Posts

Showing posts from December, 2021

Slidesgo: Lubuk Template Pembentangan Cantik-Cantik!

Image
Assalamualaikum WBT Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu tips yang sangat menarik dan boleh diguna pakai oleh para pelajar dan para guru dalam membuat pembentangan. Apakah tips itu? Nah, jawapannya ialah membuat pembentangan menggunakan template pembentangan yang sangat comel, cantik dan menarik! Terdapat banyak tema, warna dan jenis template yang boleh dipilih. Yang menariknya, kebanyakannya adalah PERCUMA ! Tinggal untuk kita explore dan edit  mengikut citarasa sendiri. Jadi, di bawah saya akan berkongsi satu laman web yang menjadi lubuk saya mencari template yang lawa. Slidesgo   Slidesgo merupakan laman web kegemaran saya! Sudah banyak template telah saya gunakan untuk pembentangan dan ketika praktikum.  J ika kita klik pada Powerpoint , ia akan automatik dimuat turun dalam komputer riba kita. Jadi, kita boleh edit ketika di luar talian. Namun, jika kita klik pada Google Slides, kita boleh edit secara atas talian. Nah, ini part kegemaran saya. Edit PowerPoint bersama

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Online?

Image
 PBS Online ? Selepas berhempas-pulas belajar dan menghadam segala teori, maka bermulalah episod untuk mendekati dan memahami keadaan, budaya dan warga sekolah. Namun, dek pandemik Covid-19 ini, maka sekolah terpaksa ditutup dan saya serta rakan-rakan perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu secara atas talian.  Jadi, syarat utama untuk PBS kami adalah sekolah kebangsaan yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Setelah menghubungi beberapa buah sekolah di Kuantan, rezeki tidak berpihak kepada kami untuk ke sekolah yang mempunyai opsyen Bahasa Cina. Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU) menjadi tempat saya dan rakan partner  untuk menjalani PBS di situ, dengan syarat kami perlu berada dalam kelas bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab. Hari pertama kami disambut dengan penuh ramah oleh GPK Pentadbiran, Pn Fatma. Minggu pertama kami cuba menyelesaikan portfolio dan berbincang dengan guru pembimbing untuk aktiviti minggu kedua sam