post a Comment
Ya, saya?