Basikal Letrik



   
Geng merempit gais ...

Dekat Malaysia, aku tak pandai menunggang motosikal. Serius! Tak pernah pun. Skuter pun sama. Kecik-kecik dulu pernah la nak merasa naik motor, sekali press terjatuh aku dengan motor tu sekali.


   Aku ada beli basikal dekat Beijing. Ada la dalam 300 kuai. Masuk sem dua, aku beli pulak basikal letrik. Basikal ni guna bateri. Sangat convenient guna basikal letrik ataupun aku panggil motor jugak. Nak nyebut basikal tu panjang sangat.
   Apa yang special pasal basikal ni? Kau tahu, aku pernah kemalangan tau dekat negera China ni tapi bukanlah kemalangan ngeri. Alhamdulillah tapi tak ngeri pun, cukup menyakitkan.
   Pernah hampir dilanggar, pernah jugak nak berlanggar. Injured tu ada jugak. Orang-orang Beijing ni disebabkan semua benda nak cepat, sampaikan menunggal basikal pun laju semacam. Aku pernah jugak bawak anak orang dekat belakang aku, pastu lagi 1 cm nak berlanggar dengan binet belakang kereta orang, aku selamat tapi member aku terjatuh atas jalan raya waktu tu. Wuihhhhhh sangat teruk kejadian tu kalau aku nak ingat pun.
   Dengan adanya basikal letrik ni, banyak tempat yang aku dengan members dah pergi. Pergi lah explore sendiri tapi setakat ni takdelah jauh sangat. Paling jauh pun 30 minit atas motor, sampailah ke destinasi.
   Aku ada nampak dekat Instagram Norman Hakim, dia dengan anak lelaki dia naik basikal letrik ni main atas track merah dekat Malaysia. Haaa ada je rupanya dekat Malaysia. Mungkin perkhiatan yang diorang gunakan tu berbayar. Haaa yes! Sebelum terlupa, basikal letrik tu dekat China, sebijik lebih kurang 1700 kuai yuan. Lebih kurang RM 1000.
   Ada jugak yang guna motosikal elektrik. Saiz lagi besar lah berbanding basikal letrik dan harga pun mestilah lagi tinggi. Motor ni lebih kurang vespa dah ha, lawo~
   Dekat Beijing ni ramai je orang pakai basikal, motosikal elektrik selain daripada orang naik basikal.

Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?