Monday, 30 November 2015

Saat Itu


Disangkakan sudah lengkap, serba-serbi sempurna,
Disangkakan setakat itu sahaja hidup ini,

Tetapi, tidak pernah pula disangkakan 
Bahawa sebenarnya, 
Asbab diri ini tercipta pun tidak punya jawapan padunya. 

Terdetik sesuatu di hati,
Entah apa-apa katanya,
Saban hari terus membisik,
Saban hari terus mencari,
Saban hari terus berfikir.

Mungkin; pernah mencari, tapi begitulah plot ceriteranya;
   Tatkala cuba melangkah jalan ini, terus dicantas lalu terduduk sendiri.
   Tatkala cuba menggali dalam lagi, terus berundur dek akal sendiri.
   Tatkala cuba bangkit daripada terjatuh, adakah masih punya rasa bahawa perjuangan ini perlu diteruskan lagi?

Lama-kelamaan, langkah itu semakin rapuh. 
Rapuh; hanya kerana beranggapan bahawa jalan ini sukar untuk bergerak sendiri.
Kebergantungan terhadap Tuhan masih lagi di tengah-tengah.
Tidak sesekali putus untuk meminta-minta daripada-Nya; diberikan kekuatan.
Lelah mungkin bergerak sendiri.

Langkah diatur, satu-persatu dengan harapan;
Cuba diolah dengan segala jenis pemikiran, cuba dihadam walau perlahan.
Sudah lama mencari,
Mungkin waktu-waktu sebelum itu, punya asbab tersendiri; mengapa ia tidak hadir.

Saat tiba waktu dengan izin-Nya, 
Dihadirkan hadiah-hadiah,
Yang datangnya membawa hikmah,
Yang hadir demi menggapai redha-Nya,
Yang nilainya tidak terkira,
Agar terus utuh dalamannya,

Agar semangat itu terus membara,
Agar sama-sama berjumpa di sana.
Tersedar, kebersamaan itu diperlukan jua.


Andai tersungkur,
Andai terluka,
Cuba diyakinkan hati,

Itu semua pelengkap ceritera,
Tanpa rasanya sakit, tawa, tangisan juga senyuman, 
Maka apa tujuaannya udara ditarik hembus?

Ceritera ini mahu dijadikan bukti,
Untuk disebarkan kepada yang lainnya,
Kerana semua patut merasakan;
Satu rasa yang tumbuh dengan sendirinya,
Dibaja dengan kesabaran,
Disirami dengan janji-Nya,
Dijaga untuk diberi,
Agar bisa menyelusuri jalan-jalan ini dengan hati.

Juga,
Turut sedar bahawa tapaknya perlu dibina semula,
Dibina semula selepas mengalami kejatuhan, 
Kerana setiap kejatuhan, pasti ada kebangkitan,
Biarpun kebangkitan kedua.

Perancangan-Nya sangat indah,
Diberi hadiah yang lainnya setiap jurang masa,
Harapnya diambil penuh hikmah,
Biarlah lelah mengorak langkah kerana di penghujungnya itu pasti terukir sebuah senyuman.
Semoga kita sentiasa di bawah jagaan-Nya, InshaAllah.


Monday, 23 November 2015

Manusia Umpama Logam




   Seharian keluar, main dengan salji lah tujuannya. Bukan selalu dapat merasa main salji. Salji-salji yang turun dari langit itu, aku ibaratkan sebagai sesuatu yang sangat mengujakan! Sesuatu yang sangat menggembirakan. Ibaratnya aku akan selalu tersenyum pabila melihat salji-salji yang turun itu. Bila mana gembiranya aku hari itu, bukan bermakna aku lupa terus dengan hal-hal yang lainnya. InshaAllah, moga Allah perkenankan doa-doa kita, seterusnya memudahkan urusan-urusan kita semua.

   

"Manusia itu ibarat logam, baiknya mereka di waktu jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam; jika mereka faham."


   Mulanya, aku sendiri tidak faham langsung untuk mentafsir kata-kata Rasulullah ini. Setelah diberi penerangan, dibincangkan, lama-lama sampai dah dalam kepala ni. Ayat cliche; setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Okay, ayat macam hambar sebab tak feel maksud ayat tu sendiri. Cuba kalau; SETIAP MANUSIA PASTI ADA KELEBIHAN YANG TERSENDIRI. Agak-agak sampai tak feel tu? Okay, tak sampai lagi eh? Erm, next! 


