Posts

Showing posts from March, 2015

UKCG 2015 : IPG Lipis

Image
Assalamualaikum WBT.    Salam 1 Malaysia, Salam sejahtera! Pada hari Isnin yang amat berharga ini, yang diberikan kesempatan oleh Tuhan Yang Maha Esa, saya nak kongsikan pengalaman yang sangat adventure ke Lipis.    Alhamdulillah, saya diberi peluang dan ruang oleh Allah SWT untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru 2015 yang bertempat di IPG Lipis . Jadi, jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang diberi peluang juga, peluang ini tak semua orang dapat, justeru, hargailah peluang ini kerana ramai lagi kawan-kawan kita yang terkandas hasrat untuk ke UKCG pada kali ini. Jangan risau, Inshaallah, masih ada lagi peluang untuk ke IPG :)    Jadi, sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang UKCG, saya nak menceritakan pengalaman yang amat mendebarkan sepanjang perjalanan ke Lipis. Saya mula-mula bercelaru juga; sama ada nak atau tak nak ke IPG Lipis. Jadi, perjalanan untuk ke sana sangatlah jauh, bertolak dari Kuantan pukul 3 petang, sampai di Lipis pukul 7.30 malam :&#

Gagal Bukan Bodoh : Kelas Ohsem

Image
 Pada ketika itu, cuti sekolah penggal pertama sudah bermula. Aku masih ingat lagi, hari itu kami ada kelas Matematik Tambahan sepanjang hari. Dari pagi sampailah larut malam. Aku belajar dengan Cikgu Mad, cikgu yang sangat cool . Kelas kami iaitu kelas Ibnu Sina bergabung dengan kelas Galileo belajar di Chrome Lab.  Pada malam tersebut, aku tidak memakai jam tangan. Jadi, aku sendiri tidak pasti waktu kelas tamat. Kelas masih laju berjalan dan malam itu kami belajar Taburan Normal dan Binomial. "Weh, dah pukul 12.30 dah." Aku rasa macam tak percaya. Kelas yang bermula dari pukul 7:30 pagi sampailah sekarang tak habis lagi? Kepala aku pun makin berat malam, aku mula rasa pening. Walau bagaimanapun, daripada gaya cikgu mengajar, kelas macam akan bersambung sehingga subuh pagi. Jemari masih lagi menekan butang kalkulator. Kira-kira dalam pukul 1 pagi kami pun dilepaskan untuk pulang ke asrama. "Mengantuknya. Nampak gayanya, sampai asrama