Posts

Showing posts from October, 2016

Safari Beijing

Image
Welcome !    Turun bawah, dah siap nak bergerak ke Safari, eh Anis tak turun lagi. Tunggu Anis sekejap. Baru keluar dari pintu pagar sekolah, eh kad pelajar Syaf tertinggal. Kalau ada kad pelajar, harga boleh kurang sikit.    Dah sampai dekat bus stop, tunggu 10 minit bas dah sampai. Baru nak naik bas, eh bas berlalu pergi macam tu je. Tak perasan kot ada penumpang dah lama berdiri dekat tepi tu. Kena tunggu lagi.  Beberapa minit lepas tu, bas 563 sampai. Kami naik. Berhenti di depan National Library, masuk stesen subway National Library. Perjalanan ke Tiangongyuan bermula.    Dari stesen National Library sehinggalah ke stesen terakhir di Tiangongyuan harus melalui 26 stesen kesemuanya. Lama memang lama beb! Dapat tempat duduk terus duduk!  Akhirnya, selepas hampir sejam lebih dalam subway , sampai juga di destinasinya. Eh tapi belum sampai lagi ke Safari. Kena naik kuai che dulu atau pun teksi untuk ke sana. Pergi balik 120 kuai. Kuai che ini dalam bahasa Melayu ialah