Posts

Showing posts from July, 2016

Wangfujing Shopping Street

Image
Okay, nak share jugak tentang Wangfujing! Wangfujing juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Beijing. Selain daripada duduk berehat di bilik pada weekend, sis memang tak boleh duduk diam lah. Manakan tidak, hari Jumaat kelas habis pukul 12 tengah hari, jadi petang tu macam ada la masa juga kalau nak siapkan kerja sekolah ke apa ke. Sabtu, Ahad memang ada peluang nak pergi menjelajah Beijing tu *ewah*. Ni kalau ada mood lah, kalau mood tu macam nak duduk bilik, duduk bilik je lah. 


Wangfujing? Erm, masa hari kejadian sis pergi dengan seorang kawan, Afni namanya. Waktu tu memang tak merancang nak ke Wangfujing. Payah jugak la nak buat keputusan sebab semua tempat femes terdekat dengan Beiwai macam dah pergi (mungkin). Jadi, kami decided pergi Wangfujing. Sebelum pergi memang tak search pun Wangfujing tu macam mana, yang tahu orang-orang kata situ femes dengan shopping street. 


 Cara pergi ke sana? Yeah, soalan wajib. Ceritanya, kami gerak dari kawasan kampus …

Muslim di Beijing

Image
Baru setahun jagung, bukan lah sekadar setahun jagung *ewahhh* Makin lama, makin banyak pengalaman, yeah ini sememangnya betul lah. Okay, pernah jugak orang tanya, "Orang sana pandang kita macam mana weh? Apa diorang cakap? Orang sana Islamophobia tak?" Banyak lagi lah soalan tapi lebih kurang sama je maksudnya. Jadi, apa reaksi sis dan rakan-rakan bila dapat soalan macam ni?


   Waktu sem 1, banyak sangat benda yang aku sendiri tak boleh nak cakap dalam bahasa Mandarin. Kosa kata bukan banyak sangat pun. Nak cakap omputih pun sama, tergagap-gagap je. Kadang nak soal jawab pasal agama kita sendiri tak mudah kalau tak tahu, bukan? Kalau soalan tu yang memang dah ada isi dan idea untuk jawapan, sis jawab tapi kalau soalan tu betul-betul mencabar, kita KIV dulu lah. Jadi, sebagai langkah untuk menyelesaikan KIV query tu, kami tanya seniors lah paling convenient sekali. InshaAllah depa bantu.




   Antara soalan yang selalu diajukan ialah (pengalaman sendiri dan kawan-kawan): 

"Ke…

Anjing Comel

Orang kata haiwan kalau dekat dengan kita tanda dia suka kita. Yang jadi masalah, aku takut dengan anjing. Walaupun comel, tapi suka betul depa dekat aku ha. Pegi mana mana mesti ada je yg nk melekat.    Boleh rituh duduk saje dekat Taman ATM (taman berdekatan dengan asrama sis) datang seekor anjing duk bertenggek dekat sebelah fulamak tuan dia panggil still ngendeng sebelah.    Tak leh blah anjing macam werewolf kat Beiwai nuh. Woi bapak besar! Mana tak lari aku haaa *ni serious* Debor je kalau setiap kali lalu sebelah dia ha. Tuan dia rileks je lepas kan tali peh kalau dia gomol tu mahu menangis tak berlagu.    Time beli basikal dulu, dalam reramai manusia yang bertudung dekat kedai basikal tu, pappp! Berdiri tegak, tak bergerak dah aku. Aku dapat merasakan geseran mulus kulit anjing dekat kaki fulamak. Sis dah nak menjerit tapi pak cik kedai basikal tu menenagkan aku. Eceh tapi malangnya anjing comel bulu gebu-gebas tu tak nak blah jugak.    Lagi mencabar kalau dah solat kat tepi-te…

Senang Makan?

