Ramadan 1.0 di Beijing
Cerita kali ini mesti lagi lain, sebab cerita pasal berpuasa di tempat orang. Kita tak tahu lagi budaya-budaya masyarakat Islam di sini. Kita tak merasai lagi, jadi mudah-mudahan jihad kita dipermudahkan. Tinggal lah dekat mana-mana negara, benua, wajib berpuasa juga. Ok, jadi apa cerita Ramadan di Beijing? Dekat Beijing memang tak ada lah pengumuman Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja macam di Malaysia nuh. Jadi, inisiatif para pelajar sendiri untuk tahu dari pihak masjid sekali gus kita pun dapat lah jadual imsak, berbuka di sini. Walau pun dah ada Muslim Pro kan tapi masih lagi ada perubahannya. Tahun ini, puasa bermula pada Isnin, 6 Jun 2016. Tak tahu lah nak describe perasaan berpuasa itu. Malam terawikh pertama, kami solat berjemaah di Bangunan No. 6; bangunan asrama yang diduduki oleh pelajar-pelajar Malaysia. Disebabkan masjid yang terdekat pun lebih kurang dalam 3-4 km, jadi lagi 方便 (fangbian/convenient) solat di asrama. Boleh saja nak pergi sol