Cara Tukar Kad Debit Maybank di Maybank2U
Assalamualaikum WBT Saya nak kongsi cara yang paling senang nak ganti kad debit Maybank secara atas talian sahaja! Kad debit Maybank saya luput pada tarikh 31/01/2022, jadi saya dapat mesej daripada Maybank pada awal bulan untuk tukar kad debit. Jadi, kita ada dua pilihan nak tukar kad tersebut, sama ada secara atas talian (Maybank2U) atau pergi saja ke mana-mana cawangan Maybank. Saya memilih untuk menukar kad tersebut di laman web Maybank2U sahaja! Caranya mudah saja, hanya ikut saja arahan pada pautan ini: Cara Tukar Kad Maybank di Maybank2U . Satu-persatu langkah diajar untuk kita buat sendiri. Yang penting, kad dapat ditukar secara percuma! Namun begitu, perlu untuk kita tahu, jumlah wang sebanyak RM12 akan dipotong terlebih dahulu. Kemudian, saya menunggu lebih kurang 14 hari (termasuk hari cuti) untuk dapatkan kad baru yang dipos terus ke alamat rumah kita. Setelah saya aktifkan semula kad debit baru saya itu, beberapa hari kemudian saya dapat semula wang RM12 tersebut. Mudah