Image
Mudah tak nak dapat makanan halal sana? Yeah acap kali saya ditanya dengan soalan yang begini. Jawapan saya mudah saja, jawapannya ialah "Mudah, InshaAllah."    Ye lah kan, kami tinggal di tempat orang. Mungkin ada yang fikir kami tak berapa convenient nak makan di sini. Jadi, apa yang kami makan di Beijing sana? Haa meh sini lah saya cerita sikit.    Saya pun mula-mula rasa takut, ye lah kan, tempat baru, berdebar rasanya. Jadi, dengan bantuan seniors, saya pun mendapat tahu beberapa tempat makan yang boleh dimakan makanannya. Persekitaran kawasan universiti banyak restoran halal. Dalam kawasan universiti sebelah timur pun ada sebuah kantin halal. Selalunya, jelas dipamerkan logo halal sama ada dalam bahasa Jawi ataupun dia tulis 清真 (qingzhen); yang turut bermaksud halal.    Itu ceritanya kalau ada logo halal. Kalau restoran yang tak ada logo halal tapi ada pelajar masuk makan jugak makanannya macam mana?    Kita masih lagi berpegang dengan pegangan kita, InshaAllah. Kami hanya…

Kisah Cheongsam

Image
Dulu waktu sekolah rendah selalu sangat belajar pakaian tradisional bangsa Cina ialah cheongsam. Yaaa itu dia. Jadi, dalam kepala otak aku ni sebelum terbang ke Beijing, aku terbayangkan akan ada ramai orang di Beijing akan memakai cheongsam. Pemikiranapakahini?    Tiba-tiba, sampai Beijing, eh? Haha weh zaman dah moden. Nama pun pakaian tradisional. Adoi, eh, tapi! Pernah jugak member tanya cikgu pasal cheongsam, reaksi cikgu pelik giler. Beliau sendiri tak pernah dengar perkataan tu, haaa. Apecer ni?    Jadi, rumusan aku sendiri, mungkin lepas ni boleh buat kajian atau sebenarnya dah ada kajian cuma aku yang tak explore; mungkin Chinese di Malaysia sahaja yang memakai cheongsam. Mungkin juga ada beberapa kawasan di negara China itu yang sebenarnya ada asal usul cheongsam tu cuma aku je yang tak tahu tapi yang pasti cikgu-cikgu aku yang memang dari kecik menetap di Beijing tu memang pelik bila kami tanya pasal cheongsam.    Banyak jugak tradisi Chinese Malaysia yang memang lain sangat …

Basikal Letrik

Image
Dekat Malaysia, aku tak pandai menunggang motosikal. Serius! Tak pernah pun. Skuter pun sama. Kecik-kecik dulu pernah la nak merasa naik motor, sekali press terjatuh aku dengan motor tu sekali.


   Aku ada beli basikal dekat Beijing. Ada la dalam 300 kuai. Masuk sem dua, aku beli pulak basikal letrik. Basikal ni guna bateri. Sangat convenient guna basikal letrik ataupun aku panggil motor jugak. Nak nyebut basikal tu panjang sangat.    Apa yang special pasal basikal ni? Kau tahu, aku pernah kemalangan tau dekat negera China ni tapi bukanlah kemalangan ngeri. Alhamdulillah tapi tak ngeri pun, cukup menyakitkan.    Pernah hampir dilanggar, pernah jugak nak berlanggar. Injured tu ada jugak. Orang-orang Beijing ni disebabkan semua benda nak cepat, sampaikan menunggal basikal pun laju semacam. Aku pernah jugak bawak anak orang dekat belakang aku, pastu lagi 1 cm nak berlanggar dengan binet belakang kereta orang, aku selamat tapi member aku terjatuh atas jalan raya waktu tu. Wuihhhhhh sangat ter…

Amacam Belajar Mandarin?

Image
Macam mana belajar dekat China? Best? Kau belajar bahasa JE kan? Mesti senang kan? Enjoy belajar?

Alhamdulillah, bersyukur sekali lagi mengenangkan sis dapat belajar di China; belajar bahasa Cina, secara spesifiknya bahasa Mandarin (ye lah, sebab orang-orang China ada banyak bahasa dan dialeknya, contoh: Kantonis, Hokkien dsb). 

   Macam mana belajar dekat China? Okay, secara amnya *eceh* setakat ni semuanya okay (ada turun naik tapi alhamdulillah, okay). Secara spesifiknya, belajar dekat Beijing tu semestinya tak sama lah dengan belajar di Malaysia. Meh sini sis cerita perjalanan hidup students kat sana lah.

Pukul 8 pagi, kelas dah bermula tapi tak semestinya kelas setiap hari pukul 8 pagi. Kadang-kadang pukul 10 pagi pun ada. Untuk asasi, macam aku baru je habis asasi, ada dua kelas yang wajib diambil iaitu Kelas Hanyu (汉语)dan Kelas Kouyu (口语). Sebelum terlupa, apa yang sis cerita semua situasi PnP terjadi di Beijing Foreign Studies University (BFSU/Beiwai). Sis tak tahu sangat untuk w…