Sunday, 3 April 2016

Beijing World Park



Assalamualaikum dan selamat pagi! 早上好你们。

   Setelah diberi kesempatan dan ruang untuk menulis, jadi kita mula ah menulis. Nak cerita satu tempat ni namanya Beijing World Park (lupa nama dalam Bahasa Cina). Nak ke tempat ni berlaku dalam keputusan last minute, jadi kita redah aje. 


   Sis and members gerak lebih kurang pukul 1.30 petang. Naik basikal letrik gerak ke Stesen Kereta Api Bawah Tanah Weigongcun. Ok tak ingat line berapa naik ditie tu, tapi disebabkan berdiri je, agak penat jugak. Tapi, lebih kurang 45 minit naik ditie, sampailah di destinasi yang dituju. 


   Kami ada jugak lah blur sepanjang perjalanan ni, jadi kita gunakan ilmu bahasa Cina ni untuk bertanya pengawal dekat stesen ditie tu. Yang penting, yakin je. Macam lah depa tak paham langsung yang kita cakap. Haaa, alhamdulillah, kami pun paham dia cakap shenme shenme tu, akhirnya sampailah kita. Dari jauh lagi dah nampak bangunan ala-ala Disney gituh.





    Perkara penting yang kita kena bawak ke tempat-tempat pelancongan macam ni ialah kad pelajar. Harga asal nak masuk ialah 100 yuan. Kalau harga pelajar ialah 60 yuan. Jadi, manfaatkan 60 yuan ini dengan sebaik mungkin. Keluasan taman ni agak luas tapi kami berjaya menghabiskan se-round taman ni mungkin dalam 3 jam. Boleh dikatakan tempat-tempat menarik di dunia yang ada nilai sejarahnya ada dalam taman ni. Walaupun replika tapi teruja jugak lah. Member pun siap menjerit; teruja sangat.


   Ada perkhidmatan kereta kecil, sebab tempat tu luas sangat; tapi harganya agak tinggi sih. Jadi, jalan kaki aja. Nak photo shoot pun lawo weh. Sis lagi teruja beb bila nampak llama! Llama Dora The Explorer tu eh, ke Go Diego Go! Lupa lah tapi yang pasti memang teruja giler!  Haaa, selain tu, kalau nak datang tempat-tempat taman macam ni, lagi bagus bawak bekal makanan, air. Sebab ye lah, penat weh jalan, nanti dahaga. Lagi pula, perjalanan hampir sejam. Gituhhh...


   "Angan-angan kadang menggerak keinginan untuk pergi lebih jauh."



Oh Udara~


Beijing sememangnya famous dengan jerebunya. Satu dunia tahu (mungkin). Sampai lah sekarang ni, terdapat banyak jenis topeng muka yang dijual. Partikel-partikel udara di sini agak menakutkan jugak; jadi demi keselamatan dan kesihatan, masyarakat di sini memang disarankan untuk memakai topeng muka.
Sis sampai je dekat Beijing, tekak dah mula rasa kering, sakit. Lagi-lagi jenis manusia yang mudah dapat penyakit akibat persekitaran, jadi banyak lah ubat sis bawak dari Malaysia. Ubat batuk lah, sakit tekak lah, demam lah, resdung lah, selesema lah dan banyak lagi. Nak buat macam mana, sakit Tuhan yang bagi; kita kena terima dengan hati yang terbuka. 
Selalunya kalau berita sampai keluar dekat TV, udara dekat Beijing ni tercemar sampaikan pernah jerebu tu, tak nampak orang dua meter dekat depan kita ni; haaa yang ni sis setuju. Memang benarlah. Mana taknya, keluar bangunan asrama nak menuju ke sekolah, tengok-tengok udara jadi warna coklat. Kotor! Haaa, tak sanggup nak sedut udara macam tu. Sayangilah paru-paru anda.
Kalau naik basikal pergi sekolah, pehhhh, basikal tu kotor macam masuk kebun (pehhh dahsyat!) Sampai member sis pernah cakap, "Kalau kau duduk Beijing ni, tak perlu rasanya nak basuh basikal." Mana taknya, hari ni baru basuh, esok debu melekat gaya masuk kebun. Haaa, sampai begitu sekali penangan debu-debu kotor di sini.
Ewahhhhh... Komen kencang pasal tempat orang tapi tu lah realitinya. Nak dibandingkan dengan Malaysia, sis suka hirup udara Malaysia tuh. Lagi-lagi kawasan kampung. Pehhhhhh, memang padu! Bau rumput-rumput hijau yang nyaman. 
Nahhhh, jadi disebabkan itu, sis selalu mengalami sakit tekak, demam, badan masuk angin. Haaaa tengok, tadi Berita Harian baru je hantar notification, "77 sekolah di Beaufort, Papar dan Kuala Penyu ditutup esok." Hal ini berikutan dengan IPU yang agak tinggi. Pehhhhh, padu! Dekat sini kalau lah diberi cuti, memang tiap-tiap hari cuti. Ewahhh.
Haaa, sebagai kesimpulannya, minumlah air dengan banyak. Bukan setakat setong air, bertong-tong air sehari sangatlah bagus. Nak buat macam mana lagi, takkan nak tiup udara suruh pergi tempat lain, yedok? Ciaciaciaciaaa...