   "Manusia itu ibarat logam"

   Erm, agak-agak apa maksudnya? Logam punya banyak cirinya, punya banyak fungsinya. Begitu juga manusia. Dulunya, logam hanya dibuat untuk senjata-senjata perang, bertani dan perkara-perkara lain sebelum berlaku revolusi. Kini, logam yang berbagai-bagai itu digunakan dengan meluas lagi; hanger, barang kemas, lampu dll. Haaa, banyak kan fungsinya? Dan logam juga digunakan dengan berterusan seiring dengan revolusi dunia. Sangat mengagumkan! Logam bukan sekadar sedebuk logam macam tu, bukanlah sehalus-halus logam macam tu je, tapi untuk mendapatkan emas yang cantik, zink yang utuh; pastinya logam-logam itu akan melalui banyak proses untuk menjadi sesuatu yang kita perlukan! Sesuatu yang diperlukan setiap hari; seperti kuprum contohnya. Betul? Kuprum; digunakan dengan meluas, lagi-lagi pelajar. Dakwat pen, pensel; besar jasa kuprum tu haaa... Walaupun harganya tidaklah semahal logam-logam yang lain tapi kegunaanya yang meluas itu digunakan oleh beribu-ribu manusia.

   Sama juga seperti manusia. Setiap daripada kita mesti ada kelebihan yang tersendiri. Ada antara kita yang boleh melukis dengan sangat cantik, ada yang boleh bercakap di khalayak tanpa gugup, ada juga yang boleh memasak bagai chef. Kelebihan setiap manusia itu berlainan. Tak semua orang punya kelebihan yang sama. Mungkin kita sedar kita punya sesuatu yang boleh menyumbang terhadap diri sendiri, keluarga dan lain-lain; tapi tidak tergerak. Jangan risau! Logam perlu melalui banyak proses untuk dijadikan bentuk yang paling ideal, samalah seperti manusia. Kita juga pastinya perlu melalui banyak proses untuk mengilatkan lagi logam-logam kita. Kelebihan yang kita ada ini bukannya sedebuk sempurna, bukannya sekali gus sudah bagus; kerana itu kita akan melalui proses-proses yang pelbagai. Apa contoh proses itu? Dengan hanya berlatih? Dengan hanya mencari sahaja? Okay, betul jawapan tu tapi sebenarnya banyak lagi prosesnya seperti kita didatangi dengan bermacam-macam ujian daripada Allah, kita mungkin akan berasa fed up, rasa mahu putus asa atau termakan dengan godaan syaitan yang melengah-lengahkan tujuan asal kita. Macam-macam lah, tapi  itulah namanya proses. Proses untuk mengilatkan lagi logam-logam kita.

   Jangan anggap KELEBIHAN itu adalah perkara-perkara yang besar sahaja. Suka mengemas pun satu kelebihan, tegas juga satu kelebihan, berlembut pun juga satu kelebihan. Kelebihan yang ada pada diri kita walaupun orang cakap sekadar suka membaca sahaja, tapi jika dengan hobi dia yang begitu, dia boleh menceritakan kepada rakan-rakannya tentang pengetahuan yang dibaca. Dia boleh memberi ilmu secara tidak langsung kepada rakan-rakannya. Walaupun, dengan kelebihannya yang suka membaca sahaja; lagi-lagi kalau memang dia je yang suka membaca. Nampak tak dekat situ, yang memang kita saling melengkapi. Kelebihan bukanlah sesuatu yang kita perlu bangga-banggakan, bukanlah sesuatu yang kita boleh beritahu satu dunia tapi, tanyalah;


"Dengan kelebihan ini, bisakah aku membantu Islam? Dengan kelebihan ini, bisakah aku menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam? Dengan kelebihan yang aku ada ini, bisakah aku mengajak orang lain turut ikut sama menyelusuri jalan-jalan ini? Dengan kelebihan ini, bisakah aku menjadi hamba yang sentiasa taat kepada-Mu?" 


