Kisah Cheongsam

Welcome to Beijing
   Dulu waktu sekolah rendah selalu sangat belajar pakaian tradisional bangsa Cina ialah cheongsam. Yaaa itu dia. Jadi, dalam kepala otak aku ni sebelum terbang ke Beijing, aku terbayangkan akan ada ramai orang di Beijing akan memakai cheongsam. Pemikiran apakah ini?
   Tiba-tiba, sampai Beijing, eh? Haha weh zaman dah moden. Nama pun pakaian tradisional. Adoi, eh, tapi! Pernah jugak member tanya cikgu pasal cheongsam, reaksi cikgu pelik giler. Beliau sendiri tak pernah dengar perkataan tu, haaa. Apecer ni?
   Jadi, rumusan aku sendiri, mungkin lepas ni boleh buat kajian atau sebenarnya dah ada kajian cuma aku yang tak explore; mungkin Chinese di Malaysia sahaja yang memakai cheongsam. Mungkin juga ada beberapa kawasan di negara China itu yang sebenarnya ada asal usul cheongsam tu cuma aku je yang tak tahu tapi yang pasti cikgu-cikgu aku yang memang dari kecik menetap di Beijing tu memang pelik bila kami tanya pasal cheongsam.
   Banyak jugak tradisi Chinese Malaysia yang memang lain sangat dengan Chinese China. Mungkin pembawaan asimilasi. Mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?