Sunday, 14 August 2016

Bila Rasa

بسم الله الرحمن الرحيم.


Bila rasa diri hampir berputus asa, fikirlah kerana apa kita perjuangkan jalan ini?

Bila rasa sakitnya hati ini terlalu pedih dek manusia, pernahkah kita terfikir perlakuan sebegitu terhadap orang lain?

Bila rasa beranggapan tiada siapa yang teringatkan kita, pernah terfikirkah bahawa ada yang selalu mendoakan?

Bila rasa mahu mendongak tinggi ke langit, adakah kita lupa siapakah pemilik segalanya?

Bila rasa semua benda yang kita perlukan ini tidak berbaloi untuk waktu sekarang, bersabarlah kerana mungkin pada masa akan datang, bakal kita tahu hikmahnya?

Bila rasa diri tidak diperlukan, pernah terfikir sejauh manakah amal kita berjalan?

Bila rasa tiada sesiapa yang bisa memahami kita, adakah kita tidak terfikir bahawa Tuhan sudi mendengar luahan?

Bila rasa nikmat sudah cukup, pernahkah terfikir untuk memberikan walaupun sedikit untuk yang lain?

Bila rasa kita tidak punya apa-apa, masihkah bisa untuk menyuap sesuap makanan ke dalam mulut?

Bila rasa dugaan kita sahaja yang berat, masihkah sombong dengan Tuhan?

Bila rasa ditinggalkan yang lain, pernah terfikir mengapa kita pernah meninggalkan tatkala ada yang memerlukan?

Bila semua rasa dijadikan beban tidakkah kita tahu bahawa itu lah yang terbaik buat kita?


No comments:

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)