Posts

Showing posts from September, 2015

Minggu Awal di Beijing

Image
Bismillahhirrahmanirrahim. Jamuan kelas A4 Sudah bermula cuti untuk hari kebangsaan negara China selama seminggu, maka begitu banyaklah perancangan yang sangat pantas bermain di mindaku ini. Alhamdulillah, dah masuk hari ke-21 di Beijing dan dalam 21 hari ini banyak juga kenangannya.  Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Beijing ini, saya   ingat lagi muka-muka  seniors  yang menyambut ketibaan kami dengan hasanah sekali. Sampai di Beijing dalam pukul 12 pagi dan mendarat dengan selamat, alhamdulillah. Teruja yang amat sangat lah kata orang. Lagi-lagi orang kampung macam saya   ni ha  excited  sangat naik kapal terbang.   Hari esok dan lusanya kami ada orientasi di kedutaan Malaysia. Bukan setakat belajar tentang kehidupan di Beijing serta bahasanya, saya pun masih belajar untuk menjadi seorang  chef.  Nak tak nak, kena nak juga memasak. Sedap tak sedap lain cerita. Oh lupa. Kami duduk dalam satu bangunan, namanya  六号楼 (liuhaolou).   Macam mana kelas mandari