Kita Sama
Kian gelap penuh noda Makin tunduk dengan bisikan dusta Bebas melangkah ke mana sahaja Tidak sedar tempatnya di dunia Rahsia kini terbongkar Sini sana jalan semakin indah Curahan suci membuang prasangka Perlu kau sedar dunia kan fana' Saat ku sebut indah nama-Mu Berderai laju air mataku Moga Kau sedar apa kataku Ku bergelut untuk bernafas Bukan mudah untuk ku gapai Kerna tahu jalan berliku Bantulah aku selalu Ku bicara sendiri Bukan terus meratapi Kisah silam yang menghantui Kerna peluang bukan sekali Andai jatuh jangan berundur Bangkit lalu kau terus gempur Genggam semangat juang itu Engkau mampu Fatamorgana dunia Memudarkan cahaya terang Kentalkan jiwa untuk benar Kita sama Sedarlah Kita sama