Posts

Showing posts from October, 2015

University Trip: Henan

Image
Bismillahhirrahmanirrahim. Soalan; "Adakah kita ini musafir; dari 六号楼 (liuhaolou) ke sekolah?" Jawapan; "Ya, musafir menuntut ilmu." Bila mana aku ke China dengan perasaan teruja, belajar semata; sebenarnya persediaan itu belum berapa nak cukup. Perkongsian, demi perkongsian; tazkirah, usrah, wuishhh, memang awesome ah. Hati pun nak makan; "makanan luar biasa". Teruja weh teruja. Ada benda lain yang perlu ditanam dalam-dalam, biar kita dapat memaknai banyak perkara. I was in a situation like , " Weh. Apsal kau nampak macam enjoy je belajar? Tak susah pun. Memang lah kan, belajar bahasa Mandarin je, kan? Tak susah macam benda lain. Satu subjek je. Tung laaa~" Mencabar jugak pernyataan tersebut *emoji sengih ada setitik peluh kat dahi* . Kita doa banyak-banyak biar Allah permudahkan perjalanan kita, sepanjang musafir di jalan menuntut ilmu ni. Belajarlah apa-apa pun, semua tu merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat.

Niujie: Perencah Cerita

Image
Pukul 10.30 pagi gerak ke Niujie. Nak gerak ke Niujie dari Beiwai naik bas no. 5; dia memang berhenti dekat hentian Niujie. Dekat situ ada Masjid Niujie, bentuknya idokler macam masjid-masjid dekat Malaysia tuh. Sebelum ini masa Hari Raya Aidil Adha kami solat dekat situlah, akak-akak bawakkan :) Kali ini saja nak ke sana beli barang-barang dapur. Nak cari teh 3 in 1 memang idokler nak jumpa. Kalau ada pun erm mahal sikit. Susu pekat pun aku tak tau lagi nak beli dekat mana. Orang sini minum teh daun rebus tu je ha.  Eh susu pekat boleh beli dekat Taobao atau Elema . Sampai dalam apa eh nama tempat tu, pasar raya dekat Niujie tu lah, ingatkan semua barang halal. Masa lunch Kak Aiman cakap, "Nanti kita tengok barang apa yang boleh beli dengan tak boleh beli."  Terkejut! Ingatkan semua dekat situ halal - 请真 (qing zhen). Okay, sebelum ketibaan Kak Aiman dekat situ, kami solat dekat Masjid Niujie. Seni binanya memang nampak gaya Cina. Masjid ini pun me

Dongwuyuan: Beli-belah Barang Murah

Image
1 Oktober 2015.  Dah nak masuk bulan kedua di Beijing. Alhamdulillah. Sekarang dah pun masuk musim luruh atau dalam bahasa omputihnya  autumn  lah. Dalam bahasa Cinanya 秋天 (qiutian). Pukul 8 pagi buka tirai bilik melihat pokok ditiup angin kencang, fuh!  Dari dalam bilik dah dapat rasa angin di luar sangat kencang, sejuk dan berhabuk.  Nak ke Dongwuyuan dari Beiwai boleh naik bas atau   subway . Pilihan yang okay naik bas lah senang. Naik bas bernombor 563, nanti dia bawa terus sampai ke Dongwuyuan. Durasi perjalanan hanyalah 5-10 minit sahaja (kalau tak jammed teruk). Di kawasan ini ada Beijing Zoo (namanya Dongwuyuan; Dongwuyuan = zoo), muzium dinasour, planetarium, pusat beli-belah, macam-macam lagi. Sebenarnya, bangunan beli-belah yang kami selalu pergi ni ada nama lain cuma disebabkan bangunan itu sudah dekat dengan zoo, jadi panggil Dongwuyuan saja lah. Dalaman bangunan ini lebih kurang macam Kompleks Teruntum di Kuantan.  Antara tips membeli-belah sebagai  newbie  di Beijing