   Muhasabah. Kita bukanlah malaikat, kita manusia. Dengan kelebihan yang kita ada ini, jika tidak digunakan dengan baik; ingat semula; apakah sebenarnya tujuan kita hidup di atas muka bumi ini? Di pengakhiran kehidupan nanti, apakah hasilnya? Apakah amal yang boleh kita bawa? Adakah kita hanya hidup sekadar untuk bersuka-ria, tanpa sedar sebenarnya dunia ini hanyalah satu persinggahan. Bukan sekadar tempat yang dipenuhi dugaan, tapi tempat untuk kita menuai hasil-hasil untuk kita bawa di sana kelak. Kata Kak Shafwah, "Jangan tanya orang untuk tahu kelebihan dalam diri kita. Tanya diri kita sendiri kerana itu adalah kelebihan kita." Betul, aku akui. Bukanlah paksa diri untuk terus fikir; "Eh, apa kelebihan aku? Eh, apa yang aku boleh bagi untuk agama aku?" Tidak. Bukanlah begitu.

   Berbalik semula cerita logam tadi. Logam; adakah mudah untuk kita jumpa? Tak, kan? Kena gali tanah, tak jumpa, gali lagi. Sampai lah jumpa dan logam yang dijumpai bukan terus menghasilkan bentuk yang menarik, bukanlah terus sempurna. Begitu jugalah kita. Kadang-kadang, kita tak sedar pun kelebihan kita, mungkin tak jumpa langsung! Carilah, dan cubalah pupuk untuk sentiasa update kelebihan kita. InshaAllah. Ada orang dia pandai berniaga, ada orang yang pandai berkata-kata, ada juga orang yang bersuara merdu. Dengan logam-logam mereka ini, mereka boleh menarik orang lain untuk berbuat kebaikan, sekali gus perlahan-lahan menerapkan nilai-nilai Islam itu. Itulah realitinya, secara sedar atau tidak sedar. 

   Contoh; Saidina Umar al-Khattab, beliau dikenali dengan sikap tegas beliau. Beliau dengan beraninya mengwar-warkan keislaman beliau di hadapan khalayak ramai. Jadi, dengan ketegasan dan keberanian beliau itu, telah menarik orang lain untuk memeluk Islam kerana mereka turut merasakan bahawa mereka selamat apabila mereka memeluk Islam setelah melihat Saidina Umar melakukan sebegitu. Nampak tak, logam Saidina Umar yang tegas itu dapat menarik orang lain untuk memeluk Islam? Dalam ketegasannya, punya hikmah punya toleransi, sekali gus membawa sinar untuk yang lain.

   Contoh keduanya; dengan suara merdu, iringan muzik yang sedap didengar, penampilan yang indah dipandang, turut merupakan satu kelebihan. Doa-doa, selawat yang dialunkan mudah untuk dihafal; sekali gus menjadi 习惯 (xiguan/kebiasaan) untuk kita mengalunkan kata-kata indah itu. Jadi, tidak mustahil untuk hidayah itu datang melalui cara ini. Nampak tak? 

   Aku pasti; jika kita duduk berfikir, bermuhasabah, bercakap dengan Tuhan; pasti akan tertanya; apakah amal yang kita akan bawa untuk seterusnya? Apakah sumbangan kita terhadap agama? Apakah sudah kita melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri? Apakah sudah kita turut menjaga keluarga kita; yang paling dekat sekali untuk turut sama-sama selusuri jalan indah ini? Jadi, kesedaran itu penting. Pentingnya untuk kita gali ilmu dan belajar dengan hati yang lapang untuk kita serap ilmu itu sebanyak yang mungkin, kerana kita tidak tahu setakat mana kita masih bisa bernafas. Wallahualam. InshaAllah, perlahan-lahan kita mulakan langkah dan teruskan saja. Jangan sesekali berhenti; ingatlah, setiap kejatuhan yang kita alami itu sebahagian plot cerita untuk kita bangkitkan semangat juang kita dalam mengejar cinta Allah. 

Friday, 13 November 2015

Al-kisah sebelum ke Beijing




Minggu pertama:



"Ya Allah, kenapa laju sangat dekat sini? Ke aku yang lambat pick up ni?"

