Posts

Showing posts from February, 2017

Cara Daftar Maybank2u

Image
Sebelum ni saya  posted entry tentang menguruskan urusan di Tabung Haji, JPN dan JPJ  klik di sini.  Semalam ada pasar tani dekat depan UTC, alang-alang kome pun pergi lah ke Tabung Haji. Peh, kome nunggu dari 8:44 pagi sampailah pukul 9:30 pagi. Orang memang ramai dekat Tabung Haji tu ha. Siap saja urusan dekat situ, terus turun bawah pergi dekat emak. Sekarang nak cerita lain, tentang cara-cara sign up Maybank2u. Mudah saja, InshaAllah. Mula-mula, kita kena ada nombor telefon. Ha ini memang pasti ada lah kan? Jadi, pastikan nombor telefon kita yang kita daftar buat akaun Maybank adalah yang kita guna sekarang. Faham? Macam saya, disebabkan saya tukar nombor telefon baru, saya kena ubah semula nombor telefon di akaun Maybank. Ha, bagaimana? Caranya ialah pergi ke ATM Maybank, tekan pada pilihan Maybank2u, kemudian tekan pada nombor telefon. Selepas itu, masukkan nombor telefon anda yang anda pakai sekarang. Mudah. Selesai. Kemudian, balik rumah buatlah Maybank2u.  1. Carany

Cara Renew IC dan Lesen di UTC Kuantan

Image
UTC Kuantan - sumber Google Assalamualaikum WBT.  Okay, nak cerita lah harini pergi UTC Kuantan atas beberapa urusan.  Biasalah kan, kalau nak buat apa-apa urusan macam pergi bank ke, buat IC ke, renew passport ke, bayar bil ke, apa-apalah urusan mesti pergi awal pagi, kan? Mesti punyalah, kalau tidak, orang mesti ramai.  Macam kisah saya harini, mula-mula nak ke Tabung Haji di UTC Kuantan (tingkat 2).  Masalahnya, aku pergi pukul 12 tengah hari, ramai betul ya orang menunggu sampai di luar ruang pejabat Tabung Haji! Mak aih, lama nak tunggu.  Jadi, tak jadilah nak masuk, sebab urusan tak ada lah terburu-buru sangat. Dulu pergi Tabung Haji di UTC Kuantan pukul 8:30 pagi ha. Tak silap, pejabat tak buka lagi waktu tu, alah, tunggu sekejap je, lepas tu buka lah. Bukan saya saja yang datang awal, ada juga beberapa orang yang lain turut menunggu sebelum waktu pejabat dibuka. Ha !  RENEW LESEN  Kemudian, saya ke tingkat bawah, pergi pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JP