Posts

Showing posts from January, 2016

Kau Belajar dekat China?

Image
Kelas A4  Bila jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu,  juniors ; bila tanya, A: "Belajar mana sekarang?" B: "Hm, dekat Beijing. Belajar  course  bahasa Mandarin." A: "Eh, macam mana boleh dapat sana?" B: "Hm, macam ni ceritanya..." Lepas SPM, saya banyak meluangkan masa mencari peluang-peluang pendidikan, halatuju selepas SPM. Sejujurnya, saya tidak tahu tempat yang mahu dirujuk, dengan siapa, bagaimana? Mungkin kebanyakan anak sulong begini ya? Dengan berbekalkan komputer riba milik emak, saya melayari pelbagai laman web untuk memahami kemasukan ke matrikulasi, asasi, tingkatan 6, diploma, ijazah di dalam negara dan luar negara. Azab juga rasanya sebab saya betul-betul di dalam dilema.  MESIR Saya cuba mencari maklumat informasi untuk sambung belajar ke timur tengah, terutamanya Mesir! Saya teringin sangat untuk belajar di sana, dari  form 1  lagi saya memang bercita-cita untuk menjadi salah seorang penuntut ilmu di salah sebuah universiti