"Weh, siapkan tutorials, dengan lab report. Ha, jangan lupa print sekali nota; nanti claim."


   Dialog yang sangat cliche dekat matrik. Banyak lagi dialog cliche yang lain. Minggu pertama di matrik, memang tak indah lagi. Tak rasa lagi sinar kehidupan di matrik. Air mata tak pernah tak mengalir. Bukan nak cakap matrik susah sangat; tidaklah begitu. Ingat balik ayat Allah; Allah tak akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang kita sendiri tak mampu hadapi. Jadi, saya cuba perlahan-lahan berpegang dengan ayat tu, jalani kehidupan di matrik dengan sebaik mungkin walaupun sebenarnya banyak cabaran yang mesti ditempuhi.


   Nak dijadikan cerita; minggu pertama di matrik turut merupakan tarikh keluar keputusan kemasukan ke IPG. Saya tampak yakin di situ ya. Sangat yakin! Sekali, HA! Bila check, tak dapat. TAK DAPAT! Ya Allah... Perasaan itu memang tak dapat nak digambarkan. Kecewa itu, memang sakitnya tuh di sini. Pehhh... Tipulah cakap tak menangis. Tipulah! Tipulah tak sedih sangat. Tipulah kalau tak rasa terkilan. Masa itu dah terfikir, "Ya Allah, macam mana aku nak survive dekat sini?" 'Kalau ikutkan hati, rasa macam nak berhenti terus dari matrik; sebab dah fikir sampai tahap seolah-olah ''macam tak ada masa depan je dekat sini".  Jadi, apa yang saya harus buat?


   Nak tak nak, memang dekat situ jugalah saya harus meneruskan perjuangan. Memang kena ubah mind set; biar jiwa saya ini masuk dalam kehidupan dekat matrik. Eh, teruk sangat ke matrik itu sampai beria macam ni pikir?  Jawapan saya, tidak!  Matrik okay saja cuma keadaan waktu itu sedikit bercelaru. Hal ini bersangkutan dengan harapan saya yang tidak kesampaian itu. Itu sahaja. Okay, sambung... Mind set sahaja memang tak cukup; mestilah turut diikuti dengan perbuatan. Saya cuba mencari jalan-jalan baru untuk meneruskan hidup dekat matrik. Walaupun dah nak masuk bulan kedua saya di matrik, saya masih lagi meletakkan sepenuh harapan terhadap-Nya. Bukan saya tidak menerima takdir itu dengan sepenuh hati, tapi saya masih lagi berharap. Saya sendiri tak nampak dengan jelas; apakah harapan yang saya pertaruhkan itu sebenarnya? 

   Tidak lama kemudian, di bulan yang penuh barakah; mak telefon. Abah pun telefon. Malangnya, tak dapat diangkat. Pagi itu juga ada nombor yang tak dikenali called saya. Saya dapat satu mesej daripada emak. Mesej dibuka; Ya Allah! Seriously? Ya Allah, betul ni? Betul? Saya sendiri macam tak percaya masa itu. Speechless. Rasa nak menangis pun ada. Mak tulis; "Akak, mak dapat panggilan daripada IPG. Akak ditawarkan program ke Beijing. Akak nak? Nanti mak telefon IPG semula, bagitahu keputusan. Mak kena bagitahu IPG sebelum pukul 4 petang ni."  Memang saya cakap, "NAK!" Mak dengan abah nampak macam agak ragu-ragu mungkin, tapi sebab saya pernah cari maklumat dekat Google, baca blog Malaysian students dekat Beijing; maknanya InshaAllah program yang ditawarkan ini; betul! Petang tu, abah called saya semula, memaklumkan yang abah dah sahkan dengan pihak IPG. Alhamdulillah. 


