Beraya di Perantauan
Alhamdulillah, 30 hari kita dapat menjalani ibadah puasa, cuma istimewanya (ceh!) saya berpeluang merasai pengalaman berpuasa di bumi Tembok Besar China. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terlampau banyak cerita semester ini, sebelum tibanya Ramadhan bertubi-tubi dihempap tangga, fuh! Banyaknya rintangan sampai rasa lemas, namun di saat hampir tenggelam, datang pertolongan Allah dari pelbagai arah, pelbagai cara. Realitinya, kami pelajar yang belajar di negara orang, lagi-lagi negara China. Terlampau banyak perkara yang dulunya masih lagi boleh dipertahankan, namun kini terpaksa akur dengan undang-undang. Dengan sekuriti yang tinggi, segala tingkah laku mesti berhati-hati, kalau tidak, boleh jadi benda lain. Kita acap kali mendengar cerita kalau students overseas boleh solat di merata-rata tempat tanpa rasa takut, namun bukan di bumi Tembok Besar ini. Apa yang paling penting ialah berhati-hati. Sudah terlampau banyak cerita yang kita dengar di mana-mana media sosial tentang nega