Posts

Showing posts from August, 2016

Chaoyangmen

Image
Baru setahun tinggal di Beijing, tak semua tempat di bumi Tembok Besar ini diterokai. Antara tempat menarik yang pernah aku pergi ialah Beijing World Park, Forbidden City, Qianmen, Beijing Olympic Park, Summer Palace, Chaoyangmen, taman-taman yang ada di Beijing serta lain-lain tempat. Sis cuma nak bagitahu, kadang orang pergi ke negara China nak beli sutera, alas meja, cadar serta cenderahati yang murah-murah, setakat yang aku pernah pergi dan survey, tempat tersebut terletak di Chaoyangmen atau di Hongqiao. Kedua-dua tempat ini semestinya terletak di Beijing. Mungkin akan ada yang kata barangan di Guangzhou lebih murah dan sebagainya namun saya hanya mampu memberikan info di Beijing sahaja setakat ini. Barang-barang seperti fridge magnet, alas meja, cadar, baju serta key chains sis beli di Chaoyangmen. Chaoyangmen ni satu tempat yang besar, di kawasan ini ada sebuah bangunan yang menjual barang-barang yang aku sebutkan di atas tu. Di luar bangunan ni banyak papan tanda B