   Mak dengan abah agak ragu-ragu dengan program ini, maksud saya di sini ialah program ni mungkin tak lah popular seperti program-program yang ditawarkan ke luar negara yang lain. Emak dan abah pun redha dengan keputusan saya. Siapa tak gembira, kan? Maksud saya; Ya Allah, tak boleh nak digambarkanlah. Lagi teruja dapat tahu ada kawan satu dorm masa dekat asrama dulu; Syazwa pun dapat juga ke Beijing. Alhamdulillah :)


   Setelah seminggu, Syazwa dah dapat e-mel daripada pihak tajaan. Sedangkan saya? Masih tak dapat-dapat lagi. Nak masuk minggu kedua, saya dah mula resah, gelisah, gundah-gulana. Bayangkanlah, lepas saja dapat tahu ditawarkan ke Beijing; mind set memang 100% berubah. Badan saja ada dekat matrik itu. Perasaan gundah memang tak boleh nak dikawal. Memang sampaikan dah fikir yang buruk-buruk; "Pihak IPG salah bagi namakah? Ke nama aku memang tak ada? Ke nama aku tak disahkan?"  Macam-macam lah! Banyak sangat fikir. Nak kata saya cool, rileks dalam seminggu itu tidaklah. Memang taklah kan! Air mata ini mengalir sampai tak boleh tidur malam. Tahap stress tu pun memang ergh! Memang nervous sangat. Sampaikan emak dengan abah pun dah mula cuak. Setiap harilah aku WhatsApp Syazwa, tiap-tiap hari jugak dia bagi kata-kata semangat. Sampaikan Syazwa pun dah banyak tolong saya; siap check nama saya lagi dekat pejabat besar sana.


   Sampailah suatu hari, saya nak tengok surat yang Syazwa dapat. Tergerak hati nak e-mel pihak tajaan, dan petang hari Jumaat itu, e-mel saya dibalas. Diminta nama dan nombor IC. Katanya Isnin minggu depan pihak mereka akan periksa nama saya dan beritahu keputusan. Ya Allah, berdebarnya masa itu; Allah saja tahu. Allah saja faham. Sampailah hari Selasa minggu depan tu, saya buka e-mel dan akhirnya, dapat keputusan! Tersentak! Rasa nak menangis teresak-esak tapi saya terpaksa cover sebab masa itu tengah buat eksperimen Biologi; pasal kulit bawang. Rasa memang tak ada mood sangat; rasa nak call abah terus masa itu. Mujur lepas Biology Lab itu waktu rehat. Kecewa sangat bila nama saya tidak ada dalam data pelajar untuk ke Beijing. Seolah-olah nama saya tidak wujud langsung untuk program itu. Allahu.


   Habis Biology Lab tengah hari itu, saya terus called abah. Setelah lama saya bertahan untuk sembilan hari menunggu keputusan melalui e-mel dengan penuh debaran, jawapannya penuh dengan kekecewaan. Tengah hari itu juga abah datang matrik, menjenguk saya. Abah bagi kata-kata semangat, lagi-lagi minggu depan nanti ada UPS (Ujian Pertengahan Semester). Saya dengan rasa terkejut lagi, hanya mampu menangis. Nak cakap apa lagi? Nak buat apa lagi? Tak mampu nak cakap apa-apa dah. Lepas rehat zuhur, saya teruskan kelas seperti biasa walaupun dada macam nak pecah tahan kecewa.

   Keesokkan harinya, abah hantar WhatsApp; rupanya nama saya dikatakan tidak mendapat pengesahan. Maksudnya sama ada daripada saya ke, abah ke atau pun emak; tiada sesiapa pun yang mengesahkan keputusan YA atau TIDAK untuk ke Beijing. Fuhhh, kecewa sis. Abah pujuk saya dengan kata-kata semangat yang sememangnya menusuk ke kalbu, emak pun. Agak terkilan, mungkin ada kekhilafan masa hari nak sahkan nama aku; mungkin. Katanya, peluang untuk nama saya dihantar ke pihak tajaan mungkin ada, tetapi tipis.


   Sedih sangat! Sedih itu memang sedih sungguh. Bayangkanlah, dua minggu saya tunggu e-mel, tak sampai-sampai. Dengan perasaan berdebarnya, dengan serabutnya. Sedih. Malam itu, selepas Maghrib; fikir-fikir balik, hadam balik; saya cuba bertenang. Cuba fikir dengan waras. Bukan dengan emosi. Cuba. Cuba untuk menerima hakikat, mungkin harapan saya setakat di situ. Tidak perlulah untuk berduka lara. Tidak perlulah menyalahkan sesiapa. Tidak perlulah untuk menangis sepanjang masa. Tidak perlulah untuk terus berfikir benda yang sudah terjadi. Walaupun hakikatnya, saya masih lagi mengharapkan sesuatu. Keajaiban? Entah. Saya pun tidak tahu. Malam itu, saya perlu bangkit, bangkit untuk berjuang di jalan yang tidak pernah-pernah saya sangka untuk saya terus hadapi. Saya terus ke bilik class mate untuk buat tutorials Fizik. Tangan gatal lagi nak check e-mel. Mengharap lagi, konon.


