Posts

Showing posts from October, 2022

Mengajar Murid Genius di Kolej Genius Insan, USIM

Image
My gucci gang! Awesome teachers, I learnt a lot from them. Assalamualaikum WBT Kalau sebelum ini pada Jun saya berpraktikum di Akademi Sains Pendang, pada September yang lalu saya berpraktikum di Kolej Genius Insan USIM (KGI). Alhamdulillah a'la kulli hal! Betapa beruntungnya saya dapat merasakan pengalaman yang mahal ini. Selama seminggu kami berkampung di USIM, pada waktu yang sama SUKMA 2022 juga dilaksanakan. Inilah kali pertama saya ke USIM dan sungguh mengujakan! Teruja saya melihat Velodrom Nasional terletak betul-betul di hadapan pintu pagar USIM dan betapa terujanya saya masuk ke dalam USIM.  Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam KGI, terus hati kecil saya berkata, "Bertuahnya pelajar di sini." Untuk pengetahuan anda, Genius Insan  merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia.  Fokus utama dalam program yang dira

Cara Bayar Kompaun MBK dengan PahangGo

Image
Kredit: Majlis Daerah Jerantut Assalamualaikum WBT! Teringat pula 4 Ogos yang lepas, kereta kena kompaun RM30 sebab tak bayar parkir kereta. Wah, boleh pula selama ni bayar je parkir di bandar raya Kuantan ni, nak dijadikan cerita, 4 Ogos 2022 tu boleh pula tak bayar parkir di sekitar Kolej Widad tersebut. Dah terselit kompaun dekat wiper kereta. Untuk kompaun di bandar raya Kuantan ini, boleh terus bayar di apps PahangGo . Tidak perlu bersusah-payah cari tempat untuk bayar kompaun. Esoknya terus saya bayar kompaun yang berjumlah RM30 di apps tersebut.  Hanya masukkan maklumat yang diperlukan dan selesailah pembayaran kompaun tersebut.  Aduhai.  Ingat!  Selesaikan kompaun tak lebih daripada tempoh sebulan, kalau tidak, nilai kompaun semakin bertambah. Jika nak bayar waktu promosi pun boleh, boleh check announcements oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di Facebook page mereka. Kadang-kadang mereka buka booth di pasar tani, pasar malam atau mana-mana event yang berlangsung di Kuantan.