Saya Guru Bukan Opsyen Bahasa Inggeris
Assalamualaikum WBT. Phew, dah lama tak menulis tapi hari ini terasa nak menulis dan berkongsi rasa tentang pengalaman saya mengajar Bahasa Inggeris sebagai seorang guru non-opsyen. Saya ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris bermula Julai 2023, jadi kurang lebih dua tahun saya mengajar Bahasa Inggeris Tingkatan 1 dan 2. Mengapa saya mengajar Bahasa Inggeris sedangkan saya bukan opsyen Bahasa Inggeris? Tempat untuk guru-guru Bahasa Inggeris ada di sekolah-sekolah cuma isunya apabila kekurangan guru. Jadi, apabila saya posting ke sekolah yang saya mengajar sekarang, ada kekurangan guru Bahasa Inggeris. Jadi, saya menyahut cabaran untuk mengajar subjek yang saya kira, sudah seperti bahasa ketiga saya. Manakan tidak, saya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina, jadi Bahasa Inggeris tidaklah digunakan selalu dalam perbualan harian. Apakah jangkaan pertama kali perlu mengajar subjek Bahasa Inggeris? Saya akui, Bahasa Inggeris bukanlah satu subjek yang kita boleh terus mengajar ...