   Ya Allah! Ya Allah Ya Robbi Ya Kareem. Saya speechless. Rasa macam nak pengsan pun ada. Saya telah mendapat e-mel dari pihak tajaan! Alhamdulillah. Mulanya memang tak percaya; tapi bila saya tanya semula, memang betul e-mel tersebut daripada pihak tajaan. Subhanallah. Hari kejadian ialah 8/7; tarikh untuk hantar salinan passport dan lampiran yang dikehendaki itu pada 10/7. Saya called emak, abah, Ya Allah, tak terkata. Terus saya print segala dokumen, dan keesokkannya 9/7, secara rasminya saya bukan lagi pelajar KMPh. 




   Cukup sampai di sini cerita saya. Saya yakin; sangat yakin. Memang benar, Allah tidak akan menguji kita dengan sengaja, cerita yang diatur-Nya sangat menarik; cumanya keindahan sesuatu cerita itu pasti menyerlah andai kita mencorakkannya dengan perkara yang Dia redhai. Setiap orang ujian yang dihadapi lain ceriteranya, lain caranya untuk mencorakkan plot-plot cerita itu. Namun, apa-apa sekali pun, kalau tidak berbalik kepada Allah; bisa kita redha dengan kisah hidup kita sendiri?


Friday, 6 November 2015

Salji: Pertama Kali


   Dalam kesejukan subuh yang mencengkam sampai ke tulang sum-sum ni, aku terdengar suara seseorang menjerit. Cuak tak? Haaa, aku cuak tau. I thought that ada orang tengah bergaduh ke apa ke~ Sekali aku jenguk kepala, nak bagi telinga aku dengar butir-butir bicara suara itu. Suara tu sangat familiar tau :'D Setelah meneliti betul-betul butir perkataan daripada suara tu, Ya Allah, mana tak menjerit orang weh! Rupa-rupanya salji turun! 

   Alhamdulillah, siapa tak seronok kan~ Siapa tak teruja; lagi-lagi kali pertama kot dapat tengok salji real depan mata! 当然我很高兴。Memang tersengih lah kan~ I thought that yang kami orang (bebudak batch 8) yang balik Malaysia bulan Januari nanti tak dapat nak merasa salji tapi bila Allah dah kata "Kun..." maka, Jadilah~ Alhamdulillah :) Sejak dari beberapa hari yang lepas tau kami agak kecoh pasal salji nak turun ni. Semua macam, "Uishhh tak sabar nak tunggu hari esok, salji turun ke tak~" Sebab boleh dikatakan setiap hari, dari sebelum gerak ke sekolah lagi dah check apps weather. Sekali check, tup tup katanya minggu ni ada turun salji, haaa... Siapa tak teruja kan? Lagi pula, sekarang baru musim luruh, jadi, luruh ada salji!!! Woahhhhh~ 






   Semuanya jadi dengan izin Allah; alhamdulillah lah, bersyukur sebab dah merasa. On the way ke sekolah, rasanya kami orang je yang berhuha huha, main campak-campak salji, foreigners lain tak pun :'D SERONOK WEH. Perasaan masa tu macam percaya tak percaya. Fuhhh~Masuk je kelas, fokus dia kejap-kejap tengok luar tingkap. Haaaa gitu :'D Laoshi faham je, sebab first time nak merasa salji haaa...


   Yang mencabarnya hari ini, suhu dalam 1 darjah Celcius, 2 darjah Celcius. Pehhh, sejuk sungguh weh kaki, tangan. Beku! Fon pun tak detect dah jari :'D Adoi~ Beku weh, tapi beku beku pun haaa main jugak salji dekat padang sekolah tu. Siap baring haaa jangan main-main. Bukan selalu dapat main salji, yedok? Ok habis, cerita salji je lah jawabnya :)